.

Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan mandat kepada Menteri Kewangan  Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz agar melaksanakan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat berikutan maklum balas yang diterima oleh orang awam agar pihak kerajaan lebih memahami situasi semasa dan kehendak rakyat. Keputusan ini juga membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lebih tenang dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang belum berakhir ini.

 

Pengumuman ini pastinya melegakan hati para pencarum KWSP yang gagal mengeluarkan i-Sinar sebelum ini. Dengan adanya pengeluaran i-Sinar tanpa syarat ini, lebih ramai berpeluang mengeluarkan wang caruman KWSP tanpa sebarang masalah.

 

Kriteria Pengeluaran 

  • Ahli KWSP berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran dari Akaun 1 tertakluk kepada baki simpanan sedia ada.
  • Sekiranya baki simpanan ahli KWSP berjumlah RM 100,000 dan ke bawah, ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM 10,000. Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 6 bulan secara berperingkat. Bayaran pertama maksimum adalah sebanyak RM 5,000.
  • Sekiranya baki simpanan ahli KWSP melebihi RM 100,000, ahli boleh membuat pengeluaran sehingga 10% daripada Akaun 1. Pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM 60,000. Pembayaran juga akan dibuat dalam tempoh 6 bulan secara berperingkat. Bayaran pertama maksimum adalah sebanyak RM 10,000.

 

Pengeluaran i-Sinar bagi Kategori 2 sebelum ini memerlukan dokumen sokongan yang agak banyak bagi membuktikan pengurangan pendapatan seperti:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis berhenti kerja yang diberikan majikan
  • Notis pemotongan elaun
  • Notis pemotongan tuntutan kerja lebih masa  

 

Sekiranya dokumen di atas tidak dapat disediakan, ahli perlu menyertakan dokumen di bawah sebagai bukti pendapatan :

  • Penyata bank
  • Surat pengesahan majikan

 

Walau pun KWSP telah membenarkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat, namun ahli KWSP perlu membuat permohonan i-Sinar melalui portal rasmi i-Sinar.

 

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 8 Mac 2021 sehingga 30 Jun 2021.

 

Maklumat Lanjut

Pemohon boleh menghubungi sekretariat i-Sinar di talian hotline 03-8922 4848 atau Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam (Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan).