.

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Bank Rakyat merupakan bank koperasi berasaskan Syariah yang terbesar di Malaysia. Pelbagai produk dan kemudahan ditawarkan agar dapat memenuhi keperluan ramai. Antaranya adalah skim simpanan dan pelaburan, perbankan pengguna, pembiayaan peribadi, pembiayaan komersial, pembiayaan kenderaan dan sebagainya. Terdapat 3 jenis pembiayaan peribadi ditawarkan oleh Bank Rakyat iaitu Pembiayaan Peribadi-Kerajaan, Pembiayaan Peribadi-I Swasta serta Pembiayaan Peribadi-I Pesara di mana ianya menawarkan kemudahan wang tunai bagi membantu pemohon menangani masalah keperluan kewangan.

 

  • Pembiayaan Peribadi – Kerajaan
  1. Konsep Tawarruq
  • Pembiayaan menggunakan prinsip Syariah Murabahah (konsep Tawarruq) berdasarkan Wa’d daripada pelanggan
  • Pihak bank akan membuat pembelian komoditi daripada pembekal, kemudian menjualnya kepada pelanggan (kontrak Murabahah) pada harga jualan (kos komoditi bersama keuntungan) secara Tangguh 
  • Kemudian, pihak bank (ejen Wakalah) akan menjualnya kepada pihak ketiga (pembeli) secara tunai
  • Hasil jualan tunai daripada pihak ketiga akan dipindahkan ke akaun pelanggan

 

  1. Jenis Komoditi
  • Antara komoditi yang digunapakai adalah Crude Palm Oil (CPO), Plastic Resin (PE) atau Telco Airtime

 

  1. Ciri – Ciri Pembiayaan
  • Had maksima pembiayaan sehingga RM 200,000
  • Tempoh pembiayaan maksima sehingga 10 tahun 
  • Tidak memerlukan sebarang jaminan
  • Kadar keuntungan tetap atau terapung (pilihan pelanggan)
  • Perlindungan takaful (pilihan pelanggan)

 

  1. Kelayakan Pembiayaan
  • Sekurang – kurangnya berumur 18 tahun dan maksima 60 tahun semasa tamatnya tempoh pembiayaan
  • Berpendapatan tetap minima R M1,000 sebulan termasuk elaun tetap
  • Berkhidmat di sektor awam dan syarikat GLC terpilih sekurang – kurangnya tiga bulan

 

  1. Kadar Pembiayaan
  • Kadar Tetap
  • Bagi pembayaran secara pindahan gaji ke Bank Rakyat / Biro Perkhidmatan Angkasa / Potongan Gaji Majikan, kadar tetap adalah seperti berikut :
  1. Tempoh pembiayaan sehingga 1 tahun kadar rata sebanyak 4.64%
  2. Tempoh pembiayaan 1 hingga 5 tahun kadar rata sebanyak 5.90%
  3. Tempoh pembiayaan 5 hingga 10 tahun kadar rata sebanyak 6.25%
  • Bagi pembayaran secara elektronik kadar tetap adalah seperti berikut :
  1. Tempoh pembiayaan sehingga 1 tahun kadar rata sebanyak 5.75%
  2. Tempoh pembiayaan 1 hingga 5 tahun kadar rata sebanyak 5.79%
  3. Tempoh pembiayaan 5 hingga 10 tahun kadar rata sebanyak 6.31%

 

*Nota :

  • Kadar keuntungan adalah bagi pembiayaan beserta takaful
  • Kadar keuntungan tambahan sehingga 1.04% akan dikenakan berdasarkan kadar keuntungan semasa bagi pembiayaan tanpa takaful

 

  • Kadar Terapung
  • Bagi pembayaran secara pindahan gaji ke Biro Perkhidmatan Angkasa kadar terapung adalah seperti berikut :
  1. Tempoh pembiayaan sehingga 1 tahun kadar terapung sebanyak KAS + 2.42%
  2. Tempoh pembiayaan 1 hingga 5 tahun kadar terapung sebanyak KAS+2.75%
  3. Tempoh pembiayaan 5 hingga 10 tahun kadar terapung sebanyak KAS+2.77%

 

  • Bagi pembayaran secara pindahan gaji ke Bank Rakyat, kadar terapung adalah seperti berikut :
  1. Tempoh pembiayaan sehingga 1 tahun kadar rata sebanyak KAS+3.78%
  2. Tempoh pembiayaan 1 hingga 5 tahun kadar rata sebanyak KAS+4.24%
  3. Tempoh pembiayaan 5 hingga 10 tahun kadar rata sebanyak KAS+4.07%

 

  • Bagi pembayaran secara elektronik kadar terapung adalah seperti berikut :
  1. Tempoh pembiayaan sehingga 1 tahun kadar rata sebanyak KAS+4.42%
  2. Tempoh pembiayaan 1 hingga 5 tahun kadar rata sebanyak KAS+4.75%
  3. Tempoh pembiayaan 5 hingga 10 tahun kadar rata sebanyak KAS+4.77%

 

*Nota :

  • KAS merupakan Kadar Asas Standard dan berdasarkan kadar semasa iaitu 2.50%
  • Kadar keuntungan tambahan sebanyak 1.50% bagi pembiayaan tanpa takaful
  • Kadar syiling bersamaan efektif + 4.00%
  1. Dokumen Yang Diperlukan
  • Salinan kad pengenalan / kad pengenalan tentera
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata bank (kredit gaji) 3 bulan terkini
  • Surat pengesahan majikan / Borang EA

 

 

 

  1. Fi & Caj
  • Fi Wakalah / Agensi sebanyak RM 28.30 termasuk yuran broker
  • Duti setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pembiayaan (berdasarkan Akta Duti Setem 1949)
  • Caj Ta’widh bagi bayaran lewat :
  1. Sebanyak 1% setahun dikenakan sekiranya masih dalam tempoh pembiayaan
  2. Caj yang dikenakan mestilah tidak melebihi kadar semalaman semasa pasaran wang antara bank Islam ke atas baki tertunggak sekiranya telah tamat tempoh pembiayaan
  • Yuran penyelesaian awal / rebat akan diberikan berdasarkan keuntungan tertangguh / belum terakru

 

  • Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta
  1. Konsep Tawarruq
  • Pembiayaan menggunakan prinsip Syariah Murabahah (konsep Tawarruq) berdasarkan Wa’d daripada pelanggan
  • Pihak bank akan membuat pembelian komoditi daripada pembekal, kemudian menjualnya kepada pelanggan (kontrak Murabahah) pada harga jualan (kos komoditi bersama keuntungan) secara Tangguh 
  • Kemudian, pihak bank (ejen Wakalah) akan menjualnya kepada pihak ketiga (pembeli) secara tunai
  • Hasil jualan tunai daripada pihak ketiga akan dipindahkan ke akaun pelanggan

 

  1. Jenis Komoditi
  • Antara komoditi yang digunapakai adalah Crude Palm Oil (CPO), Plastic Resin (PE) atau Telco Airtime

 

  1. Ciri – Ciri Pembiayaan
  • Had maksima pembiayaan sehingga RM 150,000
  • Tempoh pembiayaan maksima sehingga 5 tahun bagi pendapatan kasar RM 2,000 hingga RM 3,000, manakala sehingga 10 tahun bagi pendapatan kasar RM 3,001 dan ke atas (permohonan baru)
  • Bagi permohonan pembiayaan berulang pula tempoh pembiayaan maksima sehingga 10 tahun 
  • Tidak memerlukan sebarang jaminan
  • Perlindungan takaful (pilihan pelanggan)

 

  1. Kelayakan Pembiayaan
  • Sekurang – kurangnya berumur 18 tahun dan maksima 60 tahun semasa tamatnya tempoh pembiayaan
  • Bagi berjawatan tetap, mestilah berpendapatan RM 2,000 dan ke atas 
  • Bagi berjawatan kontrak mestilah berpendapatan RM 8,000 an ke atas 

 

  1. Kadar Pembiayaan
  • Kadar Terapung
  • Bagi pembayaran secara pindahan gaji ke Bank Rakyat / Biro Perkhidmatan Angkasa / Potongan Gaji Majikan, kadar terapung adalah seperti berikut :
  1. Tempoh pembiayaan sehingga 1 tahun kadar terapung sebanyak KAS+6.62%
  2. Tempoh pembiayaan 1 hingga 5 tahun kadar terapung sebanyak KAS+6.47%
  3. Tempoh pembiayaan 5 hingga 10 tahun kadar terapung sebanyak KAS+6.62%

 

  • Bagi pembayaran secara elektronik kadar tetap adalah seperti berikut :
  1. Tempoh pembiayaan sehingga 1 tahun kadar terapung sebanyak KAS+8.22%
  2. Tempoh pembiayaan 1 hingga 5 tahun kadar terapung sebanyak KAS+8.47%
  3. Tempoh pembiayaan 5 hingga 10 tahun kadar terapung sebanyak KAS+8.62%

 

*Nota :

  • KAS merupakan Kadar Asas Standard dan berdasarkan kadar semasa iaitu 2.50%
  • Kadar keuntungan tambahan sebanyak 1.50% bagi pembiayaan tanpa takaful
  • Kadar syiling bersamaan efektif + 4.00

 

  1. Dokumen Yang Diperlukan
  • Salinan kad pengenalan atau salinan kad pengenalan tentera
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata bank (kredit gaji) 3 bulan terkini
  • Penyata KWSP
  • Surat pengesahan majikan atau Borang EA atau Slip pengesahan penerimaan e-B oleh LHDN

 

  1. Fi & Caj
  • Fi Wakalah / Agensi sebanyak RM 28.30 termasuk yuran broker
  • Duti setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pembiayaan (berdasarkan Akta Duti Setem 1949)
  • Caj Ta’widh bagi bayaran lewat :
  1. Sebanyak 1% setahun dikenakan sekiranya masih dalam tempoh pembiayaan
  2. Caj yang dikenakan mestilah tidak melebihi kadar semalaman semasa pasaran wang antara bank Islam ke atas baki tertunggak sekiranya telah tamat tempoh pembiayaan
  • Yuran penyelesaian awal / rebat akan diberikan berdasarkan keuntungan tertangguh / belum terakru

 

  • Pembiayaan Peribadi – i Pesara 

Pembiayaan Peribadi – I Pesara dikhususkan untuk golongan pesara sektor awam.

 

  1. Konsep Tawarruq
  • Pembiayaan menggunakan prinsip Syariah Murabahah (konsep Tawarruq) berdasarkan Wa’d daripada pelanggan
  • Pihak bank akan membuat pembelian komoditi daripada pembekal, kemudian menjualnya kepada pelanggan (kontrak Murabahah) pada harga jualan (kos komoditi bersama keuntungan) secara Tangguh 
  • Kemudian, pihak bank (ejen Wakalah) akan menjualnya kepada pihak ketiga (pembeli) secara tunai
  • Hasil jualan tunai daripada pihak ketiga akan dipindahkan ke akaun pelanggan

 

  1. Jenis Komoditi
  • Antara komoditi yang digunapakai adalah Crude Palm Oil (CPO), Plastic Resin (PE) atau Telco Airtime

 

  1. Ciri – Ciri Pembiayaan
  • Had maksima pembiayaan sehingga RM 100,000 atau maksima 15 kali pencen kasar bulanan
  • Tempoh pembiayaan maksima sehingga 10 tahun 
  • Tidak memerlukan sebarang jaminan
  • Kadar keuntungan tetap atau terapung (pilihan pelanggan)
  • Perlindungan takaful (pilihan pelanggan)

 

  1.  Kelayakan Pembiayaan
  • Merupakan pesara kerajaan berumur tidak melebihi 65 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Pencen minima RM 800 sebulan

 

  1. Kadar Pembiayaan
  • Kadar Terapung
  1. Tempoh pembiayaan sehingga 1 tahun kadar terapung sebanyak KAS+3.30%
  2. Tempoh pembiayaan 1 hingga 5 tahun kadar terapung sebanyak KAS+3.63%
  3. Tempoh pembiayaan 5 hingga 10 tahun kadar terapung sebanyak KAS+3.65%

*Nota :

  • KAS merupakan Kadar Asas Standard dan berdasarkan kadar semasa iaitu 2.50%
  • Kadar keuntungan tambahan sebanyak 1.50% bagi pembiayaan tanpa takaful

 

  1. Dokumen Yang Diperlukan
  • Salinan kad pengenalan / salinan kad pesara kerajaan / salinan kad pesara tentera
  • Lejar pesara
  • Penyata pencen

 

  1. Cara Pembayaran
  • Pindahan pencen ke Bank Rakyat

 

  1. Fi & Caj
  • Fi Wakalah / Agensi sebanyak RM 28.30 termasuk yuran broker
  • Duti setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pembiayaan (berdasarkan Akta Duti Setem 1949)
  • Caj Ta’widh bagi bayaran lewat :
  1. Sebanyak 1% setahun dikenakan sekiranya masih dalam tempoh pembiayaan
  2. Caj yang dikenakan mestilah tidak melebihi kadar semalaman semasa pasaran wang antara bank Islam ke atas baki tertunggak sekiranya telah tamat tempoh pembiayaan
  3. Yuran penyelesaian awal / rebat akan diberikan berdasarkan keuntungan tertangguh / belum terakru

 

Pelanggan boleh berkunjung ke cawangan Bank Rakyat berhampiran bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung pembia