.

Skim MySalam

Skim MySalam iaitu Skim Perlindungan Masyarakat telah diperkenalkan sejak 1 Januari 2019. Ia merupakan skim perlindungan kesihatan takaful yang diberikan percuma kepada golongan B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berumur 18 tahun hingga 65 tahun beserta pasangan. Perlindungan yang diberikan melalui Skim MySalam ini adalah berbentuk kewangan yang bertujuan sebagai gantian pendapatan semasa dilanda musibah.

Pada tahun 2020, kerajaan telah memperluaskan Skim MySalam ini kepada golongan M40 yang berumur antara 18 tahun hingga 65 tahun depan pendapatan tahunan kurang daripada RM 100,000 setahun. Skim ini merupakan inisiatif kerajaan kepada 8 juta rakyat Malaysia sebagai perlindungan kesihatan takaful yang diberikan secara percuma. Individu yang layak boleh membuat permohonan secara online dengan mendaftar di laman web rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/. Permohonan boleh dibuat mulai 11 Februari 2020 hingga 31 Mac 2020.

Skim MySalam ini melindungi sehingga 45 jenis penyakit kritikal termasuk polio serta kemasukan ke hospital dengan tempoh maksimum 14 hari setahun. Malah, skim ini turut melindungi virus Novel Coronavirus dan pesakit akan menerima manfaat elaun hospital sebanyak RM 50 sehari untuk tempoh 14 hari.Kumpulan M40 yang layak akan menerima bayaran secara one-off sebanyak RM 4,000 dan bayaran pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari dengan tempoh maksimum 14 hari sebagai elaun hospitalisasi sekiranya dimasukkan ke hospital samada hospital kerajaan, perubatan universiti atau hospital tentera. Selepas tarikh tutup permohonan, pihak sekretariat MySalam akan memaklumkan kepada penerima yang layak dan boleh mengemukakan tuntutan masing – masing. 

Senarai 45 Penyakit Kritikal

 

  1. Alzheimer / demensia teruk
  2. Angioplasti bakteria dan rawatan invasif lagi bagi penyakit arteri koronari
  3. Meningitis bakteria – menyebabkan ketidakupayaan kekal dan tidak lagi boleh melakukan aktiviti harian
  4. Tumor otar benign – keterukan tertentu
  5. Buta kekal dan tidak boleh pulih
  6. Pembedahan otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati
  9. Anemia aplastic kronik – menyebabkan kegagalan kekal terhadap sumsum tulang
  10. Koma – menyebabkan deficit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan
  11. Pembedahan pintasan arteri koronari
  12. Pekak kekal dan tidak boleh pulih
  13. Ensefalitis – menyebabkan ketidakupayaan kekal bagi melakukan aktiviti harian
  14. Kegagalan hati tahap akhir
  15. Penyakit paru – paru tahap akhir
  16. AIDS dengan gejala penuh
  17. Hepatitis viral fulminan
  18. Serangan jantung
  19. Pembedahan injap jantung
  20. Jangkitan HIV melalui transfuse darah
  21. Kegagalan buah pinggang dan memerlukan dialysis atau transplan buah pinggang
  22. Kehilangan keupayaan hidup sendiri (berdikari)
  23. Hilang keupayaan bertutur
  24. Trauma kepala major menyebabkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti harian
  25. Transplan organ utama / sumsum tulang
  26. Penyakit neuron motor
  27. Sklerosis multiple
  28. Distrofi otot
  29. Kelumpuhan anggota
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi arteri pulmonari primer
  32. Penyakit arteri koronasi serius
  33. Strok / angin ahmar
  34. Pembedahan aorta
  35. Lupus eritematosus sistemik dengan kegagalan buah pinggang yang teruk
  36. Kelecuran tahap keriga
  37. HIV yang dijangkiti melalui pekerjaan
  38. Penyakit terminal yang membawa maut
  39. Penyakit sistik medular
  40. Sindrom apallic
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma progresif
  43. Keradangan pancreas berulang dan kronik
  44. Elefantiasis (untut)
  45. Penyakit Creutzfeldt – Jakob (penyakit lembu gila)

 

Bagi merealisasikan inisiatif ini, kerajaan telah bekerjasama dengan syarikat insurans terkemuka iaitu Great Eastern Holdings. Syarikat ini juga telah membuat sumbangan caruman serta dana permulaan sebanyak RM 2 bilion . Kerjasama kedua belah pihak ini dapat mempertingkatkan lagi perlindungan sosial kearah yang lebih baik buat rakyat Malaysia. 

Individu yang layak menerima bantuan Skim MySalam ini akan dimaklumkan melalui SMS. Namun, sekiranya anda tidak menerima sebarang SMS tetapi berkelayakan, anda boleh menghubungi sekretariat MySalam di talian 1300 888 938 atau melalui emel di [email protected]. Pihak sekretariat beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dan semakan boleh dilakukan pada bila – bila masa sahaja. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan di kiosk MySalam yang berhampiran.