Cara Daftar Bolt Driver Malaysia
Pemandu Bolt Malaysia: Sebuah Revolusi Perkhidmatan Pengangkutan di Malaysia
Memandu dan menaiki kenderaan boleh menjadi satu cara untuk menjana pendapatan lebih kerana ianya tidak terlalu membebankan jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada perkhidmatan pengangkutan. Anda perlu mempunyai kad pengenalan yang sah, lesen memandu, dan kenderaan. Cara-cara mendaftar juga sangat mudah kerana anda boleh mendaftar secara dalam talian, tidak seperti pekerjaan lain yang memerlukan resume, CV, dan sesi temuduga. Lebih menarik lagi ialah fleksibiliti dari segi masa di mana anda boleh bekerja mengikut masa yang anda inginkan.
Kita telah familiar dengan beberapa aplikasi perkhidmatan pengangkutan seperti Grab, AirAsia RIde, dan Maxim di Malaysia. Tidak lama lagi, aplikasi-aplikasi ini akan mempunyai saingan baharu iaitu Bolt, sebuah syarikat perkhidmatan pengangkutan baharu yang akan memasuki pasaran Malaysia. Malaysia akan menjadi negara kedua di Asia Tenggara selepas Thailand dengan aplikasi Bolt. Berasal dan diasaskan oleh seorang pelajar sekolah menengah berusia 19 tahun, Bolt menawarkan pengangkutan, penghantaran, dan penghantaran barangan runcit yang pantas. Sorotan utama sebagai pemandu perkhidmatan pengangkutan ialah anda boleh bekerja pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja yang anda mahukan. Hal ini mungkin menarik minat anda dan jika anda salah satu daripadanya, di sini ada beberapa panduan untuk anda menjadi sebahagian daripada Bolt.
Daftar melalui laman sesawang
Anda boleh melawat laman sesawang Bolt untuk mendaftar akaun pemandu Bolt. Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Pergi ke https://bolt.eu/en/driver/
- Laman “Become a Driver” akan dipaparkan. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan iaitu alamat e-mel, kod negara, nombor telefon, dan bandar tempat anda bercadang untuk memandu. Jangan lupa untuk tandakan kotak persetujuan Terms of Service dan Privacy Policy. Tekan pada butang “Sign up as a Driver” yang berwarna biru.
- Satu kod pengesahan akan dihantar ke nombor telefon yang anda masukkan tadi. Tunggu mesej kod tersebut dan isikan pada ruang yang disediakan.
- Akaun anda telah dicipta dan anda akan dibawa ke halaman maklumat peribadi. Isikan nama, bahasa yang diinginkan, dan maklumat kenderaan.
- Kemudian, anda perlu mengisi maklumat kad pengenalan dan nombor lesen memandu. Jika anda mempunyai lesen teksi, tandakan kotak dan isikan nombor sijil profesional teksi anda.
- Sebagai bukti, anda juga perlu memuat naik gambar dokumen anda. Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti yang berikut:
- Gambar profil
- Kad pengenalan
- Lesen memandu
- Dokumen pendaftaran kenderaan
- Insurans kenderaan
- Gambar kenderaan
Untuk memastikan proses pendaftaran dapat dilakukan dengan lancar, anda dinasihati untuk menyediakan kesemua dokumen terlebih dahulu dan muat naik semua dokumen sekali jalan.
- Akhir sekali, anda perlu mengisi maklumat pembayaran untuk anda mendapatkan bayaran. Pilih jenis bil anda. Kemudian, isikan alamat anda, nama dan nombor pemegang akaun bank, dan nama bank.
Setelah anda selesai melengkapkan semua maklumat yang diperlukan, akaun anda akan ditinjau. Jika semuanya sudah baik, anda boleh menggunakan aplikasi Bolt. Rasai pengalaman perkhidmatan pengangkutan baharu pada masa dan tempat yang fleksibel. Selamat bekerja!