.

KEMASKINI BSH 2020 FASA 1

Kerajaan hari ini, seperti mana yang diumumkan semasa ucapan Bajet 2020 akan tetap meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH). Bantuan ini sebagai salah satu langkah kerajaan meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan bebanan kos sara hidup mereka. Mulai 20 Januari 2020, penerima bantuan akan mula menerima BSH fasa pertama dengan nilai RM 300 dengan peruntukan sebanyak RM 1 bilion. Pemberian ini memanfaatkan seramai 3.8 juta orang penerima BSH. 

 

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020

Penerima BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2020 terdiri dari Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah). Kategori ini telah melepasi syarat kelayakan serta beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40). 

 

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah mulai 20 Januari 2020 dengan cara pengkreditan terus ke akaun penerima. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penerima boleh menerima BSH secara tunai di kaunter BSN mulai 1 Februari 2020 (termasuk kategori kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak)

 

Permohonan BSH 2020

Pemohon boleh membuat permohonan serta pengemaskinian maklumat BSH 2020 mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Walau bagaimana pun, permohonan baharu atau pengemaskinian maklumat BSH 2020 tidak perlu dilakukan sekiranya :

 

  • Permohonan BSH 2019 lulus dan tiada sebarang pindaan maklumat terkini
  • Permohonan dari kategori Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti :
  1. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  2. Bantuan Penjagaan OKU
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  4. Bantuan Orang Tua

 

Permohonan baharu atau pengemaskinian maklumat BSH 2020 perlu dilakukan sekiranya :

  • Pemohon belum pernah membuat pendaftaran permohonan BSH termasuk kategori baharu
  • Permohonan BSH 2019 tidak lulus tetapi menepati syarat kelayakan BSH 2020
  • Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai penerima bantuan JKM tetapi menepati syarat kelayakan BSH 2020

 

12 Kategori Tidak Layak BSH

Terdapat 12 kategori yang tidak layak memohon Bantuan Sara Hidup seperti berikut :

  1. Pendapatan bulanan melebihi RM 4,000 
  2. Tinggal dan menetap di luar negara
  3. Kategori bujang berumur 59 tahun dan ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara Malaysia / ibu atau bapa tunggal / janda / duda yang tanggungan
  5. Dokumen sokongan gagal dikemukakan semasa membuat permohonan
  6. Memiliki lebih dari dua perniagaan milikan tunggal
  7. Memiliki Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  8. Merupakan pemegang saham atau pengarah syarikat
  9. Memiliki kenderaan berkuasa melebihi 2,000cc (dalam negara)
  10. Memiliki kenderaan berkuasa melebihi 1,400cc (luar negara)
  11. Memiliki motosikal berkuasa melebihi 500cc
  12. Pemilikan hartanah bernilai melebihi RM500,000

 

Adalah sebaiknya sebelum membuat permohonan BSH, pastikan anda tidak berada di dalam salah satu kategori tersebut kerana permohonan anda akan ditolak serta merta tanpa sebarang bantahan.

 

Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2020

Berdasarkan info terkini dari secretariat BSH, golongan warga emas tidak perlu membuat sebarang pengemaskinian maklumat. Penerima yang wajib membuat pengemaskinian maklumat adalah bagi penerima BSH fasa pertama dan ianya boleh dilakukan melalui online sahaja. Pemohon yang tidak mengemaskini maklumat BSH akan menyebabkan permohonan gagal dan tidak akan diproses. Pemohon juga berkemungkinan gagal menerima BSH pada fasa kedua dan ketiga yang dijangka pada bulan Mei dan Ogos. 

Beberapa maklumat penting yang perlu anda kemaskini sebelum membuat rayuan permohonan semula BSH adalah seperti berikut :

  • Status perkahwinan 
  • Alamat surat – menyurat terkini
  • Emel terkini
  • Nombor telefon rumah dan telefon bimbit terkini
  • Maklumat akaun bank 
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

 

Maklumat tanggungan BSH 2018 tidak akan dibawa ke tahun berikutnya, oleh itu pemohon perlu memdaftarkan semula maklumat tanggungan anak terkini. Dokumen sokongan juga perlu disertakan bersama sebagai bukti pengesahan. Sekiranya pasangan telah meninggal dunia, pemohon boleh membuat permohonan baru menggunakan status perkahwinan terkini. Pemohon perlu membuat pengemaskinian maklumat sebelum tarikh tutup pada 15 Mac 2020.

 

Cara Mengemaskini Maklumat Bantuan Sara Hidup

Proses pengemaskinian maklumat BSH adalah sangat mudah dan boleh dilakukan secara atas talian sahaja melalui portal rasmi BSH. Cara untuk mengemaskini maklumat adalah seperti berikut :

  • Layari laman web rasmi BSH iaitu di https://bsh.hasil.gov.my/ 

  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Semak
  • Setelah berjaya log masuk MyBSH, klik butang Kemaskini
  • Lengkapkan maklumat yang perlu dikemaskini
  • Muatnaik dokumen sokongan yang diperlukan
  • Setelah lengkap mengisi maklumat, pemohon perlu membuat pengesahan dengan memasukkan kod Captcha yang tertera
  • Pemohon perlu membuat pengakuan kesahihan maklumat yang diberikan dengan menandakan ( / ) pada kotak yang tersedia
  • Klik butang Hantar sekiranya telah selesai mengemaskini maklumat
  • Pemohon juga boleh datang ke cawangan / kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM)  yang berhampiran untuk mengemaskini maklumat secara manual atau boleh dapatkan borang di portal rasmi BSH
  • Borang yang telah lengkap perlu dihantar ke cawangan / kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri sebelum tarikh akhir kemaskini

 

Kepentingan Mengemaskini Maklumat BSH 2020

    • Maklumat pertambahan jumlah tanggungan anak perlu dikemaskini bagi melayakkan penerimaan bantuan
    • Berikutan maklumat yang tidak lengkap menyebabkan kegagalan menerima bantuan, justeru adalah penting untuk mengemaskini maklumat agar layak menerima BSH
    • Kemaskini nombor akaun bank supaya wang BSH mudah dikreditkan terus ke akaun penerima
    • Permohonan yang diterima adalah berdasarkan permohonan terdahulu. Sebaiknya pemohon mengemaskini maklumat agar tidak berlaku keciciran dari menerima bantuan

 

  • Pengemaskinian maklumat adalah penting bagi memastikan setiap maklumat yang telah diberikana adalah terkini dan juga bagi memastikan bahawa penerima bantuan masih hidup.

 

 

Dengan adanya permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat ini, pemohon yang tidak lulus tetapi memenuhi syarat dan belum menerima BSH masih diberi ruang untuk mengemukakan permohonan dan akan dipertimbangkan untuk menerima BSH. Pemohon yang berhadapan dengan pelbagai persoalan dan memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 atau emel kepada [email protected].