.

Cara Bayar Bil Air Dengan ShopeePay

Orang ramai pada hari ini lebih gemar menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan secara atas talian yang lebih menjimatkan masa. Kini, Shopee juga turut menyediakan perkhidmatan pembayaran bil air menggunakan ShopeePay yang lebih mudah. Cara membuat pembayaran bil air adalah seperti berikut :

 

    • Muat turun aplikasi Shopee
    • Daftar akaun Shopee terlebih dahulu sekiranya belum ada dan log masuk ke akaun Shopee anda
  • Klik ikon Home, pilih Prepaid, Bill & Tickets
  • Pada bahagian Bills, pilih Water & Sewerage
  • Kemudian, klik Select Operator
  1. Air Selangor 
  2. Indah Water Consortium 
  3. Pengurusan Air Pahang Berhad
  4. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
  5. Syarikat Air Negeri Sembilan 
  6. Syarikat Air Johor
  7. Lembaga Air Perak
  8. Syarikat Air Melaka
  9. Syarikat Air Terengganu 
  10. Air Perlis
  11. Syarikat Air Darul Aman
  12. Lembaga Air Kuching
  13. Air Kelantan
  14. Jabatan Bekalan Air Labuan

 

    • Masukkan nombor akaun serta jumlah bayaran
  • Klik butang Checkout dan butang Continue
  • Pilih Payment Option dan pilih kaedah bayaran samada menggunakan Cash Payment at 7e, Credit / Debit Card atau Online Banking
  • Jika memilih Online Banking, pilih akaun bank anda dan klik butang Confirm
  • Kemudian, klik butang Pay Now dan log masuk ke akaun bank anda 
  • Buat bayaran mengikut jumlah bil yang tertera
  • Setelah berjaya membuat pembayaran, pengguna akan menerima nota Your Water Bill will be process shortly
  • Segala maklumat pembayaran akan dipaparkan
  • Untuk membuat semakan bayaran, klik pada butang Completed

 

Kelebihan Menggunakan ShopeePay 

Pengguna akan mendapat coin yang boleh digunakan semula untuk pembelian barangan dari Shopee.