.

ETunai Rakyat

Semasa pembentangan Bajet 2020, kerajaan telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM 450 juta bagi melaksanakan program insentif eTunai Rakyat. Justeru itu, setiap individu yang merupakan rakyat Malaysia adalah layak menerima wang digital bernilai RM 30 yang dikreditkan ke e-wallet masing – masing. Penerima yang layak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM 100,000.00 setahun. Program penebusan RM 30 ini bermula sejak 15 Januari 2020 hingga 14 Mac 2020. Bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), mereka juga akan menerima dana tambahan yang diberikan dalam bentuk etunai bernilai RM 50 dan akan dikreditkan terus secara automatik ke akaun ewallet masing – masing pada bulan Mei 2020. Walau bagaimana pun, penerima perlu memiliki akaun ewallet yang sah bagi membolehkan menerima dana tambahan RM 50 tersebut.

Ewallet yang berdaftar serta terpilih bagi melaksanakan program ini adalah Boost, Touch n Go eWallet dan juga GrabPay. Sekiranya anda belum lagi memiliki akaun ewallet, anda boleh memilih salah satu ewallet mengikut kesesuaian. Anda juga boleh membuka akaun ewallet berdasarkan tatacara serta langkah mudah seperti di bawah.

  1. Boost
  • Muat turun aplikasi Boost terlebih dahulu samada menggunakan Google Play atau Apple Store 
  • Masukkan maklumat peribadi dan ikut arahan seterusnya
  • Upgrade kepada akaun Boost Premium
  • Membuat pengesahan akaun Boost
  • Klik butang “Get ready to claim e-Tunai” sekiranya anda belum lagi membuat tuntutan kredit RM 30
  • Bagi dana tambahan BSH sebanyak RM 50, anda boleh membuat tuntutan selepas tarikh tuntutan dimaklumkan oleh kerajaan

 

  1. Grab Pay
  • Muat turun aplikasi Grab samada menggunakan Google Play atau Apple Store 
  • Grab Pay terdapat di dalam aplikasi Grab
  • Aktifkan akaun Grab anda dengan mendaftar nama serta nombor kad pengenalan 
  • Akaun Grab anda telah diaktifkan dan anda perlu menunggu sehingga pengumuman terkini mengenai dana tambahan RM 50 sebelum membuat sebarang tuntutan
  • Sekiranya belum membuat tuntutan kredit percuma RM 30, anda hanya perlu membuat tuntutan dengan memuat naik gambar kad pengenalan anda ke dalam aplikasi 
  • Pembayaran kredti RM 30 akan dikreditkan terus ke dalam ewallet sekiranya maklumat yang diberikan adalah betul

 

  1. Touch N Go
  • Muat turun aplikasi Touch N Go ewallet menggunakan Google Play atau Apple Store
  • Buka akaun di laman utama
  • Masukkan nombor telefon bimbit anda dan anda akan menerima OTP melalui SMS
  • Tetapkan nombor PIN 6-digit dan soalan keselamatan
  • Masukkan semua maklumat peribadi anda ke dalam aplikasi  
  • Sahkan akaun anda di laman profil
  • Ambil gambar kad pengenalan depan dan belakang serta muat naik ke dalam aplikasi
  • Selfie bersama kad pengenalan anda serta klik butang Selesai. Akaun ewallet Touch N Go anda akan disahkan dalam masa 48 jam

Dana tambahan BSH sebanyak RM 50 hanya boleh dituntut setelah kerajaan mengumumkan tarikh sebenar tuntutan boleh dibuat. Bagi yang belum membuat tuntutan kredit percuma RM 30, tuntutan boleh dibuat sehingga 15 Mac 2020 dan akaun mestilah disahkan oleh sistem terlebih dahulu sebelum pembayaran dikreditkan ke akaun pene