.

PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID (BKC)

Mulai bulan Ogos 2021, seramai 11 juta rakyat Malaysia akan menerima Bantuan Khas Covid (BKC) seperti mana yang telah diumumkan dalam pakej PEMULIH oleh YAB Perdana Menteri. Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara 3 fasa iaitu dan akan dinikmati oleh golongan bujang, warga emas dan juga isi rumah yang terdiri dari golongan B40, M40 dan miskin tegar.

 

Pendaftaran Akaun 

Pendaftaran akaun pengguna Bantuan Khas Covid (BKC) perlu dilakukan sebelum membuat permohonan. Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan.

  1. Layari portal rasmi Bantuan Khas Covid (BKC) di https://bkc.hasil.gov.my
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan butang Semak
  3. Sekiranya tiada maklumat anda di dalam sistem, klik butang Daftar Akaun untuk membuat pendaftaran
  4. Dua (2) soalan keselamatan akan dipaparkan dan anda perlu menjawab soalan yang dipaparkan bagi memastikan pemohon adalah pemilik akaun yang sah
  5. Teruskan pendaftaran dan masukkan maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan kata kunci keselamatan di ruangan Pendaftaran BKC
  6. Masukkan kata kunci keselamatan (ini bukan kata laluan anda) yang selamat dan mudah diingati untuk log masuk akaun  
  7. Kemudian, jawab lima (5) soalan yang akan dipaparkan dan pastikan anda menjawabnya dengan tepat kerana ianya diperlukan sekiranya anda ingin reset semula kata laluan anda jika terlupa
  8. Klik butang Teruskan 
  9. Masukkan Kata Laluan yang sukar dicerobohi (mestilah mempunyai gabungan huruf kecil, huruf besar, simbol dan nombor)
  10. Tekan butang Daftar bagi meneruskan pendaftaran akaun BKC anda telah selesai didaftarkan

 

Permohonan BKC 

Setelah mendaftar akuan BKC, anda boleh mula membuat permohonan dengan hanya log masuk ke akaun BKC dan melengkapkan permohonan anda di dalam sistem seperti berikut :

 

  1. Log masuk akaun anda di https://bkc.hasil.gov.my/PermohonanBKC.aspx untuk membuat permohonan 
  1. Klik butang Permohonan dan masukkan maklumat yang diperlukan seperti :  
    • Nombor MyKad (tekan butang Semak untuk pengesahan nombor MyKad)
    • Nama
    • Jantina
    • No Telefon Rumah
    • No Telefon Bimbit
    • Pekerjaan
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (pemohon serta pasangan)
    • Status Perkahwinan
    • Alamat
    • Poskod
    • Negeri
    • Bandar
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Alamat Emel
  2. Muat naik dokumen sokongan (sekiranya berkenaan) yang terdiri daripada : 
    • Sijil Kahwin
    • Sijil Cerai
    • Sijil Kematian Pasangan
    • Pengesahan Pasangan
    • Surat Pengesahan Bank
  3. Kemudian, tekan butang Muat Naik
  4. Di ruangan Maklumat Wakil, pilih salah satu:
    • Ada Wakil
    • Tiada Wakil
  5. Kemudian, klik butang Teruskan dan masukkan kod Captcha yang terpapar 
  6. Klik butang Sahkan Captcha
  7. Pastikan anda tandakan di bahagian Akuan Pengesahan jika bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang dipaparkan
  8. Klik butang Hantar sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan dan permohonan BKC 2021 telah berjaya dihantar

 

Semakan Permohonan

Semakan permohonan boleh dibuat melalui akaun BKC anda iaitu seperti berikut : 

  1. Log masuk akaun BKC menggunakan ID dan kata laluan yang sah
  2. Klik ikon butang Peti Mel yang terdapat di bahagian menu
  3. Kemudian, tekan butang Surat di bahagian atas
  4. Subjek Permohonan BKC 2021 akan dipaparkan di bahagian Senarai Surat
  5. Klik butang Permohonan BKC 2021 dan status permohonan akan dipaparkan
  6. Status yang dipaparkan menunjukkan permohonan telah berjaya dihantar ke LHDN
  7. Semakan boleh dibuat dari masa ke semasa untuk mengetahui kelulusan permohonan BKC anda