.

Cara Setting APN Maxis 4G

Access Point Name atau singkatannya APN, merupakan perantara yang menghubungkan pelayan (server) telco dengan telefon pintar bagi membolehkan capaian jalur lebar internet dan juga MMS. Hampir kesemua telefon pintar yang berada di pasaran memiliki firmware terkini dan menyimpan data tetapan telco seluruh dunia dan membolehkan APN telefon pintar tersebut  berubah secara automatik mengikut penyedia telco kad sim yang digunakan.

Walau bagaimana pun, terdapat telefon pintar yang menggunakan firmware atau custom rom yang tidak mempunyai data APN, dan perubahan APN tidak boleh berlaku secara automatik. Malah, pengguna perlu membuat tetapan secara manual dengan memasukkan nama pelayan telco kad sim yang digunakan.

Cara setting Maxis APN 4G (Android)

  • Buka telefon pintar anda dan pergi ke menu setting atau menu tetapan  
  • Klik pada menu Mobile Network Setting
  • Cari Access Point Names, dan sekiranya anda menggunakan telefon android dual sim, pastikan anda memilih kad sim Maxis 
  • Masukkan maklumat tetapan APN yang sesuai dengan telco anda

Cara setting Maxis APN 4G (iPhone)

  • Buka telefon pintar dan pergi ke menu setting atau menu tetapan  
  • Klik pada menu setting Cellular
  • Pilih Cellular Data Option
  • Klik pada Cellular Data Network
  • Membuat tetapan APN menggunakan maklumat APN di bawah sekiranya ia tidak dikonfigurasi secara automatik

 

Berikut merupakan APN default dari Maxis yang tersedia secara automatik sebaik sahaja kad sim Maxis dimasukkan.

  • Maxis Internet Setting (Maxis 3G/4G LTE)
  • Name: Maxis 3G Internet
  • APN: unet
  • Proxy: Not set
  • Port: Not set
  • Username: maxis
  • Password: wap
  • Server: Not set
  • MMSC: http://172.16.74.100:10021/mmsc
  • MMS proxy: 202.075.133.049
  • MMS port: 80
  • MCC: 502
  • MNC:12
  • Authentication type: PAP
  • APN type: default
  • APN protocol: IPv4

Anda juga boleh membuat reset APN (default) secara automatik dengan hanya klik pada reset to default pada menu APN. Sekiranya telefon pintar anda tidak membuat tetapan APN secara automatik, anda hanya perlu membuat tetapan secara manual dengan memasukkan maklumat seperti di bawah sahaja.

  • Name: Maxis 4G
  • APN: max4g
  • Proxy: Not set
  • Port: Not set
  • Username: maxis
  • Password: wap
  • Server: Not set
  • MMSC: http://172.16.74.100:10021/mmsc
  • MMS proxy: 202.075.133.049
  • MMS port: 80
  • MCC: 502
  • MNC:12
  • Authentication type: PAP
  • APN type: default
  • APN protocol: IPv4

Cara setting APN Maxis 4G ini adalah sangat mudah serta membolehkan anda menggunakan talian internet dengan pantas serta stabil.