.

Cara Semak Saman Polis

Mungkin ada yang tidak tahu, saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) disemak secara online atau SMS. Bukan hanya pengguna dapat membuat semakan secara online, malah pembayaran saman juga boleh dilakukan tanpa perlu bersesak ke kaunter saman untuk membuat pembayaran.

 

Terdapat beberapa kaedah untuk membuat semakan saman polis. Antaranya adalah seperti berkut :

 

  1. MyEG

Anda boleh membuat semakan saman polis menggunakan portal MyEG. Selain menyemak saman polis, saman JPJ, AES juga boleh disemak melalui portal ini. Cara – cara membuat semakan melalui portal MyEG adalah seperti berikut.

  • Layari portal rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my
  • Log masuk menggunakan butiran yang telah didaftarkan dan sekiranya belum mendaftar, pengguna perlu membuat  pendaftaran terlebih dahulu
  • Klik pada butang pautan e-Service PDRM untuk membuat semakan saman polis
  • Klik butang SEMAK & BAYAR SAMAN PDRM
  • Masukkan nombor kad pengenalan serta kod CAPTCHA yang diberikan
  • Klik butang Summons

 

  1. RILEK

Anda juga boleh membuat semakan menggunakan portal RILEK. Selain saman polis, anda juga boleh membuat semakan status insolvensi serta saman DBKL di portal ini. Cara – caranya adalah seperti berikut :

  • Layari portal rasmi RILEK di https://www.rilek.com.my
  • Daftar sebagai pengguna jika belum mendaftar
  • Sekiranya telah mendaftar, log masuk ke akaun pengguna mengguna username dan password yang didaftarkan
  • Klik pada ruangan Search By dan pilih samada ingin membuat semakan PDRM atau JPJ
  • Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang SEMAK

 

  1. SSO PDRM

PDRM juga menyediakan portal khas bagi pengguna membuat semakan saman yang dikenali sebagai Sistem Semakan Online (SSO). Cara menggunakan portal ini adalah seperti berikut:

  • Layari laman portal SSO di https://sso.rmp.gov.my
  • Buat pendaftaran terlebih dahulu bagi pengguna pertama kali dan isikan segala butiran yang diperlukan 
  • Klik butang Serah untuk meneruskan pendaftaran
  • Log masuk ke akaun pengguna menggunakan ID dan kata laluan yang sah
  • Klik pada butang Status Saman 
  • Semakan boleh dibuat menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan

 

  1. SMS

Pengguna juga boleh membuat semakan saman menggunakan kaedah SMS seperti berikut:

 

  1. Semak saman menggunakan nombor kad pengenalan
  • Taip mesej POLIS SAMAN<jarak>no kad pengenalan
  • Hantar mesej ke 15888

 

  1. Semak saman menggunakan nombor pendaftaran kenderaan
  • Taip mesej POLIS SAMAN<jarak>nombor pendaftaran kenderaan
  • Hantar mesej ke 15888

 

  1. Kaunter Polis Trafik

Pengguna juga boleh membuat semakan di kaunter trafik COPS (Computer Online Payment System) di semua Ibu Pejabat Polis Daerah atau Kaunter JPJ terpilih.

 

Inilah 5 kaedah membuat semakan saman polis yang boleh dijadikan sebagai panduan ramai. Anda boleh menggunakan salah satu kaedah tersebut bagi membuat semakan saman polis dengan mudah serta dapat menjimatkan masa.