.

Cara Buat Link Whatsapp

Tips buat link WA

Ramai diantara kita yang menjadikan bisnes online sebagai sumber pendapatan masa kini. Maka tidak hairanlah kita akan dapat melihat peniaga online akan membuat pelbagai iklan untuk menarik para pelanggan. Bagi yang ingin mendapatkan sesuatu produk, mereka hanya perlu menekan link whatsapp yang tertera dan dengan mudah mesej dapat dihantar kepada peniaga melalui whatsapp tanpa perlu save nombor telefon peniaga tersebut. Mudah, bukan ? ya ..perkongsian link Whatsapp adalah mudah dan berkesan 

Bagi anda yang baru sahaja berjinak – jinak memulakan perniagaan dan ingin memiliki link whatsapp perniagaan sendiri, anda boleh menciptanya dengan cukup mudah. Yang penting, anda memiliki sebuah telefon pintar lengkap dengan internet serta aplikasi whatsapp yang akan digunakan. Link whatsapp ini bukan sahaja boleh digunakan pada telefon pintar, malah boleh juga digunakan pada komputer peribadi anda.

 

Cara Buat Link Whatsapp Personal

Cara dengan Raw

https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789&text=hi

 

Menggunakan aplikasi wasap.my dengan meletakkan nombor telefon

  • Anda hanya perlu meletakkan nombor telefon bimbit anda menggunakan wasap.my seperti www.wasap.my/60123456789
  • Pastikan angka 6 diletakkan di hadapan nombor telefon bimbit anda

 

Menggunakan aplikasi wasap.my dengan meletakkan nombor telefon beserta mesej

  • Anda hanya perlu meletakkan nombor telefon bimbit dan mesej anda menggunakan wasap.my seperti www.wasap.my/60123456789/naktahuprodukJJ
  • Pastikan angka 6 diletakkan di hadapan nombor telefon bimbit anda
  • Untuk menjarakkan mesej, gunakan simbol + atau simbol %20
  • Pastikan anda update aplikasi whatsapp terlebih dahulu sebelum menggunakan cara ini

 

Menggunakan personalised URL

  • Menggunakan URL  wasap.my tetapi anda boleh create link 
  • Klik https://manage.wasap.my dan daftar
  • Selepas mendaftar, sahkan link yang telah diberikan
  • Add link dan create link baru dan letakkan nama anda atau sebagainya, contoh seperti https://produkterbaikserantau.wasap.my
  • Link tersebut telah boleh digunakan dan dengan cara ini nombor telefon anda tidak dapat dilihat oleh orang lain
  • Cara ini lebih selamat tanpa perlu mendedahkan nombor telefon anda

 

Menggunakan wassap.me

  • Log masuk ke wassap.me
  • Taip kata kekunci pilihan anda 
  • Contoh : www.wassap.me/mika
  • Masukkan nombor whatsapp anda serta mesej yang ingin dipaparkan
  • Log masuk ke akaun wassap.me untuk save kata kekunci anda. Sebarang editing atau pemadaman kata kekunci boleh dilakukan kemudian

 

 

Keempat

Empat cara ini sangat mudah dan anda boleh memilih salah satu cara yang telah ditunjukkan ini. Anda tidak perlu meletakkan FB Pixel ID atau Adwords kerana ianya hanyalah pilihan sahaja. 


Cara membuat link whatsapp menggunakan Whatsapp Business

 

Sebelum anda boleh membuat link whatsapp ini, anda perlu memuat turun aplikasi Whatsapp Business dan bukannya menggunakan aplikasi personal. Aplikasi Whatsapp Business sememangnya dibangunkan untuk para peniaga mudah berkomunikasi dengan para pelanggan.

 

Langkah – langkah untuk buat link whatsapp business

  1. Klik pada bahagian settings dalam aplikasi Whatsapp Business dan link Business settings
  2. Klik Short link dan anda akan dibawa ke link yang telah dikhaskan bagi nombor telefon bimbit anda tanpa perlu memasukkan nombor telefon anda terlebih dahulu
  3. Secara automatic anda akan mendapat link Whatsapp anda yang bermula dengan https, dan link ini adalah selamat digunakan kerana memiliki certified SSL
  4. Contoh link Whatsapp anda adalah seperti : https://wa.me/60123456789
  5. Link yang tersedia boleh dikongsikan pada aplikasi lain, malah anda boleh copy & paste link tersebut dengan pelanggan atau diletakkan di Facebook.
  6. Anda juga boleh menambah info berkaitan produk atau perkhidmatan yang disediakan dengan memasukkan info pada bahagian create default message. Contoh seperti “saya nak order baju kurung”
  7. Link whatsapp yang tercipta mungkin agak panjang, namun anda boleh memendekkan link tersebut menggunakan link shortener seperti Tiny URL, Google URL Shortener, Bit.ly dan sebagainya

 

Anda boleh memilih salah satu cara untuk membuat link whatsapp mengikut keperluan masing – masing. Ternyata kesemuanya cara sangat mudah digunakan untuk membuat link whatsapp ini. Anda tidak perlu lagi mendedahkan nombor telefon bimbit anda dan dapat mengelakkan privasi anda disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab.