.

Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Online (Bantuan Prihatin Rakyat)

Pada tahun 2020 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihantin Rakyat (BPR) semasa pembentangan Belanjawan 2021. Perubahan ini akan lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia kerana kategori serta syarat kelayakan penerima BPR telah ditambah baik.

Pembayaran BPR adalah berdasarkan kepada maklumat yang terdapat dalam pangkalan data BSH atau Bantuan Prihatin Naisonal (BPN) 2.0 terdahulu. Walau bagaimana pun, seperti yang dimaklumkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pemohon yang perlu membuat kemas kini maklumat BPR terdiri dari pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang telah lulus. Pemohon boleh membuat semakan nama di portal rasmi BPR 2021 dan sekiranya tiada sebarang maklumat, permohonan baru boleh dilakukan. Bagi yang telah mempunyai data di dalam sistem BPR, pemohon boleh mengemaskini maklumat sekiranya terdapat sebarang perubahan.

 

Maklumat Yang Perlu Dikemaskini

Beberapa maklumat penting perlu dikemaskini oleh pemohon sekiranya terdapat sebarang perubahan bagi mengelakkan kegagalan menerima BPR 2021. Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut :

 

Nombor akaun bank terkini

  • Pastikan nombor akaun bank yang dimasukkan adaIah betul, tepat dan masih aktif
  • Sekiranya akaun bank tidak aktif, pembayaran BPR 2021 tidak dapat dilakukan 

 

Status perkahwinan 

  • Sekiranya pemohon telah berkahwin, status perkahwinan perlu dikemaskini 
  • Bagi pemohon yang telah bercerai, status perkahwinan terkini perlu dikemaskini
  • Bagi pemohon yang masih bujang, tiada sebarang kemaskini perlu dilakukan

 

Nombor telefon 

  • Pastikan anda mengemaskini nombor telefon sekiranya terdapat perubahan 
  • Kegagalan mengemaskini nombor telefon akan menyebabkan sistem gagal menghantar SMS atau sebarang notifikasi penting berkenaan pembayaran BPR 2021 dan sebagainya

 

Maklumat anak 

  • Maklumat anak perlu dikemaskini sekiranya terdapat penambahan jumlah anak

 

Cara Mudah Mengemaskini Maklumat BPR 2021

Pengemaskinian maklumat adalah sangat penting bagi pemohon BPR 2021. Cara untuk mengemaskini maklumat adalah seperti berikut :

 

  1. Layari portal rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang Semak
  3. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan dan klik butang Ya sekiranya betul
  4. Masukkan kata laluan dan klik butang Log Masuk
  5. Klik butang Kemaskini Permohonan
  6. Skrin akan memaparkan Maklumat Pemohon
  7. Semak maklumat yang terdapat di dalam sistem, pastikan semuanya betul dan tepat
  8. Muat naik dokumen sokongan sekiranya perlu dan tekan butang Muat Naik setelah membuat pilihan jenis dokumen
  9. Lengkapkan semua maklumat termasuk Maklumat Wakil
  10. Jika telah selesai kemaskini maklumat, tekan butang Teruskan
  11. Masukkan kod captcha yang dipaparkan dan klik butang Sahkan Captcha
  12. Kemudian, skrin akan memaparkan perakuan diri dan klik pada kotak tersebut
  13. Klik butang Hantar
  14. Skrin akan memaparkan status Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat telah dihantar
  15. Pemohon boleh mencetak borang dengan klik pada butang Cetak dan klik butang Keluar sekiranya ingin keluar dari sistem BPR

 

Pengemaskinian maklumat terkini membolehkan pihak LHDN membuat semakan sebelum meluluskan permohonan dan ianya adalah tanggungjawab pemohon untuk membuat kemaskini. Setiap permohonan adalah bergantung kepada syarat dan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Sekiranya maklumat terkini tidak dikemaskini, berkemungkinan permohonan anda akan gagal.

 

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut tentang Bantuan Prihatin Rakyat boleh diperolehi dari laman web rasmi BPR / talian hotline LHDNM di 1-800-88-2747 / talian hotline BPR di 03-8882 4565 / 03-8882 4566 / talian Hasil Care Line (HCL) di 03-89111000.