.

Hotel Cameron Highlands Bawah RM 100

Setiap orang pastinya mengimpikan percutian yang indah, nyaman dan selesa setelah penat bekerja. Keindahan pemandangan dengan cuaca yang sejuk, pastinya menjadi destinasi percutian yang didambakan. Cameron Highlands antara destinasi yang sering mendapat kunjungan ramai terutamanya pengunjung tempatan, malah terdapat juga pelancong dari luar negara.

 

Pelbagai tarikan yang terdapat di Cameron Highlands, antaranya ladang teh yang menghijau, flora semulajadi yang menawan, ladang strawberi dan lavender yang memukau, kebun sayur yang begitu segar serta banyak lagi tempat – tempat menarik untuk dilawati. Adalah tidak puas jika datang ke Cameron Highlands tanpa bermalam di sini kerana cuaca yang segar sukar dirasai di tempat lain terutamanya pengunjung dari ibu kota. Sebaiknya jika ingin berkunjung ke Cameron Highlands, perancangan awal perlu dilakukan terutamanya dari segi kemudahan penginapan agar percutian anda begitu selesa.

 

Terdapat banyak kemudahan penginapan di sediakan di sekitar Cameron Highlands ini. Sebagai pengunjung, anda boleh menempah mana – mana penginapan yang bersesuaian dengan bajet. Dengan harga di bawah RM 100, anda boleh mendapat sebuah bilik penginapan yang selesa, berkualiti serta sesuai dengan bajet kewangan anda. Bagi anda yang merancang untuk bercuti di Cameron Highlands, apa kata semak dahulu senarai harga bilik di artikel ini yang rata – rata berharga di bawah RM 100 untuk satu malam. Walau bagaimana pun, kebanyakan bilik hotel yang berharga di bawah RM 100 ini boleh ditempah secara online menggunakan platform agoda.com, booking.com, trivago dan sebagainya.

 

Senarai Hotel Berharga Bawah RM 100

 

Sam Jade Guest House

Sam Jade Guest House bertaraf 1.5 bintang. Ia menyediakan bilik penginapan yang bersih, selesa dan agak besar. Saiz bilik berukuran 15 m²/161 ft² dan anda boleh menikmati pemandangan segar semulajadi dari tingkap bilik. Memiliki ruang balkoni / teres di bilik untuk para tamu. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan internet, perkhidmatan housekeeping, room service serta ruangan merokok. Kemudahan tempat meletak kenderaan turut disediakan buat para tetamu yang menginap di sini.

 

Harga : Bermula dari RM 60 satu malam

Alamat : No.128, Jalan Pecah Batu, Brinchang, Cameron Highlands

 

Silverstar Hotel

Silverstar Hotel bertaraf 1.5 bintang, menyediakan bilik penginapan yang bersih dan selesa. Harga untuk satu malam juga berbaloi. Setiap bilik dilengkapi dengan perkhidmatan wifi. Kemudahan meletak kenderaan turut disediakan buat para tetamu. Lokasi hotel ini berhampiran dengan restoran dan deretan kedai yang memudahkan pengunjung untuk membeli pelbagai barangan.

 

Harga : Bermula dari RM 87.00 satu malam

Alamat : 10 Main Road, Brinchang, Cameron Highlands

 

Hotel Sentosa

Hotel Sentosa menyediakan beberapa saiz bilik yang berbeza iaitu 13 m²/140 ft², 19 m²/205 ft² dan 18 m²/194 ft² sesuai dengan bajet para tamu. Menyediakan bilik penginapan yang bersih dengan kemudahan perkhidmatan housekeeping setiap hari. Kemudahan wifi juga turut disediakan di setiap bilik dan di lobi. Hotel ini turut dilengkapi dengan pengawasan keselamatan dan perkhidmatan front-desk 24 jam sehari. Bagi yang ingin menjamu selera, terdapat restoran halal turut tersedia di sini.

Harga : Bermula dari RM 44 untuk satu malam

Alamat : 38, Main Road, Brinchang, Cameron Highlands

 

OYO 90097 Madani Muslim Hotel

Hotel OYO semakin mendapat sambutan ramai, begitu juga OYO 90097 Madani Muslim Hotel yang juga tidak kurang hebatnya. Hotel ini bertaraf 2 bintang, menyediakan penginapan yang selesa dan berkonsep hotel muslim, pastinya mendapat tempat di hati para muslimin dan muslimat. Terdapat empat jenis bilik yang boleh anda pilih mengikut kapasiti tetamu yang ingin menginap dengan harga yang sangat berpatutan. Biarpun menyediakan kemudahan bilik yang agak ringkas, namun ianya tetap dilengkapi dengan kemudahan asas. Setiap bilik juga dilengkapi dengan kemudahan internet serta perkhidmatan housekeeping setiap hari.

 

Harga : Bermula dari RM 54 satu malam

Alamat : No. 16, Jalan Besar, Berinchang, Brinchang, Cameron Highlands

Cameronian Inn 

Cameronian Inn merupakan penginapan bertaraf 1 bintang yang terletak di Tanah Rata. Menyediakan bilik penginapan seluas 10 m²/108 ft² dengan kemudahan bilik yang begitu selesa. Persekitaran luaran hotel ini dikelilingi dengan taman bungan yang indah dan segar, begitu mendamaikan para tetamu yang datang menginap. Terdapat coffee shop di sini dengan hidangan paling popular adalah scones yang sesuai dijadikan menu minum petang bersama secawan kopi atau teh panas. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah kemudahan wifi percuma yang disediakan di ruangan lobi. Tempat meletak kenderaan yang luas juga disediakan buat para tetamu.

 

Harga : Bermula dari RM 65 satu malam  

Alamat : 16, Jalan Camelia, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands

 

Orchid Haven 

Orchid Haven bertaraf dua bintang dengan kemudahan penginapan yang cukup ringkas. Bagi anda yang memerlukan katil yang empuk dan selesa untuk bermalam, apa kata cuba menginap di Orchid Heaven. Ianya sesuai untuk pengunjung backpakers dan turut tersedia bilik penginapan secara dormitory dengan harga serendah RM 15 sahaja. Pengunjung dari luar sangat gemar menginap di sini, ibarat syurga bermalam sambil mengembara dan menambah kenalan baru. Perkhidmatan internet juga turut tersedia di sini memudahkan pengunjung berhubung dengan dunia luar.

 

Harga : Bermula dari RM 15 satu malam

Alamat : 82D, Persiaran Camelia 4, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands

 

Wan Alyasa Hotel 

Pastinya anda gembira jika menginap di Wan Alyasa Hotel ini. Bilik yang disediakan begitu selesa dan suasana persekitaran yang sunyi begitu menenangkan fikiran para tetamu yang menginap. Tidak begitu kedengaran bunyi kenderaan yang bising dan pastinya para tamu dapat tidur lena dan rehat yang berkualiti di sini. Hotel ini menyediakan kemudahan internet untuk setiap bilik penginapan. Lokasi hotel yang berhampiran restoran serta kedai serba guna juga menjadi salah satu ciri utama hotel ini sering menjadi rebutan para pengunjung. Anda juga boleh mendapatkan cenderamata dari kedai berhampiran yang begitu mudah diakses.

 

Harga : Bermula dari RM 80 satu malam

Alamat : No. 8 & 9 Brinchangs Square Brinchangs, Cameron Highlands 

Hotel Rainbow 

Hotel Rainbow merupakan hotel bertaraf 2 bintang dan menyediakan kemudahan penginapan yang mudah diakses kerana terletak berhampiran deretan rumah kedai. Menyediakan pelbagai kemudahan asas di bilik penginapannya, malah turut menyediakan perkhidmatan internet di setiap bilik untuk kegunaan para tamu. Dari bilik penginapan hotel ini, anda boleh menikmati pemandangan bukit bukau yang menghijau dari kamar bilik anda. Pastinya anda dapat memulakan hari dengan suasana yang indah serta mempersonakan jika menginap di sini.

 

Harga : Bermula dari RM 79 satu malam

Alamat : Lot 25, 39100 Brinchang, Cameron Highlands

Hotel Remix 

Hotel Remix merupakan hotel bertaraf 3 bintang. Ia menyediakan bilik penginapan dengan dekorasi yang ringkas, kemudahan asas bilik, bersih dan selesa. Ruangan bilik tidak begitu besar, namun masih selesa untuk didiami para pengunjung. Lokasi hotel ini yang terletak berhampiran restoran memudahkan para pengunjung menjamu selera tanpa perlu ke lokasi yang lebih jauh.

Harga : Bermula dari RM 89 satu malam

Alamat : Lot 12, Jalan Besar, 39100 Brinchang, Cameron Highlands

Jasmine Hotel 

Jasmine Hotel bertaraf 2.5 bintang menyediakan bilik penginapan bajet yang begitu selesa. Ia terletak berhampiran pasar malam Brinchang yang boleh diakses kira – kira 5 minit sahaja jika berjalan kaki. Setiap biliknya dilengkapi dengan kemudahan wifi serta kelengkapan bilik untuk para tamu. Terdapat banyak kedai runcit, restoran dan juga medan selera di sekitar hotel ini. Tempat letak kenderaan juga disediakan buat para tetamu yang menginap di hotel ini.

Harga : Bermula dari RM 88 satu malam

Alamat : No 29 – 32, 39100 Brinchang, Cameron Highlands

 

Hotel Flora Plus

Hotel Flora Plus dihiasi dengan bunga – bunga yang berwarna – warni serta menarik sekali. Kehadiran bunga – bunga ini menaikkan lagi seri hotel sesuai dengan namanya Hotel Flora Plus. Setiap bilik penginapan turut dihiasi pelbagai jenis bunga yang cukup indah sekali. Ruangan bilik begitu selesa buat pengunjung yang datang membolehkan para tetamu rehat dengan tenang. Hotel ini menyediakan kemudahan internet di setiap bilik, malah perkhidmatan lif juga disediakan bagi memudahkan para tetamu yang menginap di bilik atas. Ruangan merokok juga disediakan khas agar tidak mengganggu pengunjung lain. Persekitaran luaran turut dihiasi dengan taman bunga yang begitu cantik sekali.

 

Harga : Bermula dari RM 70 satu malam

Alamat : Blok B3, 29-30 Brinchang Square, Jalan Besar Brinchang, Brinchang, Cameron Highlands 

KRS Pines Guest House

KRS Pines Guest House antara hotel bajet yang agak selesa sebagai penginapan percutian anda. Walau pun ruang bilik agak terhad, pengunjung masih boleh berehat di bilik yang disediakan dengan selesa. Kebersihan bilik tetap di jaga kerana ianya antara keutamaan yang sangat dititikberatkan oleh pihak hotel. Lokasi hotel yang berhampiran dengan kedai menjadikan ia antara pilihan ramai jika datang ke Cameron Highlands.

 

Harga : Bermula dari RM 50 satu malam
Lokasi : No. 7 Jalan Mentigi, Tanah Rata, Cameron Highlands

TJ Lodge

TJ Lodge antara hotel bajet yang bertaraf 1 bintang. Ia menyediakan bilik penginapan yang agak selesa dengan penggunaan perabot yang minima serta perkhidmatan wifi di setiap bilik. Terdapat ruangan membaca dengan pelbagai bahan bacaan turut disediakan di hotel ini. Perkhidmatan dobi tersedia buat para pengunjung hotel ini. Suasana persekitaran hotel yang sunyi cukup mendamaikan para tetamu.

 

Harga : Bermula dari RM 50 satu malam

Alamat : No. 68A, Psn. Camelia 3, Bandar Baru Juta Villa, Tanah Rata, Cameron Highlands

Snooze Too Hotel

Snooze Too Hotel kelihatan menarik sekali dekorasinya biarpun hanya bertaraf 1 bintang. Susun atur perabut di hotel ini yang berwarna-warni menarik perhatian pengunjung. Ruang santai dan rehat untuk para tamu turut disediakan di bahagian lobi. Bilik penginapan yang disediakan agak besar dan selesa serta sesuai untuk kanak – kanak. 

 

Harga : Bermula dari RM 80 satu malam

Alamat : Lot 22, Brinchang Square, Brinchang, Cameron Highlands

 

Hotel Pop Ash
Hotel Pop Ash bertaraf 1 bintang, namun tetap menyediakan bilik perkhidmatan yang selesa. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan internet dan juga kemudahan asas lain untuk para tetamu. Saiz bilik agak besar, selesa dan bersih. Hotel ini turut dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam sehari, perkhidmatan kaunter serta perkhidmatan room service. Selain kemudahan internet di bilik, ewifi juga turut disediakan di ruang lobi untuk kegunaan para tetamu.

 

Harga : Bermula dari RM 57 satu malam

Alamat : No 24 Tingkat 1, Jalan Bandar Brinchang, Brinchang, Cameron Highlands

 

OYO 44029 Tudor Home Inn
Oyo Tudor Home Inn adalah bertaraf 2 bintang. Saiz bilik agak besar dan selesa untuk didiami. Menyediakan kemudahan bilik yang lengkap, kemas serta susun atur yang begitu menarik. Turut menyediakan mesin minuman Coway untuk para tetamu yang menginap. Terdapat ruang/zon merokok disediakan buat para tetamu. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan internet untuk para pengunjung. Lokasi hotel juga berhampiran dengan ladang strawberi dan anda boleh berjalan kaki sahaja.

 

Harga : Bermula dari RM 62 satu malam

Alamat : 15A dan 15B, Jalan Angsana Satu, Brinchang Point, Bandar Baru Brinchang, Brinchang, Cameron Highlands

 

Hong Kong Hotel
Hong Kong Hotel ini terletak di tengah – tengah kawasan Brinchang dan turut menjadi tumpuan ramai. Ia merupakan hotel bertaraf dua bintang menawarkan pelbagai jenis bilik yang sesuai dengan bajet anda. Bagi yang datang bersama keluarga yang besar, boleh menginap di bilik jenis family. Bilik yang disediakan juga agak besar dan pastinya selesa. Anda boleh melayari internet secara percuma dari bilik hotel sahaja. Terdapat coffee shop yang boleh anda singgah jika menginap di sini.

 

Harga : Bermula dari RM 73 satu malam

Alamat : No.5, Jalan Besan Brinchang, Brinchang, Cameron Highlands

 

 

BB Inn Hotel

BB Inn Hotel merupakan hotel bertaraf 1 bintang dan terletak berhampiran Ladang Teh Boh. Kemudahan akses wifi percuma tersedia di setiap bilik penginapan turut memudahkan pengunjung melayari internet. Hotel ini menyediakan kaunter tetamu 24 jam sehari sangat memudahkan para pengunjung yang datang di luar waktu kebiasaan. Bilik yang terdapat di hotel ini juga agak besar dan selesa serta sangat sesuai untuk kumpulan yang besar dengan memilih bilik Family Suite.

 

Harga : Bermula dari RM 75 satu malam

Alamat : No.79 Persiaran Camellia 4, Tanah Rata, Cameron Highlands

 

Hotel Chua Gin

Hotel Chua Gin sering menjadi pilihan kerana biliknya bersaiz agak besar dan selesa. Hotel ini bertaraf 2 bintang sentiasa memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang. Tetap menjaga kebersihan di setiap bilik dan seluruh hotel, membuatkan ramai yang menjadikan hotel ini sebagai pilihan setiap kali berkunjung ke Cameron Highlands. Bilik penginapannya pula turut dilengkapi dengan kemudahan wifi serta memiliki balkoni peribadi. Ladang strawberi dan ladang kaktus yang terletak berhampiran menjadi ia salah satu tarikan pengunjung untuk menginap di sini.

 

Harga : Bermula dari RM 78 satu malam

Alamat : 11, Main Road, Brinchang, Cameron Highlands

 

Haji Saudi Hotel

Haji Saudi Hotel antara hotel berkonsep islamik turut terdapat di Cameron Highlands ini. Menampilkan dekorasi berkonsep moden, dengan perabut yang minima namun tetap memberi keselesaan kepada para pengunjung. Lokasi hotel ini terletak di tengah pekan Brinchang, memudahkan pengunjung menjelajah ke sekitar pekan dengan hanya berjalan kaki sahaja. Terdapat pelbagai kedai cenderahati di sekitar hotel, restoran dan kedai makan yang banyak, kedai serbaguna dan pelbagai kemudahan yang anda boleh dapati di sini.

 

Harga : Harga bermula dari RM 98 satu malam

Alamat : No. B1-13-G, Brinchang Square, Brinchang, Cameron Highlands

OYO Capital O 89695 Planters Hotel

Hotel OYO Capital O 89695 Planters Hotel ini terletak di atas bukit dan berhampiran jalan utama pekan Tanah Rata. Ia bertaraf 3 bintang menyediakan penginapan yang berbaloi dengan harga. Ruang biliknya agak besar dan pastinya selesa. Malah, ruang bilik mandi yang agak besar juga turut memberi keselesaan terutama pada golongan OKU. Kebersihan sangat diutamakan di sini. Kemudahan internet disediakan di setiap bilik untuk kegunaan pengunjung.

 

Harga : Bermula dari RM 80 satu malam

Alamat : 44- A Jalan Besar, Tanah Rata, Cameron Highlands

 

OYO 1153 Heaven Hill Hotel 1

Bilik – bilik OYO 1153 Heaven Hill Hotel 1 agak besar dan selesa. Hotel ini bertaraf dua bintang dan mempunyai kawalan keselamatan 24 jam sehari. Jika datang bersama kumpulan yang besar, hotel ini adalah sesuai untuk anda. Harga bilik juga sangat berpatutan dengan kemudahan internet di setiap bilik. 

Harga : Bermula dari RM 68 satu malam

Alamat : 56C, Persiaran Camellia 4, Tanah Rata, Cameron Highlands

 

Kea Garden Mini Chalet

Kea Garden Mini Chalet menyediakan kemudahan bilik yang begitu ringkas, namun tetap memberi kepuasan kepada para tamu yang datang. Bagi yang ingin melihat pemandangan bukit yang menghijau sebaik sahaja bangun pagi, anda boleh cuba menginap di sini, sememangnya mendamaikan. Bilik penginapan di sini berada dalam satu deretan memanjang, dengan keluasan bilik agak terhad. Kemudahan bilik air pula berada di luar bilik tidur dan perlu berkongsi dengan tetamu lain. Namun, bilik air yang disediakan sentiasa bersih dan selesa. Kawasan persekitaran chalet juga begitu indah kerana dikelilingi dengan pelbagai bunga yang cantik berwarna – warni.

Harga : Bermula dari RM 67 satu malam

Alamat : Kea Garden Guest House, Brinchang, Cameron Highlands

 

Zermatt Hotel

Zermatt Hotel hanya bertaraf 1 bintang, namun menyediakan kemudahan penginapan yang serba lengkap, baru dan serta moden. Keselesaan dan kebersihan sangat diambil kira demi kepuasan para pengunjung yang datang. Saiz ruang bilik juga sangat sesuai dan tidak terlalu sempit, malah pengunjung tetap selesa dengan saiz bilik yang disediakan.

Harga : Bermula dari RM 86 satu malam

Alamat :38A, Jalan Besar, Tanah Rata, Cameron Highlands 

 

Iris House Hotel

Iris House Hotel mempunyai bangunan hotel dengan seni bina Tudor yang eksentrik, serta memiliki serombong asap palsu dengan gaya English. Ia merupakan sebuah hotel yang terletak di kaki bukit pekan Brinchang dan berhampiran persimpangan Kuill Sam Poh sangat sesuai dijadikan penginapan seisi keluarga ketika bercuti di Cameron Highlands. Bilik penginapan di hotel ini begitu selesa biarpun perabut yang disediakan kelihatan agak lama.

Harga : Bermula dari RM 83 satu malam

Alamat : 56, Jalan Kuari, Brinchang, Cameron Highlands

 

Kesimpulan

Anda boleh mula merancang percutian di Cameron Highlands. Begitu banyak hotel di kawasan sekitar dan anda boleh memilih samada ingin menginap di kawasan Brinchang atau Tanah Rata kerana masing – masing memiliki kelebihan tersendiri. Memandangkan Cameron Highlands antara destinasi tumpuan pelancong terutamanya di musim cuti sekolah, adalah sebaiknya anda membuat perancangan rapi dengan lebih awal bagi mengelakkan bilik penginapan penuh. 

 

Harga bilik yang tersenarai ini mungkin berbeza bergantung kepada hari biasa, musim perayaan atau cuti persekolahan. Bagi mendapatkan harga bilik terkini hotel di Cameron Highlands, anda boleh menyemak di laman – laman web penyedia penginapan samada booking.com, agoda.com, trivago dan sebagainya. Harga bilik penginapan secara walk in di hotel juga mungkin berbeza dari laman web tersebut. Pastikan anda memilih penginapan yang sesuai dengan bajet kewangan anda sebelum bercuti.