.

Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank

Kebanyakan masyarakat hari ini pastinya memiliki sekurang – kurangnya satu akaun bank di Malaysia sebagai salah satu medium untuk transaksi kewangan. Kemudahan yang ditawarkan oleh setiap bank adalah hampir sama. Justeru, pelanggan berhak memilih cawangan bank yang bersesuaian dengan keperluan. Maybank, merupakan antara institusi kewangan yang popular di Malaysia.

 

Bagi yang sering berurusan dengan pihak bank, pastinya kita memerlukan penyata kewangan sebagai rujukan pada masa hadapan. Pihak bank sebelum ini turut menghantar penyata bank secara berkala ke alamat rumah pelanggan. Namun, dengan adanya teknologi yang maju pada hari ini telah membolehkan pelanggan mendapatkan penyata bank secara dalam talian yang lebih cepat dan menjimatkan masa. Pelanggan juga tidak perlu hadir ke cawangan bank semata – mata untuk mendapatkan penyata bank Maybank.

 

Cara Mendapatkan Penyata Bank Maybank Secara Online

  1. Layari laman web rasmi Maybank di https://www.maybank2u.com.my 
  2. Log masuk ke akaun menggunakan username dan pastikan Security Phrase yang dipaparkan adalah milik anda, kemudian tekan butang Yes
  3. Masukkan kata laluan dan tekan butang Login
  4. Skrin akan memaparkan maklumat akaun anda dan klik pada tab Saving Account
  5. Klik butang VIEW STATEMENTS pada bahagian bawah
  6. Pilih dan klik pada tarikh penyata bank yang diperlukan (terletak di bahagian atas menu)
  7. Skrin akan memaparkan penyata bank untuk tempoh tiga bulan  
  8. Klik ikon anak panah ke bawah yang terletak di bahagian untuk memuat turun penyata bank tersebut
  9. Penyata bank tersebut akan dimuat turun dan anda boleh mencetaknya kemudian untuk disimpan sebagai rujukan pada masa hadapan

 

Cara Mendapatkan Penyata Bank Maybank Melalui Emel

Maybank mengeluarkan penyata bank untuk tiga bulan terkini dalam setahun iaitu pada penghujung suku tahunan. Ia dikeluarkan pada bulan Mac, Jun, September dan juga Disember. Sebagai pelanggan Maybank, anda boleh tetapkan akaun Maybank2u untuk menerima penyata bank secara berkala melalui emel. Caranya adalah seperti berikut :

    1. Layari laman web rasmi Maybank di https://www.maybank2u.com.my 
    2. Log masuk ke akaun menggunakan username dan pastikan Security Phrase yang dipaparkan adalah milik anda, kemudian tekan butang Yes
    3. Masukkan kata laluan dan tekan butang Login
    4. Klik butang Settings di bahagian atas
    5. Kemudian, klik pada tab Account
    6. Pada Email Statement Delivery, klik butang Add Email
    7. Pilih jenis akaun bank anda dan pada ruangan Email Distribution, masukkan alamat emel anda
    8. Klik pada butang I would like to create my own password
    9. Masukkan kata laluan untuk emel penyata bank anda
    10. Sahkan kata laluan yang telah dimasukkan dan tekan butang SAVE
    11. Tekan butang CONFIRM untuk meneruskan transaksi
  • Skrin akan memaparkan nota Email is successful added sekiranya telah berjaya mendaftarkan alamat emel untuk penyata bank anda
  • Anda akan menerima penyata bank melalui emel yang dihantar melalui emel rasmi [email protected]
  • Sekiranya anda menerima penyata bank dari pihak Maybank, anda perlu memasukkan kata laluan yang telah didaftarkan untuk membuka lampiran penyata bank yang dihantar
  • Kemudian, anda boleh mencetak atau menyimpan lampiran penyata bank tersebut ke dalam komputer peribadi atau telefon pintar sebagai rujukan masa hadapan

 

Cara Mendapatkan Penyata Bank Melalui Apps

  1. Muat turun aplikasi Maybank2u di Google Playstore atau Apple iStore
  2. Buka aplikasi dan log masuk ke akaun menggunakan username dan kata laluan
  3. Pilih butang Statement untuk melihat penyata akaun anda
  4. Klik butang View untuk melihat penyata bank untuk 3 bulan terdahulu

 

Cara Mendapatkan Penyata Mini Bank Dari Mesin ATM

Pelanggan boleh mendapatkan penyata ringkas akaun bank melalui mesin ATM Maybank. Cara untuk mendapatkannya adalah seperti berikut :

  1. Masukkan kad ATM ke mesin dan masukkan nombor PIN kad
  2. Pilih transaksi Lain-lain Urusniaga
  3. Kemudian, pilih Lain-lain Perkhidmatan
  4. Pilih Penyata Ringkas dan satu resit akan dikeluarkan
  5. Resit ini mengandungi transaksi urusniaga akaun bank anda dengan begitu ringkas
  6. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, hubungi pihak Maybank di talian 1300 88 6688 untuk berhubung dengan Perkhidmatan Pelanggan

 

Sememangnya sangat mudah untuk mendapatkan penyata bank Maybank ini. Anda tidak perlu bersesak dan beratur di kaunter bank dan ianya boleh dilakukan pada bila – bila masa sahaja.