.

Program Subsidi Upah Permai 3.0

PSU 3.0 PERMAI PERKESO: Cara Memohon, Syarat & Semakan Status

Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 merupakan program di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang telah diumumkan menerusi pembentangan Belanjawan 2021 6 pada November yang lalu. Permohonannya telah dibuka mulai 19 Januari 2021. PSU 3.0 diperkenalkan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin, kelangsungan perniagaan serta pembangunan ekonomi negara terus maju. Bagi menjayakan program ini, kerajaan telah memperuntukkan kos sebanyak RM 15 bilion ringgit.

Pihak majikan boleh membuat permohonan Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 bagi meneruskan kelangsungan aktiviti perniagaan beroperasi seperti biasa. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakan agensi yang bertanggungjawab menguruskan PSU 3.0 ini. Pihak majikan akan menerima bantuan kewangan dari PERKESO sekiranya mempunyai pekerja tempatan yang berpendapatan di bawah RM 4,000 sebulan. Semasa PSU 3.0 pertama kali diperkenalkan, ianya hanya tertumpu kepada sektor pengkhususan sahaja seperti sektor pelancongan serta peruncitan. Walau bagaimana pun, PSU 3.0 PERMAI adalah sangat berbeza kerana bantuan akan diberikan secara menyeluruh kepada semua sektor ekonomi yang terlibat dengan pelaksanaan PKP ini.

 

Tempoh Permohonan

Permohonan adalah dibuka mulai 19 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021 sahaja.

 

Saiz & Bilangan Pekerja Yang Boleh Dituntut 

Majikan boleh menuntut PSU 3.0 PERMAI berdasarkan saiz serta bilangan pekerja seperti berikut :

 

Saiz perniagaan – 75 orang pekerja dan ke bawah

Bilangan Pekerja Yang Boleh Dituntut – 75 orang

 

Saiz perniagaan – 76 orang hingga 200 orang pekerja

Bilangan Pekerja Yang Boleh Dituntut – 200 orang

 

Saiz perniagaa – 201 orang pekerja dan ke atas

Bilangan Pekerja Yang Boleh Dituntut – 500 orang

 

Kadar Bayaran 

Kadar bayaran adalah sebanyak RM 600 bagi setiap seorang pekerja.

 

Syarat Kelayakan 

Majikan yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Majikan dan pekerja wajib mendaftar dan telah mencarum dengan PERKESO sebelum 1

Januari 2021

  • Majikan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021

  • Pendapatan perniagaan merosot sebanyak 30% atau lebih berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan PKP
  • Tuntutan yang dibuat mestilah bagi pekerja yang berpendapatan bawah RM4,000 sahaja
  • Pekerja yang berpendapatan bawah RM4,000 perlu dikekalkan dalam syarikat dan waktu bekerja boleh dikurangkan atau pengurangan gaji boleh dilakukan tetapi mestilah mendapat persetujuan pekerja terbabit setelah membuat perundingan
  • Permohonan PSU 3.0 PERMAI terbuka kepada majikan yang menjalankan perniagaan di negeri yang dilaksanakan PKP sahaja

 

 

Situasi Yang Tidak Layak Memohon PSU 3.0 PERMAI PERKESO

Terdapat beberapa situasi yang tidak melayakkan permohonan PSU 3.0 PERMAI PERKESO  iaitu seperti berikut : 

  • Majikan dan pekerja yang mendaftar atau mencarum dengan PERKESO selepas 1 Januari 2021
  • Majikan atau perniagaan yang mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia / Pihak Berkuasa Tempatan / atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021
  • Majikan tidak berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Perniagaan beroperasi bukan dalam negeri yang PKP
  • Pekerja yang berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja
  • Pekerja yang menyertai program Penjana Kerjaya (Hiring Incentive)
  • Pekerja sektor awam / badan berkanun persekutuan dan negeri / semua badan berkanun yang diasingkan saran / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta  yang bekerja sendiri  
  • Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate)
  • Majikan yang telah menarik diri dari permohonan PSU 3.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO

 

Cara Memohon

Cara membuat permohonan adalah seperti berikut :

  1. Layari portal rasmi di https://prihatin.perkeso.gov.my/
  2. Tekan butang Permohonan & Semakan di bahagian PSU
  3. Tekan butang Permohonan Baru 3.0 dan pilih lokasi negeri perniagaan beroperasi
  4. Tekan butang Halaman Seterusnya
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan pastikan semuanya betul
  6. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik butang Hantar

 

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Majikan perlu memuat naik dokumen sokongan berikut semasa membuat permohonan :

  • Senarai nama pekerja mengikut had kelayakan dan saiz perniagaan
  • Salinan muka hadapan penyata akaun bank majikan 
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) mestilah sama dengan akaun bank semasa membuat pendaftaran 
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat atau lain-lain pertubuhan
  • Akuan Pengisytiharan PSU 3.0 

 

Setiap majikan akan menerima nombor rujukan setelah berjaya mengisi permohonan lengkap di portal rasmi PSU 3.0. Nombor rujukan tersebut boleh digunakan untuk membuat semakan status permohonan. Bagi permohonan yang diluluskan, senarai nama majikan akan dipaparkan di portal rasmi di https://www.myfuturejobs.gov.my termasuklah bilangan pekerja yang diluluskan. Majikan yang berjaya adalah tidak dibenarkan menggunakan sebahagian daripada jumlah bantuan tersebut untuk membayar caruman PERKESO dan SIP bagi pihak majikan.

 

Maklumat Lanjut 

Pemohon boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan PSU 3.0 PERMAI ini.