.

Senarai Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Rayuan GKP 2.0

Permohonan rayuan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0) telah pun dibuka mulai 7 Disember 2020 hingga 21 Disember 2020. Bagi yang tidak berjaya semasa membuat permohonan GKP 2.0, boleh membuat rayuan secara dalam talian di laman web rasmi gkp.hasil.gov.my. Ini bagi memberi peluang kepada pemilik perniagaan mendapatkan GKP 2.0 seterusnya membantu meringankan beban kewangan mereka. Kegagalan permohonan GKP 2.0 pada peringkat awal kerana permohonan yang dikemukakan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan. Namun, permohonan rayuan ini akan dipertimbangkan berdasarkan dokumen sokongan yang disertakan semasa membuat rayuan. 

Pemohon yang ingin membuat rayuan perlu mengemukakan dokumen sokongan berdasarkan Kod Alasan Tidak Lulus seperti berikut :

 

  • Kod 01   : Tidak beroperasi pada tahun 2020
  • Bagi kod ini, pemohon menyatakan bahawa perniagaan tidak beroperasi pada tahun 2020 (dinyatakan pada borang permohonan)
  • Penyata kewangan perniagaan atau bank bagi  tahun 2019 / peribadi pemohon yang terkini

 

  • Kod 02 / 03 : Jualan adalah 0 atau melebihi RM 300,00 
  • Rekod jualan samada 0 atau melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan
  • Penyata kewangan perniagaan atau bank bagi  tahun 2019 / peribadi pemohon yang terkini

 

  • Kod 04   : Tidak wujud di agensi
  • Perniagaan tidak didaftarkan sebelum 31 Ogos 2020
  • Sijil pendaftaran perniagaan yang terkini

 

  • Kod 05 / 06 : Pekerja melebihi 4 orang
  • Mempunyai pekerja melebihi syarat yang ditetapkan
  • Borang A KWSP / Borang 8A PERKESO atau dokumen pengesahan yang berkaitan

 

  • Kod 07   : Entiti perniagaan lebih 1
  • Mempunyai lebih 1 permohonan
  • Sijil pendaftaran yang terkini

 

Dokumen sokongan perlu dikemukakan secara dalam talian dengan memuat naik dokumen tersebut ke dalam sistem permohonan rayuan. Saiz dokumen maksimum adalah 2MB bagi setiap dokumen dan sebanyak 3 lampiran dokumen sahaja dibenarkan. Dokumen mestilah dalam format PDF, JPG, JPEG atau PNG sahaja. Pemohon juga tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran perniagaan semasa membuat rayuan GKP 2.0 ini. Tarikh pembayaran rayuan GKP 2.0 ini akan diumumkan sebaik sahaja mendapat tarikh sebenar bayaran.

 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai status rayuan permohonan GKP 2.0 ini boleh diperolehi melalui talian telefon Hasil Care Line di 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) / layari portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my.