.

Cara Bayar Kad Kredit Melalui CIMB Clicks

 

Sejak tahun 1950-an lagi, kad kredit telah mula diperkenalkan oleh Bank of America. Penggunaan kad kredit menjadi salah satu alternatif dalam kaedah bayaran yang berkonsepkan pinjaman. Pembayaran semula perlu dibuat dalam tempoh 20 hari (di Malaysia) dan pengguna akan dikenakan caj penalti sekiranya tidak membuat pembayaran dalam tempoh tersebut. Kad kredit membolehkan pengguna membuat pembelian di kedai atau pusat membeli belah tanpa menggunakan wang tunai. Ia lebih selamat berbanding wang tunai dan sekiranya kad kredit tersebut hilang, pengguna boleh membuat sekatan urusniaga serta merta. Antara kelebihan lain penggunaan kad kredit ini adalah kerana terdapat mata ganjaran atau rebat tunai diberikan bagi setiap jumlah wang yang dibelanjakan.

 

Kaedah pembayaran kadar kad kredit yang digunakan juga cukup mudah. Terdapat beberapa kaedah pembayaran iaitu dengan mendeposit wang tunai ke mesin cash deposit atau membayar melalui kaedah perbankan online. Kali ini, mari kita lihat cara untuk membuat pembayaran kad kredit melalui CIMB Clicks yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

 

Kaedah Pembayaran Kad Kredit Melalui CIMB Clicks

  • Pada paparan utama, klik butang My Accouns  dan tekan butang Credit Cards
    • Tekan butang bertanda tiga titik yang terletak di sebelah kanan
  • Pada paparan menu tambahan, klik butang Pay Credit Cards
    • Pada ruangan To, pilih jenis akaun kad kredit anda
  • Pada ruangan Amount and When, sila tekan butang Pay Any Amount
    • Pada ruangan MYR, masukkan jumlah yang ingin dibayar
  • Pada ruangan When, klik pada Today
    • Pada ruangan Transaction Instruction, masukkan nota ringkas tujuan bayaran
  • Klik butang Make Payment
  • Semak butiran yang dipaparkan dan pastikan ianya betul, kemudian tekan butang Confirm
  • Skrin akan memaparkan status Successful sekiranya pembayaran telah berjaya dilakukan

 

Pastikan anda membuat pembayaran kad kredit secara berkala dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan dari dikenakan penalti oleh pihak bank. Dengan cara ini, hutang kad kredit anda tidak akan bertambah kerana caj tambahan tidak akan dikenakan. Jadilah pengguna yang bijak dalam berbelanja serta bijak menggunakan kad kredit jika tidak mahu dibebani hutang keliling pinggang.