.

Hotel Bajet Melaka

Melaka merupakan sebuah negeri bersejarah dan antara destinasi yang paling popular di kalangan pelancong serta pengunjung tempatan. Ia di kelilingi dengan bangunan lama peninggalan dari zaman Kesultanan Melaka, Belanda serta Portugis. Para pelancong yang melawat negeri Melaka ini seakan menerokai dunia masa lalu tatkala mengunjungi muzium serta bangunan bersejarah di sini. Pihak UNESCO telah mengiktiraf negeri Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2008.

 

Selain mengunjungi muzium dan bangunan bersejarah, pengunjung juga boleh merasai sendiri kemeriahan pasar malam yang terletak di Jonker Street. Terdapat pelbagai barangan termasuklah cenderahati yang boleh di bawa pulang sebagai kenangan. Antara lain yang menarik terdapat di Melaka ini sudah tentulah makanan yang begitu pelbagai, terutamanya asam pedas Melaka serta menu Baba dan Nyonya yang begitu popular.

 

Bagi anda yang sedang merancang untuk bercuti ke Melaka dan masih mencari penginapan yang bersesuaian dengan bajet anda, apa kata anda lihat senarai hotel yang terdapat di dalam artikel ini. Hotel yang disenaraikan ini merupakan hotel bajet yang pastinya memenuhi kriteria yang anda cari dan pastinya selesa serta memuaskan hati. 

 

30 Senarai Hotel Bajet di Melaka (Bawah RM 100)

  • Sayang Selalu Guest House

Sayang Selalu Guest House, hotel bertaraf 1 bintang terletak tidak jauh dari tempat bersejarah, antaranya Stadthuys, Bukit & Gereja St. Paul, Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia, Muzium Maritim Flora de la Mar dan bermacam lagi. Bilik penginapan yang disediakan begitu ringkas tanpa dekorasi yang berat, namun keselesaan dan kebersihan bilik penginapan tetap terjaga. Setiap bilik penginapan juga disediakan kemudahan wifi percuma.

 

Harga : Bermula dari RM 47 satu malam

Alamat : No 1 – 4 & 2- 4, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Melaka

 

  • Fantasy Hotel

Hotel bajet yang penuh dengan dekorasi menarik, berwarna warni serta menceriakan. Setiap bilik dihiasi dengan dekorasi serta rekabentuk yang berbeza. Namun, hotel bertaraf dua bintang ini ternyata tidak mengecewakan kerana menyediakan kemudahan yang lengkap buat para pengunjung termasuklah wifi percuma.

 

Harga : Bermula dari RM 70 satu malam
Alamat : G8 Jalan PM 7, Plaza Mahkota

  • Hallmark Inn 

Hallmark Inn telah dibuka pada tahun 2011 dan merupakan hotel bertaraf 3 bintang yang selesa. Ia menawarkan bilik penginapan berkonsep moden dan terletak berhampiran Dataran Pahlawan Melaka Megamall, A’Famosa, Galeri Cheng Ho, Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia dan pelbagai lagi tempat menarik. Mempunyai sebanyak 48 buah bilik untuk kemudahan pengunjung.

Harga : Bermula dari RM 50 satu malam

Alamat: 66, Jalan Munshi Abdullah Melaka, Melaka

  • Queenspark Hotel  

Queenspark Hotel ini bertaraf 3 bintang telah dibina pada tahun 2007. Ia sangat sesuai bagi pengunjung yang bercuti atau datang bekerja di Melaka. Terletak tidak jauh dari pusat bandar dan memiliki tarikan yang tersendiri. Antaranya pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti di Eco Bike Tour dengan hanya menyewa basikal dari pihak hotel. Setiap bilik dilengkapi dengan wifi percuma dan perkhidmatan housekeeping disediakan setiap hari.


Harga : Bermula dari RM 60 satu malam

Alamat : No. 39–47, Jalan Taman Melaka Raya 24, Melaka 

 

  • Terra Nova Hotel  

Terra Nova Hotel merupakan hotel bertaraf dua bintang dibuka pada tahun 2013 dan terletak berhampiran tempat – tempat menarik dan bersejarah di Melaka. Setiap bilik dilengkapi dengan wifi, meja serta pelbagai kemudahan lain. Mempunyai sebanyak 48 buah bilik untuk kemudahan pengunjung. Lokasinya tidak jauh dari Port de Santiago dan Kuil Sam Po Kong. Bagi yang ingin mencuba keenakan kopi di Melaka ini, boleh rasainya di Grow Coffee. Anda juga boleh mencuba hidangan di Suukee Satay Melaka dan Restaurant Portuguese & Nyonya yang tidak jauh dari hotel ini.

 

Harga : Bermula dari RM 88 satu malam

Alamat : No. 29, Jln KSB 11, Taman Kota Syahbandar, Melaka 

 

  • Hotel Sentral Riverview

Mengenakan tema merah putih di luar bangunan hotel, ternyata ianya nampak ringkas dan kemas. Hotel yang bertaraf 3 bintang ini hanya 2.9 km dari pusat bandar serta mudah diakses. Pelbagai perkhidmatan disediakan antaranya wifi percuma di setiap bilik, kaunter lobi 24 jam sehari, kemudahan untuk tetamu Orang Kurang Upaya (OKU) serta kamera keselamatan 24 jam. Selain bilik penginapan yang selesa, hotel ini turut menyediakan kemudahan dewan untuk sebarang majlis atau bengkel.

 

Harga : Bermula dari RM 70 satu malam
Alamat : 177 Jalan Tun Ali, Melaka Tengah

  • Hotel Sunflower 

Hotel Sunflower ini memiliki sebanyak 23 buah bilik penginapan yang serba lengkap termasuklah pemanas air dan juga wifi. Ia terletak di Padang Temu iaitu antara Ayer Keroh dan juga Bandar Melaka. Terdapat beberapa tempat menarik dan bersejarah di sekitar hotel ini, antaranya Porta de Santiago dan juga Kuil Sam Po Kong. Christ Church dan Portugis Square juga tidak jauh dari sini. Anda juga boleh menyewa basikal yang disediakan untuk bersiar di kawasan bandar Melaka bersejarah ini.

Harga : Bermula dari RM 75 satu malam

Alamat : No 57, Jln PJ 1, Taman Pertam Jaya, Padang Temu, Melaka  

 

  • Mori Residence

Mori Residence merupakan sebuah penginapan bajet yang bertaraf 2 bintang. Walau bagaimana pun, ia menyediakan kemudahan bilik yang sangat baik, kemas dan selesa seperti berada di rumah sendiri. Lokasi penginapan ini terletak berhampiran Encore Melaka dan tidak jauh dari pantai Melaka. Bagi yang ingin mencuba rice ball yang enak, boleh datang ke Famosa Chicken Rice Ball Restaurant, malah anda boleh cuba menikmati pebagai menu hidangan di The Daily Fix dan Geographer Café. Anda juga boleh menikmati pemandangan taman dari kamar bilik yang begitu indah sekali.

 

Harga : Bermula dari RM 66 satu malam

Alamat : 3, Jalan Kampung Kuli, Melaka

 

  • River One Residence  

River One Residence terletak di bandar Melaka dan tidak jauh dari Chinatown. Ia merupakan penginapan bertaraf 2 bintang, namun menyediakan kemudahan penginapan yang lengkap untuk para pengunjung. Hotel ini tidak menyediakan banyak bilik dan terhad kepada 15 buah bilik sahaja. Setiap bilik disediakan kemudahan wifi percuma dan juga peralatan membancuh kopi turut tersedia. Terdapat ruangan menyimpan bagasi membolehkan pengunjung bersiar – siar di sekitar Melaka tanpa perlu membawa bagasi bersama. Lokasi hotel ini juga berhampiran dengan Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia, St Gereja Theresa, Jonker Street dan bermacam lagi.

Harga : Bermula dari 80 satu malam

Alamat : 60-62, Jalan Kampung Pantai, Melaka

 

  • Layang – Layang Guest House

Layang Layang Guest House terletak tidak jauh dari Gereja St. Francis Xavier. Ia mempunyai sebanyak 20 buah bilik penginapan dengan dekorasi yang ringkas. Turut menyediakan ruang bagasi serta tempat letak para tetamu. Antara tarikan yang terletak berhampiran hotel ini adalah Stadthuys, Muzium Kapal Selam dan bermacam lagi. Dengan harga yang begitu murah, pastinya percutian anda berbaloi tatkala menginap di sini.

 

Harga : Bermula dari RM 83 satu malam

Alamat : 26, Jalan Tukang Besi, Melaka

 

11. Semabok Inn 

Semabok Inn berada di sekitar bangunan kerajaan, bank, rumah peranakan Baba dan Nyonya serta pelbagai bangunan warisan Melaka. Hotel ini turut menyediakan bilik seminar untuk kumpulan kecil. Bilik penginapan di sini juga agak selesa dengan kemudahan wifi percuma. 

Harga : Bermula dari RM 49 satu malam

Alamat : 396 Jalan Semabok, Melaka

 

12.  Hotel Suria Malaqa 

Hotel Suria Malaqa adalah hotel bertaraf 2 bintang dan dibina tidak jauh dari purat bandar Melaka. Menyediakan wifi percuma dengan kemasan bilik yang begitu ringkas, namun cukup selesa untuk para tamu menginap di sini. Tempat letak kereta juga disediakan percuma sahaja.

Harga : Bermula dari RM 45 satu malam

Alamat : No. 3, Jalan SE1, Taman Semabok Emas, Semabok, Melaka

 

13.  JW Boutique

JW Boutique menampilkan dekorasi berkonsep Skandinavia yang sangat menarik dan menenangkan. Hotel ini juga agak luas, malah bilik penginapannya juga agak besar dan selesa buat para pengunjung yang datang bersama anak kecil. Ruang letak kereta juga adalah percuma dan banyak disediakan. Bagi yang ingin membeli belah, boleh singgah ke AEON Mall yang begitu dekat dengan hotel ini.

Harga : Bermula dari RM 79 satu malam

Alamat : No.1, Jln Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, Melaka

14.  906 Premier Hotel

906 Premier Hotel menyediakan kolam renang buat para pengunjungnya biarpun hotel ini hanya bertaraf 3 bintang. Selain itu, bilik penginapan juga ditawarkan dengan harga yang murah, bersih dan selesa. Kemudahan wifi juga disediakan secara percuma di semua bilik, malah tempat letak kereta juga disediakan percuma buat para tamu.

 

Harga : Bermula dari RM 87 satu malam

Alamat : 32, Jalan Mutiara Melaka 3, Taman Mutiara Melaka, Melaka 

15.  Muk by Victoria Home

Hotel Muk antara hotel yang terletak di dalam sebuah bangunan warisan di Melaka. Jika dilihat dari luaran, ia sememangnya kelihatan bangunan lama, namun ia turut disuntik dengan elemen moden di sebelah dalam bangunan menampilkan keunikan yang tersendiri. Menyediakan bilik penginapan yang luas, bersih, kemas dan begitu ringkas dekorasi biliknya. Bagi yang datang bersama anak kecil, bilik di sini pastinya memberi keselesaan buat seisi keluarga. Tempat letak kereta adalah percuma, namun ianya agak terhad.

 

Harga : Bermula dari RM 85 satu malam

Alamat : No. 185, 212, Jalan Tengkera, Jalan Gajah, Melaka

16.  The Explorer Hotel Melaka

Terletak bersebelahan Mahkota Parade, The Explorer Hotel yang bertaraf 3 bintang ini sangat sesuai untuk para pengunjung Melaka. Bilik yang disediakan adalah kemas dan teratur, malah kebersihan juga menjadi keutamaan. Jumlah bilik juga agak banyak disediakan memudahkan pengunjung yang datang secara berkumpulan.

Harga : Bermula dari RM 89 satu malam

Alama : No. 1 Jalan Plaza Merdeka, Plaza Merdeka, Melaka

17.  Mercury Boutique Hotel

Mercury Boutique Hotel antara hotel bertaraf 3 bintang yang menyediakan bilik penginapan yang agak luas buat para tamunya. Dekorasi bilik agak moden dan menarik. Menggunakan sistem touch screen untuk suis di setiap bilik sangat memudahkan. Menyediakan tempat letak parking yang banyak serta lokasi hotel juga berdekatan dengan tempat – tempat menarik di sekitar bandar Melaka.

 

Harga : Bermula dari RM 65 satu malam

Alamat : No. 32, Jalan PM 6, Plaza Mahkota, Melaka

18Euro Rich Hotel Melaka

Euro Rich Hotel sangat berbaloi untuk wang anda. Ia menyediakan kemudahan penginapan bertaraf 3 bintang dengan kaunter tetamu yang beroperasi 24 jam sehari serta perkhidmatan dobi untuk para pengunjung. Hotel ini telah beroperasi sejak tahun 2011 menjadi pilihan ramai kerana lokasinya yang berhampiran dengan Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Mahkota Medical Centre, muzium, Sam Po Kong Temple dan bermacam lagi.

 

Harga : Bermula dari RM 47 satu malam

Alamat : 8, Jalan PM13, Plaza Mahkota, Melaka

 

19.  Hotel Hong @ Jonker Street Melaka

Hotel Hong berada di sebuah bangunan rumah kedai lama yang diubah menjadi sebuah hotel bajet bertaraf 1.5 bintang. Ia terletak di Jonker Street, di mana kebanyakan hotel di sini agak mewah. Namun, terdapat juga hotel bajet seperti Hotel Hong ini yang dapat memenuhi keperluan pelancong yang  datang terutamanya backpackers. Sekiranya menginap di sini, adalah sangat mudah untuk pengujung bersiar – siar di sekitar Jonker Street tanpa perlu menaiki teksi dan lebih jimat. Bilik hotel yang disediakan agak besar dan selesa dengan kemudahan wifi tersedia di setiap bilik. Hotel ini turut menyediakan khidmat pengangkutan dari terminal bas ke hotel. Pengunjung juga boleh ke Masjid Kampung Hulu dengan jarak hanya 500 meter sahaja.

 

Harga : Bermula dari RM 60 satu malam

Alamat : 7B Jalan Masjid, Kampong Hulu, Jonker, Melaka

 

  1. Hallmark Hotel Leisure Melaka

Hallmark Hotel Leisure Melaka merupakan hotel bertaraf dua bintang. Hotel yang mempunyai ketinggian sebanyak 3 tingkat ini merupakan sebuah bangunan kedai yang telah diubahsuai menjadi sebuah hotel bajet untuk para pengunjung yang bercuti di Melaka. Lokasi hotel ini terletak berhampiran Masjid Kampung Hulu, Stadhuys, A’Famosa dan Jonker Street. Menyediakan kemudahan bilik yang lengkap serta kemudahan wifi percuma pastinya berbaloi jika menginap di sini.

Harga : Bermula dari RM 50 satu malam

Alamat : 68, Jalan Portugis, Off Jalan Kubu, Melaka

21.  Prima Hotel Melaka 

Prima Hotel Melaka antara hotel bertaraf 3 bintang yang menawarkan harga bajet dan sesuai dengan kos anda. Hotel ini tetap menawarkan penginapan yang selesa dengan kemudahan bilik termasuklah perkhidmatan dobi, housekeeping dan sebagainya. Perkhidmatan wifi turut disediakan secara percuma. Terletak tidak jauh dari A’Famosa, Jonker Street dan Sungai Melaka membolehkan pengunjung menjelajahi sekitar bandar Melaka hanya dengan berjalan kaki.

Harga : Bermula dari RM 50 satu malam

Alamat : 364 & 365, Jalan Kee Ann, Off Jalan Bunga Raya, Melaka

  1. Areena Deluxe Hotel

Hotel Areena Deluxe berada di sebuah bangunan seakan banglo 5 tingkat yang tersergam indah dengan dekorasi yang kelihatan begitu elegan dan tampak mewah. Lokasinya terletak di Ujong Pasir. Ia bertaraf 3 bintang menawarkan penginapan yang cukup menarik dan selesa. Terdapat sebanyak 80 buah bilik penginapan yang terdiri dari jenis Deluxe hingga Presindential Suite. Dekorasi hotelnya menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari yang unik serta mewah serta menampilkan suasana romantik. Tempat meletak kereta juga disediakan dengan agak banyak untuk kemudahan pengunjung.

 

Harga : Bermula dari RM 80 satu malam

Alamat : No. 222 (Lot 639) Jalan Ujong Pasir, Melaka

 

23.  Hollitel Hotel

Hollitel Hotel merupakan rumah kedai 3 tingkat yang telah diubahsuai menjadi sebuah hotel bajet yang selesa di pusat bandar Melaka. Biarpun ianya hanya sebuah hotel bajet, namun kelengkapan yang disediakan sama seperti hotel lain yang lebih mewah. Perkhidmatan wifi juga turut tersedia di hotel ini secara percuma. Bilik di hotel ini juga merupakan 100% bebas rokok bagi menjamin keselesaan para tetamu yang menginap. Saiz bilik juga agak besar dan selesa. Lokasinya yang terletak di tengah bandar memudahkan penginap boleh berjalan kaki sahaja untuk ke Menara Taming Sari dan juga Jonker Walk.

 

Harga : Bermula dari RM 55 satu malam

Alamat : G20K Jalan P.M 5, Plaza Mahkota, Banda Hilir, Melaka 

 

24.  Hotel Alor Villa

Hotel Alor Villa merupakan hotel pertama yang ditubuhkan di bandar Alor Gajah iaitu pada tahun 2015. Suasana persekitaran hotel begitu tenang kerana dikelilingi dengan pokok dan tumbuhan hijau yang subur. Hotel ini menawarkan penginapan yang kemas, selesa dan bersih. Tempat letak kereta juga turut disediakan secara percuma. Bilik penginapan di sini turut dilengkapi dengan wifi percuma, malah wifi turut tersedia di seluruh pelosok hotel. Kakitangan di hotel ini boleh bertutur dalam 3 bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin turut memudahkan komunikasi dengan pelanggan yang datang.

 

Harga : Bermula dari RM 68 satu malam

Alamat : Jalan Utama, Taman Kelemak Perdana, Alor Gajah, Melaka 

 

25.  LKS Hotel

Hotel ini berada di dalam bangunan empat tingkat yang terletak bersebelahan Gereja St. Francis Xavier. Ia juga terletak berhampiran Christ Church. Malah, ia juga tidak jauh dari Kuil Poh San Teng. LKS Hotel adalah bertaraf 2 bintang dengan ketersediaan sebanyak 40 buah bilik penginapan yang lengkap dengan wifi serta pelbagai kemudahan dalam bilik. Menyediakan kemudahan lif untuk para tetamu cukup memudahkan pergerakan ke bilik penginapan.

 

Harga : Bermula dari RM 98 satu malam

Alamat : 128, Kompleks Munshi Abdullah, Jalan Munshi Abdullah, Melaka 

 

26.  Layang – Layang Guest House

Pernahkah anda terfikir untuk menginap di bangunan yang berusia lebih dari 100 tahun ? Jika anda inginkan kelainan, apa kata cuba menginap di Layang – Layang Guest House yang terletak di Blacksmith Street atau dahulunya dikenali dengan nama Jalan Tukang Besi. Bangunannya merupakansebuah rumah kayu lama berusia 100 tahun dan masih mengekalkan struktur asal. Mempunyai kira – kira 20 buah bilik tidur dengan 8 buah bilik air berkongsi yang bersih serta lengkap dengan peralatan tandas. Lokasi Jonket Street/Jonker Walk juga begitu hampir sekali, hanya berjalan satu minit sahaja anda boleh tiba ke lokasi tersebut.

 

Harga : Bermula dari RM 90 satu malam

Alamat : 24-26, Jalan Tukang Besi, Melaka 

 

27.  Kota Lodge Hotel

Kota Lodge Hotel antara hotel bajet yang agak selesa untuk para pengunjung dan terletak di kawasan Chinatown. Terdapat pelbagai jenis bilik mengikut kesesuaian para tamu. Bagi yang ingin mengurangkan kos penginapan, anda boleh memilih bilik dengan kemudahan bilik air yang berasingan dan berkongsi dengan penginap lain. Kemudahan bilik tetap selesa untuk para penginap. Hotel ini turut menyediakan perkhidmatan dobi, tempat letak kereta, wifi percuma, ruangan membaca serta perkhidmatan penyewaan basikal. Anda juga boleh berjalan kaki menuju ke Sungai Melaka dan menikmati keindahan persekitaran bandar Melaka dengan hanya 5 hingga 10 minit perjalanan sahaja.

 

Harga : Bermula dari RM 82 satu malam

Alamat : 26, Jalan Taman Kota Laksamana 3, Taman Kota Laksamana, Melaka 

 

28.  Hotel Sixty Six

Hotel Sixty Six merupakan hotel bertaraf 2 bintang dan terletak tidak jauh dari pusat bandar Melaka. Walau bagaimana pun, lokasinya cukup hampir dengan Pusat Warisan Melaka. Ia juga berada berhampiran Pusat Perubatan Mahkota, pusat membeli belah, tempat bersejarah dan sebagainya. Bilik penginapan yang disediakan dilengkapi dengan penyaman udara dan juga wifi secara percuma. Perabot yang disediakan agak elegan dan selesa untuk para tamu. Bagi yang ingin menjamu selera, anda boleh mencuba pelbagai restoran yang berhampiran di sini dengan menu yang begitu sinonim dengan masyarakat Baba dan Nyonya.

 

Harga : Bermula dari RM 76 satu malam

Alamat : 345 – 346, A&B, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Melaka 

 

29.  Fenix Inn Hotel

Bangunan hotel berwarna merah ini begitu mudah dilihat dari jauh. Felix Inn Hotel ini terletak berhampiran restoran dan pusat perniagaan negeri Melaka. Hotel bertaraf 2 bintang ini menyediakan bilik yang bersih, luas dan kemas biarpun perabot yang disediakan agak minima. Walau bagaimana pun, kemudahan asas di setiap bilik adalah disediakan buat para tamu. Perkhidmatan wifi percuma juga disediakan untuk setiap bilik penginapan. Bagi memudahkan para tamu yang datang, perkhidmatan valet untuk kereta tetamu juga turut disediakan secara percuma. Hotel ini tidak menyediakan lif dan agak menyukarkan bagi pengunjung warga emas, OKU dan kanak – kanak.

 

Harga : Bermula dari RM 78 satu malam

Alamat : No. 18, Jln KL 3/11, Taman Kota Laksamana Seksyen 3, Melaka 

 

30.  Syaz Meridien Hotel

Lokasinya terletak di tengah bandar Melaka dan tidak jauh dari pusat membeli belah Mahkota Parade dan Merdeka Pahlawan Megamall. Bertaraf 3 bintang, Syaz Meridien Hotel ini sering menjadi tumpuan ramai. Hotel ini menyediakan penginapan yang selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Pemandangan dari bilik penginapan begitu menarik samada pemandangan laut atau juga pemandangan sekitar bandar bergantung kepada jenis bilik. Perkhidmatan dobi turut disediakan. Malah, tetamu juga boleh menyimpan beg bagasi di kaunter penyambut tetamu yang tersedia bagi tempoh 24 jam. Pengunjung boleh melawati tempat – tempat menarik yang terletak di sekitar hotel seperti A’Famosa, Kubu St John dan Gereja St Peter dengan hanya berjalan kaki.

 

Harga : Bermula dari RM 70 satu malam

Alamat : G-26, Jalan PM 13, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka

 

Kesimpulan

Percutian di Melaka sememangnya menyeronokkan. Tambahan pula begitu banyak tempat bersejarah yang menarik boleh dikunjungi. Dengan hanya berjalan kaki, anda boleh menjelajah satu bandar Melaka secara santai bersama keluarga. Bagi anda yang akan bercuti lagi di Melaka, pastikan membuat tempahan awal untuk bilik penginapan kerana pada musim cuti, negeri Melaka akan dipenuhi oleh pengunjung tempatan dan juga dari luar. Senarai penginapan yang tersedia ini kebanyakannya menawarkan harga yang cukup murah dan berbaloi apabila anda menempahnya di dalam talian berbanding secara walk in terus ke hotel. Anda boleh membuat tempahan melalui laman web Booking.com, Agoda, Trivago, Trevaloka dan bermacam platform diskaun yang boleh digunakan untuk tempahan. Harga juga bergantung kepada tarikh yang anda inginkan.