.

TemuJanji KWSP Online : Cara Membuat Tempahan Janji Temu Bagi Urusan Di Kaunter

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menetapkan bahawa mulai 1 Julai 2020, setiap urusan kaunter KWSP menggunakan konsep Janji Temu KWSP Online. Ahli KWSP perlu membuat tempahan tarikh janji temu secara dalam talian di portal rasmi KWSP sebelum boleh berurusan di kaunter.

Sekiranya tiada tempahan janji temu secara dalam talian dibuat, ahli tidak dibenarkan berurusan di kaunter KWSP. Tempahan tarikh janji temu ini membolehkan ahli membuat perancangan awal tanpa perlu bersesak di pejabat KWSP memandangkan negara pada masa ini masih lagi berdepan dengan pandemic virus Covid-19. Konsep tempahan tarikh janji temu secara dalam talian ini juga merupakan langkah berjaga – jaga yang diambil oleh pihak KWSP dalam menangani penularan virus tersebut. 

Ahli yang ingin berurusan di kaunter perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan iaitu mengenakan pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial, menggunakan hand sanitizer dan imbas kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis KWSP.

Cara Buat Janji Temu KWSP Online

  • Layari portal rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my
  • Klik butang Janji Temu Online
  • Pilih cawangan kaunter KWSP dan pilih jenis urusan 
  • Pilih tarikh dan tetapkan masa janji temu
  • Tekan butang Pilih Slot
  • Masukkan maklumat peribadi dan buat pengesahan
  • Tekan butang Buat Janji Temu
  • Anda akan dapat melihat status permohonan janji temu online setelah berjaya membuat janji temu

 

Waktu Berurusan Di Kaunter

  • Waktu operasi kaunter dan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) dibuka setiap hari bekerja sahaja mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang
  • Waktu operasi semasa PKPB pula adalah mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang hari bekerja sahaja (bagi cawangan yang terlibat dengan PKPB sahaja)

 

Syarat Membuat Tempahan Janji Temu

  • Tempahan janji temu boleh dibuat seawal 30 hari dan selewat-lewatnya sejam sebelum masa janji temu
  • Sebarang tempahan janji temu bergantung kepada kekosongan slot, tarikh serta masa yang dimohon
  • Bagi pasangan suami isteri atau ahli keluarga yang ingin berurusan mestilah membuat tempahan slot berasingan kerana hanya seorang ahli sahaja dibenarkan berurusan bagi setiap janji temu
  • Sebaiknya ahli datang awal sekurang – kurangnya 10 minit sebelum masa janji temu yang ditetapkan
  • Bagi ahli yang lewat atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, janji temu tersebut akan terbatal dan perlu membuat semula tempahan janji temu online

 

Cara Membuat Penukaran Tarikh Atau Batalkan Janji Temu

  • Anda boleh membuat penukaran tarikh atau membatalkan janji temu sekurang – kurangnya 8 jam sebelum tarikh janji temu
  • Ia boleh dilakukan menerusi pautan yang dihantar melalui emel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam notis pengesahan permohonan

 

Jenis Perkhidmatan Kaunter  

  • Pengeluaran
  • Pendaftaran
  • Aduan Majikan Gagal Mencarum
  • Lain-lain Perkhidmatan

 

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dari portal rasmi KWSP di http://kwsp.gov.my atau hubungi talian telefon di 03-8922 6000.