.

30 Hotel Murah Di Langkawi

Langkawi merupakan salah satu destinasi pelancongan yang memiliki tarikan tersendiri termasuklah lagenda Mahsuri. Ia memiliki keindahan alam semulajadi yang belum diterokai, malah terdapat begitu banyak tarikan pelancongan yang tersedia di sini. Antara tempat menarik di Langkawi adalah seperti Underwater World Langkawi, Geopark Kilim, Gunung Mat Cincang, Langkawi Sky Bridge, The Buffalo Park Langkawi, Makam Mahsuri, Laman Padi dan bermacam lagi yang menarik.

 

Selain itu, Langkawi juga terkenal dengan kedai barangan bebas cukai yang membolehkan pengunjung membeli belah dengan harga yang sangat berpatutan. Langkawi sering menjadi tumpuan tidak kira masa, terutamanya pada musim cuti sekolah. Selain itu, terdapat banyak aktiviti air boleh dilakukan di sini dengan harga yang berpatutan. Bagi yang sedang merancang untuk bercuti di Langkawi, pastinya tercari – cari tempat penginapan bajet dan murah untuk seisi keluarga berdasarkan kemampuan kewangan yang terhad. Harga penginapan yang disiarkan ini antara harga termurah, namun bukanlah harga semasa cuti sekolah atau cuti umum. Sebaiknya anda membuat perancangan sebaiknya bagi mendapatkan harga penginapan yang sangat berpatutan dan berbaloi.

 

Berikut merupakan senarai hotel dengan harga yang berpatutan dan murah (bawah RM 100).

  • Havana Guesthouse

Havana Guesthouse merupakan hotel bertaraf 1 bintang. Terdapat 24 buah bilik penginapan disediakan. Ia terletak tidak jauh dari Jeti Kuah dan juga Dataran Helang. Lokasi Havana Gusethouse ini yang terletak di pekan Kuah memudahkan para pengunjung membeli belah kerana terdapat begitu banyak kedai barangan bebas cukai di kawasan sekitar hotel. Bilik penginapan yang tersedia di sini biarpun agak kecil, ianya masih dilengkapi penyaman udara, bilik mandi peribadi serta akses wifi percuma di seluruh hotel. Pihak
Havana juga turut menyediakan ruangan simpanan bagasi serta peti deposit keselamatan. 

 

Harga : Bermula dari RM 36 satu malam

Alamat : Lot 97, Jalan Kelibang, Kuah, Langkawi

 

  • Melati’s VIP Female Dorm

Melati’s VIP Female Dorm menyediakan penginapan buat para wanita yang datang secara berkumpulan. Ia terletak di Pantai Cenang dan tidak jauh dari The Rice Museum. Bilik penginapannya ada berkonsep dorm, dilengkapi dengan tab mandi atau pancuran dan bidet. Hanya terdapat 13 buah bilik sahaja disediakan untuk para tetamu. Peralatan mandian disediakan percuma dan pengering rambut turut tersedia untuk para pengunjung. Penginapan bertaraf 1 bintang ini turut menyediakan perkhidmatan sewaan basikal. Antara tempat menarik yang berhampiran adalah Underwater World Langkawi dan Makam Mahsuri. Lapangan Terbang Langkawi pula hanya berjarak 4 km dari Melati’s VIP Female Dorm ini.

 

Harga : Bermula dari RM 42 satu malam

Alamat : Jalan Pantai Chenang, Pantai Cenang, Langkawi

  • T Star Cottage

T Star Cottage menyediakan kemudahan penginapan yang begitu unik. Terdapat 3 buah rumah tradisional dijadikan sebagai tempat penginapan yang dikenali sebagai Kampung House, Modern House dan SPA House yang begitu menarik sekali. Sebanyak 60 buah bilik disediakan di sini. T Star Cottage dikelilingi dengan keindahan alam yang terdiri dari pokok – pokok bunga yang menarik serta tumbuhan hijau. T Garden merupakan sebuah taman yang begitu indah sekali terdapat di sini.

 

Harga : Bermula dari RM 50 satu malam

Alamat : Pantai Tengah, Mukim Kedawang, Pantai Tengah, Langkawi

  • Hotel Cocotop

Hotel Cocotop antara hotel bajet yang sudah lama beroperasi di Langkawi ini. Mempunyai sebanyak 20 bilik penginapan, ianya bertaraf 1 bintang dan menyediakan kemudahan bilik yang ringkas namun tetap selesa malah sesuai untuk yang membawa anak kecil. Tempat letak kereta juga disediakan secara percuma buat para tamu. Pengunjung juga boleh melayari internet secara percuma di sini. Bagi yang datang ke Langkawi menaiki kapal terbang, jarak dari hotel cuma 11 kilometer sahaja.

 

Harga : Bermula dari RM 61 satu malam

Alamat : 8 Jalan Kelibang, Kuah, Langkawi

  • Cattleya Inn

Cattleya Inn ini terletak tidak jauh dari  Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi iaitu hanya 9 kilometer sahaja. Pihak hotel menyediakan kemudahan pengangkutan ulang alik ke lapangan terbang dengan sedikit caj perkhidmatan. Tidak jauh dari hotel ini terdapat Taman Alam Sungai Kilim, Langkawi Bird Paradise serta Malaysia Book Village. Hotel ini turut menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan juga menyediakan tempat letak kereta secara percuma. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan wifi secara percuma.

 

Harga : Bermula dari RM 62 satu malam
Alamat : No 38, Persiaran Dayang 2, Dayang Business Centre, Bandar Baru Baron, Kuah, Langkawi

  • Bahagia Hotel Langkawi

Bahagia Hotel bertaraf 3 bintang ini terletak di tengah-tengah kawasan komersial pusat bandar kuah, berjarak 10 minit dari jeti dan hanya 25 minit dari lapangan terbang. Terdapat sebanyak 168 bilik yang cantik dan selesa serta 6 bilik junior suite dan 3 bilik suite. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah meja tempahan pakej pelancongan, pusat perniagaan, pengangkutan ulang-alik ke lapangan terbang dan perkhidmatan dobi. Anda boleh menjamu selera di restoran mereka iaitu Bahagia Coffee House yang menyajikan sarapan, makan tengahari dan makan malam setiap hari dalam suasana santai. Selain itu, hotel ini terletak berhampiran kedai, restoran serta pelbagai tarikan di Langkawi termasuk Wat Koh Wanararm Langkawi, Bellis Spa, Teo Seafood Restaurant, Tiffin Delights dan bermacam lagi.

 

Harga : Bermula dari RM 63 satu malam

Alamat : No 68 – 78, Persiaran Bunga Raya, | Langkawi Mall, Phase II, Kuah, Langkawi

  • Langkawi Uptown Hotel

Langkawi Uptown Hotel adalah bertaraf 1 bintang merupakan pilihan yang tepat bagi pelancong yang berkunjung ke Kuah. Ia menawarkan persekitaran yang mesra, selesa dan bersih buat para tetamu. Bilik penginapan yang disediakan tidaklah begitu banyak iaitu hanya 10 buah bilik sahaja. Walau pun bilik penginapannya biasa sahaja, namun kemudahan wifi disediakan buat para pengunjung. Terdapat pelbagai tarikan berhampiran hotel ini, antaranya muzium seni yang begitu popular iaitu Believe Langkawi.

 

Harga : Bermula dari RM 64 satu malam

Alamat : No 1, Jalan Pandak Mayah 7, Kuah, Langkawi

  • Langgura Baron Resort

Langgura Baron Resort antara hotel yang terletak di tepian pantai yang indah sekali. Kemudahan asas bilik tersedia, namun perkhidmatan wifi hanya disediakan di ruang lobi sahaja. Selain itu, hotel ini terletak berhampiran Underwater World Langkawi serta Muzium Beras yang boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki sahaja. Pihak boleh menguruskan permintaan para tamu sekiranya ingin melakukan aktiviti bermain jet ski atau parasailing.

 

Harga : Bermula dari RM 70 satu malam

Alamat : 16, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, Langkawi

 

  • ANZ Langkawi Inn

ANZ Langkawi Inn terletak kira – kira 10 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan agak jauh dari pekan Kuah iaitu kira – kira 20 km. Lokasi tempat penginapan ini adalah di Kampung Kedawang dan agak hampir dengan Pantai Cenang iaitu kira – kira 5 km sahaja. Ia menjadi tumpuan ramai kerana lokasinya yang terletak berhampiran pantai dan harganya sangat berpatutan. Setiap bilik penginapan memiliki balkoni peribadi sendiri serta mempunyai kemudahan wifi percuma.

 

Harga : Bermula dari RM 90 satu malam

Alamat : Lot 407, Kampung Gelam, Mukim, Langkawi

  • Azio Hotel

Azio Hotel antara hotel bajet yang sesuai dengan bajet anda. Ia menyediakan kemudahan penginapan yang terbaik dan menyediakan tempat letak kereta percuma. Lokasinya terletak berhampiran salah satu restoran Asia yang terkenal di Langkawi iaitu Wonderland Food Store, Wan Thai, dan Tide Restaurant. Bagi yang ingin memanjakan diri, boleh mencuba perkhidmatan urut dan spa di The Westin Langkawi Resort & Spa, yang terletak tidak jauh dari Azio Hotel. 

 

Harga : Bermula dari RM 46 satu malam

Alamat : No 1-19 Jalan Pandak Mayah 7 Kuah, Langkawi 07000 Malaysia

  • Chill Suites Langkawi

Chill Suites merupakan sebuah hotel yang begitu selesa dan terletak di pekan Kuah yang begitu strategik serta mempunyai pelbagai kemudahan di sekitarnya. Berkonsep moden, hotel ini menyediakan bilik penginapan yang sentiasa bersih dan rapi. Terletak berhampiran Langkawi Kristal dan juga Dataran Helang yang menjadi mercu tanda Langkawi. Kemudahan wifi, tempat letak kereta serta sarapan pagi disediakan percuma buat para penginap hotel.

 

Harga : Bermula dari RM 81 satu malam

Alamat : 31, Jalan Mahawangsa 1, Kuah, Langkawi  

  • We Hotel

We Hotel antara hotel yang begitu strategik lokasinya, iaitu di pekan Kuah yang merupakan kawasan bebas cukai. Hotel ini menyediakan bilik penginapan yang dilengkapi wifi dan perkhidmatan bilik untuk para tamu. We Hotel terletak tidak jauh dari Langkawi Kristal, antara tempat menarik yang boleh dikunjungi.

 

Harga : Bermula dari RM 77 satu malam

Alamat : Jalan Mahawangsa 1 Lot 2G Mahacity Business Centre, Langkawi  

  • Sunderland Hotel

Sunderland Hotel merupakan hotel bertaraf 1 bintang menawarkan bilik penginapan dengan harga yang istimewa. Ia terletak di pekan Kuah yang begitu popular di Langkawi. Biarpun bilik penginapannya bertaraf bajet, namun kemudahan wifi tetap disediakan. Terletak berhampiran kedai bebas cukai memudahkan pengunjung untuk membeli belah tatkala menginap di sini.

 

Harga : Bermula dari RM 66 satu malam

Alamat : 19, Jalan Pandak Mayah 5, Kuah, Langkawi 

  • Geopark Inn Hotel

Geopark Inn Hotel, hotel bajet yang menarik terletak di pekan Kuah yang memiliki tarikan popular iaitu Wat Koh Wanararm. Menyediakan kaunter lobi 24 jam, kamera pengawasan, surat khabar serta beberapa kemudahan lain yang ditawarkan di hotel ini. Sekiranya anda memandu ke Geopark Inn Langkawi, tempat letak kenderaan percuma disediakan. Terdapat beberapa restoran Korea popular yang berhampiran hotel ini seperti Haroo Story Korean Culture Cafe dan Haroo +, yang menyajikan beberapa hidangan hebat.

 

Harga : Bermula dari RM 71 satu malam

Alamat : Persiaran Putera, Kuah, Langkawi 

  • Best Seven Inn

Best Seven Inn berada di pekan Kuah dan terletak tidak jauh dari pasar mingguan yang terkenal. Bilik penginapan yang disediakan agak kecil, tanpa dekorasi, namun ianya tetap bersih dan selesa. Ia juga menyediakan wifi percuma di dalam bilik. Lokasi hotel ini terletak tidak jauh dari kawasan pantai dan pengunjung boleh berjalan kaki sahaja. Kawasan persekitaran hotel dipenuhi dengan tempat membeli belah, kedai serbaneka, restoran dan bermacam lagi. 

 

Harga : Bermula dari RM 61 satu malam

Alamat : No. 1, Pekan Baru Baron, Kuah, Langkawi  

  • Milvus Hotel

Milvus Hotel merupakan hotel bajet yang terletak di pekan Kuah dan terletak di Wat Koh Wanararm Langkawi. Menyediakan bilik penginapan yang selesa buat para tetamu dan kemudahan wifi percuma memberi keselesaan buat pengunjung yang datang. Tempat letak kereta juga disediakan secara percuma. Terdapat beberapa restoran berada berhampiran hotel ini iaitu Arts Café Langkawi, Teo Seafood dan Haroo.

 

Harga : Bermula dari RM 62 satu malam

Alamat : No 1 & 2 Jalan Persiaran Putra, Kuah, Langkawi  

  • The Eagle Bay

The Eagle Bay Hotel merupakan hotel bertaraf 3 bintang dan terletak di tengah bandar Kuah.  Lokasinya juga tidak jauh dari Jeti Kuah dan hanya 25 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. The Eagle Bay juga terletak berhampiran kedai bebas cukai, pusat membeli-belah Langkawi Fair, restoran, bank, pusat maklumat pelancongan, tempat menyewa kereta dan teksi. Kemudahan penginapan yang disediakan adalah selesa, bersih dan kemas.

 

Harga : Bermula dari RM 73 satu malam

Alamat : No. 33 Persiaran Putera, Kuah, Langkawi  

  • Season Inn Langkawi

Kira – kira 5 minit sahaja jaraknya dengan Jeti Kuah, Season Inn Langkawi menjadi penginapan pilihan ramai. Ia juga tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa iaitu kira – kira 25 minit perjalanan sahaja. Setiap bilik dilengkapi tv, wifi, penyaman udara serta bermacam lagi kemudahan. Hotel ini turut menyediakan perkhidmatan sewaan kereta atau van serta pengangkutan kenderaan percuma disediakan buat pengunjung sama ada dari Jeti Kuah atau lapangan terbang. Selain itu, perkhidmatan lain yang disediakan adalah penyewaan motosikal, Island Hopping, Mangrove Safari Tour, Payar Marine Park Tour, Dinner Cruise, Round Island Tour dan pelbagai lawatan popular di Langkawi.

 

Harga : Bermula dari RM 58 satu malam

Alamat : No. 66, Persiaran Mutiara Pusat Dagangan Kelana Mas, Langkawi  

  • Island Time Motel

Bagi yang hanya mahukan bilik kecil sebagai penginapan, anda boleh cuba bermalam di Island Time Motel. Walau bagaimana pun, motel ini tetap menawarkan suasana yang mesra bajet, selesa, pelbagai kemudahan yang ideal seperti wifi dan sebagainya. Para tamu juga dapat menikmati sarapan percuma yang disediakan. Terdapat beberapa buah restoran barbeku yang menarik untuk dicuba seperti Jake’s Charbroil Steaks Langkawi, Pantai Grill, atau Talat Alkamar yang terletak tidak jauh dari Island Time Motel

 

Harga : Bermula dari RM 71 satu malam

Alamat : No. 39 Persiaran Dayang 2, Dayang, Langkawi  

  • Langkawi Seaview Hotel

Langkawi Seaview Hotel terletak tidak jauh dari jeti pelancong. Bilik penginapan yand disediakan cukup lengkap dengan kemudahan asas serta wifi untuk kegunaan tetamu. Terdapat kolam renang disediakan, surat khabar, sarapan serta tempat letak kereta percuma. Antara tarikan yang berhampiran adalah Gua Maha, Eagle Square, Taman Legend, Pulau Payar dan banyak lagi tempat menarik. Selain itu terdapat juga pun berhampiran seperti Jake’s Charbroil Steaks Langkawi, Charlie’s Bar & Grill, atau Barbosa Pizza & Bar.

 

Harga : Bermula dari RM 93 satu malam

Alamat : Lot 40, Langkawi Seaview Hotel Jalan Penarak, Langkawi  

  • Riverra Inn

Riverra Inn terletak di pekan Kuah yang terkenal dengan tempat membeli belah serta syurga bagi peminat coklat, pinggan mangkuk serta pelbagai barangan bebas cukai. Hanya beberapa langkah sahaja anda boleh mengunjungi kedai Haji Ismail Group, Langkawi Fair Shopping Mall, Ram’s Home Deco, Idaman Suri dan banyak lagi. Hotel ini juga terletak berhampiran tapak pasar malam yang diadakan dua kali seminggu. Bilik penginapan yang disediakan begitu ringkas namun tetap memberi keselesaan buat para tetamu.

 

Harga : Bermula dari RM 70 satu malam

Alamat : Lot 290, Kampung Padang Lalang, Kuah, Langkawi  

  • Big C Motel

Big C Motel Langkawi terletak di pekan Kuah menawarkan banyak kemudahan seperti kaunter lobi 24 jam, ruangan bagasi serta menawarkan wifi percuma kepada para tetamu. Meski pun hotel ini agak kecil, namun ianya tetap selesa. Pengunjung boleh melihat Wat Koh Wanararm Langkawi yang terletak kira – kira 2.4 kilometer jaraknya dan ianya merupakan tarikan Kuah yang popular. Antara lain para tetamu boleh berkunjung ke Arts Cafe Langkawi, Teo Seafood Restaurant, dan Mr AsamPedas Cafe & Restaurant untuk menjamu selera dan ianya antara restoran Asia yang popular di kalangan penduduk tempatan dan luar bandar.

 

Harga : Bermula dari RM 75 satu malam

Alamat : No. 5, Pusat Perdagangan Kelana Mas, Kuah, Langkawi 

  • Haliman Guest House

Haliman Guest House terletak di tengah Kuala Muda, Langkawi dan tidak jauh dari pusat bandar. Malah, ia juga berhampiran lapangan terbang yang memudahkan pengunjung untuk menginap di sini. Antara tarikan yang terdapat di sekitar Haliman Guest House ini adalah Beras Terbakar dan anda juga boleh membeli belah di sekitar kawasan tersebut. Hotel bertaraf 1 bintang ini turut menyediakan sejadah buat umat Islam menunaikan solat dengan mudah.

 

Harga : Bermula dari RM 67 satu malam
Alamat : No. 96, Kampung Ranggut, Kuala Muda, Langkawi

  • Kampung Tok Senik Hotel

Kampung Tok Senik Hotel merupakan hotel bertaraf 3 bintang dan mempunyai sebanyak 75 buah bilik penginapan. Suasana di hotel ini sungguh mendamaikan dengan rekabentuk rumah tradisional menjadi tempat penginapan untuk para tamu. Landskap di sekitarnya juga dijaga rapi, malah udara yang begitu segar pastinya mendamaikan. Dekorasi tradisional begitu unik sekali. Bagi anda yang inginkan suasana kampong yang  mendamaikan, Kampung Tok Senik Hotel pasti menjadi pilihan anda.

 

Harga : Bermula dari RM 68 satu malam

Alamat : Lot 1577, Kawasan Mata Air Mukim Ulu Melaka, Ulu Melaka, Langkawi

  • Ricca Inn

Ricca Inn ini terletak di lokasi yang begitu strategic sekali dan menjadi pilihan ramai untuk bercuti atau urusan kerja. Ia bertaraf 1 bintang dan terletak berhampiran Langkawi Parade Mega Mall, Langkawi Wildlife Park, Eagle Feeding Place, Eagle Square dan Makam Mahsuri. Hotel ini menawarkan bilik tidur yang kemas dan bersih, pastinya pengunjung dapat menikmati tidur malam yang nyenyak.


Harga : Bermula dari RM 70 satu malam
Alamat : 67, First Floor Pusat Emas, Kelibang Road,, Kuah, Langkawi

  • Izz Room Motel

Terletak kira – kira 310 meter sahaja dari tepi pantai, Izz Room Motel pastinya menjadi pilihan ramai. Reka bentuk motelnya yang menggunakan konsep kayu, pastinya cukup menarik sekali. Tambahan pula semua biliknya lengkap dengan kemudahan asas penginapan. Izz Room Motel menyediakan kemudahan wifi percuma, tempat letak kereta yang selesa, kawasan merokok serta perkhidmatan dobi. Antara tempat menarik yang terdapat berhampiran Izz Room Motel ini adalah seperti Muzium Laman Padi, Laman Padi Langkawi dan Langkawi Oriental Village.

 

Harga : Bermula dari RM50 satu malam

Alamat : No 25, Kg Pantai Cenang, Langkawi

  • Amara Motel Langkawi

Amara Motel ini terletak di pekan Kuah dan tidak jauh dari Jeti Kuah. Mempunyai sebanyak 39 buah bilik penginapan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Kemudahan internet juga disediakan secara percuma buat para tamu. Pihak hotel juga menyediakan pakej – pakej pelancongan yang sesuai mengikut permintaan pelanggan.

Harga : Bermula dari RM 50 satu malam

Alamat : Lot 1-4, Taman Bendang Baru, Kuah, Langkawi

  • Rose Inn Motel

Rose Inn Motel merupakan sebuah penginapan berkonsep chalet kayu Melayu dan terletak hanya 1km dari jeti dan 2km dari pusat bandar. Ia terletak berhadapan dengan taman permainan dan hanya 1km jarak dari pantai. Biarpun hanya bertaraf motel, namun ianya turut menyediakan kemudahan wifi percuma dan tempat letak kereta yang selesa serta luas. Motel ini hanya 5 minit sahaja berjalan kaki ke Langkawi Fair Shopping Centre dan Dataran Helang. 

 

Harga : Bermula dari RM 60 satu malam
Alamat : 88, Kampung Bendang Baru, Kuah, Langkawi

  • Dream Garden Resort

Dream Garden Resort Langkawi terletak di kawasan Ayer Hangat, kawasan yang begitu tenang dan sunyi jauh dari hiruk pikuk bandar. Terdapat bukit – bukau di kawasan sekitar memberikan pemandangan yang indah serta enak dipandang. Pengunjung boleh merasai suasana di kampong dengan sawah padi yang menghijau, ladang getah yang teduh dan keunikan Pantai Pasir Hitam yang berjarak 3 minit sahaja dengan pemanduan. Bilik penginapan juga agak luas dan selesa disediakan buat para tamu.

Harga : Bermula dari RM 75 satu malam
Alamat : Lot 39, Kg. Padang Ragut, Tanjung Rhu, Langkawi

  • Casa Tok Bidin 

Casa Tok Bidin merupakan penginapan bertaraf 3 bintang dan terletak tidak jauh dari Cenang Mall, hanya 15 minit sahaja berjalan kaki. Mempunyai sebanyak 19 bilik yang selesa lengkap dengan penyaman udara, kemudahan wifi juga tersedia secara percuma.  

Harga : Bermula dari RM 90 satu malam
Alamat : 100 Jalan Bohor Tempoyak, Mukim Kedawang, Langkawi

Kesimpulan

Langkawi sememangnya destinasi yang begitu menarik untuk dikunjungi. Tempat penginapan juga begitu banyak boleh ditempah secara dalam talian yang lebih mudah serta mendapat potongan harga yang begitu berbaloi. Sebaiknya tentukan jadual percutian anda bukan di musim cuti sekolah atau cuti umum.