.

Cara Aktifkan Semula Akaun Bank BSN

Bagi pemilik akaun bank BSN yang sudah lama tidak digunakan, berkemungkinan besar akaun tersebut tidak lagi dapat diakses seperti biasa. Ini kerana tiada sebarang transaksi yang dilakukan dalam tempoh 12 bulan hingga 2 tahun. Berikutan akaun tidak aktif, sebarang transaksi online dan penggunaan kad ATM juga tidak akan dapat digunakan lagi. Pihak bank akan menutup akaun tersebut atau menyahaktifkan akaun bank anda kerana akaun tidak aktif selama 12 hingga 24 bulan. Sekiranya ini berlaku, tiada sebarang transaksi boleh dilakukan sebelum membuat pengaktifan akaun semula. Walau bagaimana pun, akaun tersebut boleh diaktifkan semula dengan hadir ke cawangan bank BSN yang berdekatan.

Syarat Pengaktifan Semuala Akaun BSN

Pemohon perlu membawa dokumen berikut bagi mengaktifkan semula akaun BSN :

  • MyKad pemohon 
  • Buku akaun bank
  • Kad ATM BSN pemohon
  • Wang tunai RM 20 sebagai kos pentadbiran (sekiranya ada)

Cara Mengaktifkan Semula Akaun BSN

  • Hadiri ke cawangan BSN berhampiran beserta dokumen yang diperlukan
  • Maklumkan kepada pegawai bank bahawa anda ingin mengaktifkan semula akaun bank BSN
  • Serahkan dokumen seperti MyKad dan buku akaun bank kepada pegawai bank BSN sekiranya di minta
  • Pemohon masih boleh mengaktifkan akaun bank sekiranya buku bank tidak dibawa bersama
  • Tunggu pegawai bank memproses pengaktifan akaun BSN anda (dalam tempoh 5 hingga 10 minit)
  • Selesai pengaktifan akaun, pegawai bank akan mengembalikan semula MyKad dan buku akaun bank kepada pemohon
  • Anda sudah boleh menggunakan semula akaun bank untuk sebarang transaksi dan boleh membuat pengeluaran wang menggunakan kad ATM