.

Wahed Investment Review

Wahed Investment menyediakan platform pelaburan secara digital yang patuh Syariah serta halal. Ia telah diperkenalkan oleh Junaid Wahedna sejak tahun 2015. Wahedna merupakan bekas penganalisi kewangan bagi M Capital Group (MCG) dan juga merupakan seorang pakar kewangan Islam.

 

Wahed Investment menggunakan teknologi baru yang dikenali sebagai robo-advisors yang membolehkan sebarang urusan dilakukan secara dalam maya sahaja tanpa perlu melibatkan manusia. Malah, penggunaan robo-advisors ini juga adalah patuh syariah dan hanya Wahed Investment satu-satunya yang menggunakannya. Robo-advisors juga merupakan sebahagian tambahan pilihan pelaburan berlesen di Malaysia dan dilaksanakan sepenuhnya dalam talian.

 

Wahed Investment sangat sesuai untuk para pelabur bermodal kecil serta yang inginkan pelaburan beretika dan patuh syariah. Syarikat pelaburan ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Pelaburan Wahed sentiasa dipantau bagi memastikan ianya sentiasa memenuhi syarat, patuh syariah dan memiliki nilai – nilai berlandaskan Islam. Ia berteraskan sumber halal 100 peratus. Maka, pelabur tidak perlu khuatir dengan wang yang dilaburkan kerana Wahed Investment hanya akan membuat pelaburan pada sumber yang halal sahaja dan tidak melabur pada pelaburan berasaskan rokok, judi, arak dan sebagainya.

 

Kelebihan Melabur Dalam Wahed Invest

  • Ia merupakan pelaburan yang patuh syariah serta mendapat sijil halal
  • Berasaskan prinsip Islam dan tidak melibatkan pelaburan haram seperti judi, arak, rokok, riba, senjata dan sebagainya
  • Merupakan syarikat yang berteknologi Kewangan Islam Pertama di dunia (Fintech)
  • Pelaburan yang diluluskan oleh tiga orang Penasihat Syariah yang terdiri dari Mufti Faraz Adam Hanif, Dr Aznan Hasan dan Shaikh Muhammad Ahmad Sultan
  • Modal serendah RM 100 sahaja tanpa tempoh berkunci
  • Pilihan portfolio yang terbaik terdiri dari saham AS dan Malaysia, sukuk dan emas

 

Aset Utama Pelaburan Wahed

Aset utama pelaburan Wahed terdiri daripada empat iaitu :

  • Saham Malaysia (Bursa)
  • Saham Amerika Syarikat (Global)
  • Sukuk (Bond Patuh syariah)
  • Emas

 

Jenis Portfolio

Wahed Investment menyediakan 6 jenis portfolio yang berbeza berdasarkan behaviour pelabur yang terdiri dari :

  • Very Aggressive
  • Aggressive
  • Moderate Aggressive
  • Moderate
  • Moderate Conservative
  • Very Conservative

 

Setiap pecahan portfolio ini adalah berbeza peruntukan yang dilaburkan ke dalam aset pelaburan. Pelabur tidak perlu risau dengan Wahed Investment kerana ianya adalah selamat dan anda boleh menyemaknya di laman web Securities Commision Malaysia (SC) kerana SC berfungsi mengawal pelbagai perkara yang berkaitan dengan sekuriti bagi melindungi pelabur.