.

Bersabarlah, pengkreditan penuh BPN 2.0 ambil masa seminggu kerana jumlah adalah besar

Menurut Menteri Kewangan Datuk Tengku Zaful, bayaran fasa 2  Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk kemasukan yang penuh memandangkan ia membabitkan jumlah yang amat besar.  Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, ada pihak yang keliru mengenai bayaran BPN 2.0 yang mula disalurkan sejak 21 Januari lalu. “Saya ingin memohon agar penerima bersabar, kerana ini adalah satu jumlah yang besar, dan memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk pengkreditan sepenuhnya kepada semua penerima. “Saya juga ingin berkongsi bahawa dari 21 hingga 24 Januari 2021, sebanyak 6.4 juta akaun telah dikreditkan manakala, dari 25 hingga 29 Januari 2021, 3.8 juta akaun sedang atau akan dikreditkan.

“Mulai 25 Januari 2021, 750,000 penerima yang tiada akaun bank sudah mula membuat tuntutan baucer tunai di cawangan BSN di Semenanjung Malaysia bagi penerima B40 dan M40,” katanya dalam laporan Laksana ke-38 Pelaksanaan Inisiatif Belanjawan 2021, Permai, Kita Prihatin, Penjana dan Prihatin, hari ini. Menurutnya, kerajaan berharap bantuan yang dipercepatkan ini sedikit sebanyak dapat membantu aliran tunai 11.06 juta penerima bujang dan isi rumah di saat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.