.

Muzium Tentera Darat Port Dickson | Tiket Masuk Percuma!

MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

Muzium Tentera Darat merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia dan terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) yang juga dikenali sebagai Depoh Askar Melayu telah dijadikan sebagai bangunan muzium. Muzium Tentera Darat ini adalah ilham dari Jeneral Tan Sri Md Hashim Hussein ketika beliau menjadi Panglima Tentera Darat pada tahun 1999 sebagai salah satu usaha menempatkan sejarah dan warisan ketenteraan TD di sebuah lokasi khusus serta dapat memberi peluang kepada orang ramai mengetahui tentang sejarah perjuangan angkatan tentera suatu tika dahulu. 

Muzium ini dilengkapi dengan tiga galeri utama yang menampilkan sejarah lengkap tentera dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, Galeri Portugis dan Belanda, Galeri British, Galeri Penubuhan Askar Melayu, Galeri Pra Kemerdekaan, Galeri Era Kemerdekaan, Galeri Sumbangan Tentera Darat dan Galeri Tentera Darat Hari Ini. Terdapat pelbagai dokumen serta gambar perang dipamerkan, malah pengunjung juga boleh melihat sendiri teknologi perang yang dihasilkan bermula dari keris sehinggalah teknologi tentera terkini.

Antara tarikan lain yang menarik di sini adalah sebuah terowong yang dibina sepanjang 142 meter. Ia membawa 1001 penceritaan tentang Parti Komunis Malaya (PKM) yang merentasi Blok B ke Hutan Kampung, suasana ‘penempatan’ ikhtiar hidup yang dipenuhi tanaman, pokok serta jambatan gantung yang boleh dinaiki oleh para pengunjung. Di dalam terowong ini juga, pengunjung disajikan dengan suasana bilik bedah, ruang pengawal, barang pameran serta barang persenjataan yang dirampas PKM suatu masa dahulu.

Bagi pameran luar bangunan pula, pengunjung boleh menyaksikan pelbagai peralatan serta kenderaan yang terdiri dari kenderaan perisai, gerabak keretapi, kapal terbang dan kenderaan lama yang lain yang pernah digunakan oleh pasukan keselamatan dan Tentera Darat. Tugu Peringatan Tentera Darat juga turut dibina yang bertujuan memperingati jasa – jasa pahlawan yang telah meninggal dunia. Struktur utama tugu melambangkan sempadan negara ini dikelilingi lima anak tugu yang membawa maksud lima teras Rukun Islam, Rukun Negara dan Ikrar Kesatria. Lima anak tugu ini berukir nama emas melebihi 950 wira – wira yang telah gugur di medan perang demi mempertahankan kedaulatan negara. Pengunjung juga dapat  mendengar maklumat yang disampaikan melalui sistem audio pada jet pejuang yang diulang siar.

 

Sejarah Muzium Tentera Malaysia

Muzium Tentera Darat adalah berlandaskan ilham General Tan Sri Md Hashim bin Hussien bagi pihak umum untuk menghargai sejarah Tentera Darat di Malaysia. Berbagai artifak dan relik dari zaman purba hingga sejarah penubuhan Tentera Malaysia disimpan sebagai koleksi di Muzium Tentera Darat , Port Dikcson.  Muzium ini dirasmikan oleh SBP YDP Agong pada 28 Jun 2005.

 

Artifak tentera dan Sejarah Malaysia

Muzium Tentera Darat mengandungi sejarah Tentera Malaysia bermula sejak dari Zaman Penjajahan Portugis, Perang dunia kedua sehingga Kemerdekaan dan penubuhan Tentera Malaysia. Di ruang kawasan luar Muzium Tentera Darat, mempunyai banyak koleksi senjata and kenderaan perisai , mahupun pesawat lama dan juga helikopter pejuang yang dipamerkan. Terdapat beberapa bangungan di Muzium TD , dimana terdapat banyak koleksi senjata, rekod dan gambar-gambar sejarah tentera darat di rekodkan.

 

Tarikan di Muzium Tentera Darat

Terowong Komunis

Antara tarikan yang menarik adalah juga Terowong Lubang Komunis. Antara keunikan terowong komunis adalah , pengunjung dapat merasai keadaan seperti tempat penyempunian komunis. Barang-Barang yang digunakan adalah betul betul dari peningalan Komunis.

 

Simulasi Pesawat Pejuang 

Pengujun boleh merasai simulasi Aircraft di Block B , Muzium tentera darat.

Jambatan Tergantung , Canopy Walk

 

Harga Tiket

Percuma

Waktu Operasi

Dibuka dari setiap Rabu hingga Ahad

10.00am pagi – 5.00pm tengah hari

Alamat

Muzium Tentera Darat Port Dickson

Muzium Tentera Darat terletak di Pekan Port Dickson dan tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang. Muzium Tentera Darat Port Dickson adalah antara satu tarikan yang wajib dilawati semasa di Port Dickson. Masuk adalah percuma.