.

Permohonan Moratorium

Pandemik Covid-19 belum berakhir dan saban hari kes harian semakin meningkat. Situasi yang sangat membimbangkan ini pastinya memberi banyak impak kepada seluruh negara. Sehingga hari ini telah ramai yang kehilangan pekerjaan dan tiada punca pendapatan utama. Keadaan ini pastinya menyukarkan golongan ini untuk meneruskan kehidupan di tambah pula bebanan hutang yang perlu dibayar setiap bulan.

Semasa PKP 1.0 yang lepas, peminjam dari golongan B40, M40, T20, penjawat awam, syarikat PKS dan SME mendapat moratorium secara automatik. Namun, ianya tidak diberikan secara automatik semasa PKP 3.0. Sebaliknya, individu yang inginkan moratorium perlu membuat permohonan dengan pihak bank dan ianya akan diberikan kelulusan tanpa syarat.

Individu yang terkesan dengan pandemik Covid-19 boleh mendapatkan lagi moratorium dari bank – bank yang terlibat. Permohonan boleh dilakukan tanpa syarat dan ianya boleh dilakukan secara dalam talian / portal rasmi bank sahaja. Kelulusan pemberian moratorium akan diberikan secara automatik bagi penangguhan pembayaran balik pinjaman selama enam bulan. 

Senarai Bank Yang Terlibat Pemberian Moratorium

 

Berikut merupakan senarai bank yang terlibat dengan pemberian moratorium dan senarai ini diperolehi daripada sumber laman web Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Nama Bank No Hotline Link Pautan
Bank Islam Malaysia 03-26900900 https://vao.bankislam.com.my
Bank Muamalat 1-300-88-8787 https://map.muamalat.com.my/
Bank Rakyat  1-300-80-5454 https://cv19-support.bankrakyat.com.my/
Bank Pembangunan Malaysia 03-26113888  –
BSN Bank Simpanan Nasional 1300-88-1900 https://www.bsn.com.my
CIMB Bank 03-62047788 https://www.cimb.com.my
Hong Leong Bank 03-76268899 https://www.hlb.com.my
HSBC Bank 1300-88-2626 https://www.hsbc.com.my
Maybank  1300-88-6688 https://www.maybank2u.com.my
MBSB Bank 03-20963000 https://www.mbsbbank.com/en/notices/moratorium 
Public Bank  1800-22-5555 https://www.pbebank.com
OCBC Bank 03-83149310 https://www.ocbc.com.my
RHB online Bank 03-9206 8118 https://www.rhbgroup.com
SME Bank 03-26037700 https://www.smebank.com.my
Standard Chartered 1300-88-8888 https://www.sc.com
Ambank  03-21788888 https://www.ambank.com.my
Affin Bank 03-82302222 https://www.affinonline.com
Alliance Bank 03-55169988 https://www.alliancebank.com.my / https://www.allianceonline.com.my/personal/loan_moratorium/loan_moratorium.do
Agrobank 1-300-88-2476 https://www.agrobank.com.my
UOB Bank 03-26166800 https://www.uob.com.my
Kuwait Finance House 1-300-888-534 https://www.kfh.com.my
Citibank 03-23830000 https://www.citibank.com.my
Al Rajhi Bank 03-23326000 https://www.alrajhibank.com.my
BNP Paribas Bank 03-2179 8361 https://www.bnpparibas.com.my

 

Jenis – Jenis Pinjaman Yang Diberikan Moratorium

Terdapat beberapa jenis pinjaman yang diberikan moratorium iaitu :

  • Pinjaman peribadi
  • Pinjaman perumahan
  • Overdraft
  • Sewa beli kereta (CIMB, Maybank dan AmBank)

Dengan adanya moratorium ini, individu terbabit dapat menggunakan wang lebihan tersebut untuk membeli barang keperluan tanpa perlu memikirkan bayaran ansuran bulanan. Malah, ia juga dapat mengurangkan tekanan di kalangan peminjam. Wang tersebut juga boleh dijadikan modal perniagaan kecil – kecilan bagi menampung keperluan harian, malah boleh dijadikan wang simpanan untuk kegunaan di waktu kecemasan.