.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Bayaran tambahan BPR ( Dibayar akhir bulan Jun)

Kerajaan Malaysia akan menambah bayaran BPR bagi membantu rakyat golongan B40 di bawah PKP 3.0 yang akan bermua 1 Jun hingga 14 Jun.

RM500

Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah

RM300

Isi rumah berpendapatan RM 2,501 ke RM 5,000

Rm500

Bujang berpendapatan RM 2,500 ke bawah

 

MAKSUD STATUS PERMOHONAN BPR

Mulai 22 Februari 2021, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 telah pun dikreditkan ke akaun bank Bank Simpanan Nasional (BSN) pemohon yang berjaya dan ianya akan dibayar secara berperingkat. Pemohon yang berjaya menerima BPR terdiri dari penerima yang lulus Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 termasuklah permohonan rayuan kategori isi rumah berpendapatan RM 5,000 dan kategori bujang berpendapatan RM 2,000 sebulan.

 

Bagi pembayaran Fasa 1 BPR, sebanyak RM 300 akan diberikan kepada 4.4 juta penerima BPR (kategori isi rumah) dan seramai 4.05 juta lagi penerima kategori bujang akan menerima sebanyak RM 150 seorang. Jumlah keseluruhan penerima adalah seramai 8.45 juta orang. Pemberian bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 1.93 bilion dan akan dikreditkan ke akaun bank penerima.

 

CARA SEMAK STATUS PERMOHOAN BPR DITERIMA

  1. Log masuk ke portal rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukan nombor kad pengenalan dan tekan butang SEMAK
  3. Semak kata keselamatan yang dipaparkan, sekiranya betul, masukan kata laluan BPR
  4. Kemudian klik SEMAKAN STATUS dan skrin akan memaparkan maklumat berikut :
  • Nama
  • MyKad
  • Status Pedalaman
  • Status Permohonan

 

Status Permohonan

Terdapat dua kriteria status yang berbeza, biarpun status permohonan anda berstatus ‘Permohonan Diterima’. Pemohon perlu menyemak nota yang dipaparkan di bahagian bawah skrin untuk mengetahui lebih lanjut mengenai status permohonan kerana ianya berbeza bergantung kepada kelulusan dari sekretariat BPR.

 

  1. I) Status Permohonan : Permohonan Diterima

“Permohonan anda akan diproses bagi penentuan kelayakan BPR 2021 bagi bayaran seterusnya. Maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) – Pembayaran Fasa 1 BPR 2021”

 

Sekiranya nota yang dipaparkan adalah seperti di atas, secara amnya bermaksud pemohon adalah layak menerima bayaran FASA 1 BPR dan FASA 2. Walau bagaimana pun, permohonan tersebut masih dalam proses dan sedang disemak dengan lebih terperinci oleh LHDNM sama ada pemohon layak atau tidak bergantung kepada syarat yang ditetapkan.

 

Ii) Status Permohonan : Permohonan Diterima

“Anda bukan penerima bayaran FASA 1 BPR 2021.Walau bagaimanapun,permohonan anda akan diproses bagi penentuan kelayakan BPR 2021 bagi bayaran seterusnya.Maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) – Pembayaran Fasa 1 BPR 2021”

 

Secara amnya, pemohon adalah belum dapat menerima bayaran FASA 1 BPR kerana permohonan masih disemak dan dinilai oleh LHDNM. Walau bagaimana pun, sekiranya pemohon adalah layak, bayaran akan dibuat sekali gus semasa pembayaran FASA 2 iaitu pada bulan Mei 2021.

Maklumat Lanjut 

Anda boleh menghubungi sekretariat BPR melalui salah satu medium di bawah bagi mendapatkan maklumat lanjut atau membuat pertanyaan berkenaan BPR 2021:

  • Laman web rasmi BPR LHDNM di https://bpr.hasil.gov.my
  • Talian Hasil Care Line (HCL) : 03-89111000
  • Talian LHDNM : 1-800-88-2747  
  • Talian MoF: 03-8882 4565 / 4566  
  • Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM berhampiran

2.54 Juta rakyat mendapat bayaran dari BPR fasa 1

Menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul, lebih 2.64 juta rakyat Malaysia mendapat agihan pertama dari pembayaran BPR fasa 1. Sejumlah RM1.93 digunakan untuk pembayaran BPR fasa satu yang telah bermula berberapa hari lepas untuk bayaran Kategori Isi Rumah dan Bujang.

 

 

Borang Bantuan BPR 2021 ( Semua Permohonan BPR telah ditutup 25 Februari 2021)

Borang Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bk-01. Klik di PDF , kemudian download

 

Borang Kemaskini Maklumat Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat BPR BK-02

 

Borang Kemaskini Maklumat Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat BPR BK-04

 

Borang Pembatalan Permohonan Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat BPR BK-05

 

Terdahulu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan skim Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan. Namun, setelah beberapa ketika, BSH telah dijenamakan semula dan dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan kadar bantuan yang juga telah ditambah baik.

Bantuan Prihatin Rakyat telah dibentangkan semasa Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Malaysia. Pemberian bantuan ini akan memanfaatkan sejumlah 8.1 juta rakyat dengan anggaran bajet sebanyak RM 6.5 bilion.

 

Kadar Bantuan

Kadar bantuan adalah berdasarkan pendapatan isi rumah iaitu seperti berikut:

  • Isi rumah dengan tanggungan 0-1 orang anak serta berpendapatan bulanan kurang RM 2500 sebulan akan menerima BPR sebanyak RM 1200
  • Isi rumah dengan tanggungan 2 orang anak atau lebih serta berpendapatan bulanan kurang RM 2500 sebulan akan menerima BPR sebanyak RM 1800
  • Isi rumah dengan tanggungan 0-1 orang anak serta berpendapatan bulanan dari RM 2501 – RM 4000 sebulan akan menerima BPR sebanyak RM 800
  • Isi rumah dengan tanggungan 2 orang anak atau lebih serta berpendapatan bulanan dari RM 2501 hingga RM 4000 sebulan akan menerima BPR sebanyak RM 1200
  • Isi rumah dengan tanggungan 0-1 orang anak serta berpendapatan bulanan dari RM 4000 hingga RM 5000 sebulan akan menerima BPR sebanyak RM 500
  • Isi rumah dengan tanggungan 2 orang anak atau lebih serta berpendapatan bulanan dari RM 4000 hingga RM 5000 sebulan akan menerima BPR sebanyak RM 750
  • Individu bujang yang berpendapatan RM 2500 ke bawah dan berumur 21 tahun dan ke atas juga akan menerima sebanyak RM 350

 

Cara Memohon

  • Tiada permohonan diperlukan kerana maklumat akan diperolehi daripada pangkalan data BSH sedia ada
  • Bagi yang tidak berjaya mendapat BSH sebelum ini dan berkelayakan untuk mendapat BPR boleh membuat permohonan baharu mulai bulan Januari 2021

 

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan BPR boleh diperolehi melalui laman web rasmi  LHDN Malaysia di https://bpr.hasil.gov.my/