.

Cara Memohon Kad Pengenalan Baru

Kad pengenalan yang juga dikenali sebagai MyKad merupakan sekeping kad yang menyimpan maklumat pengenalan diri bagi rakyat Malaysia. Setiap rakyat Malaysia wajib memiliki MyKad yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai pengenalan diri dan tindakan undang – undang boleh dikenakan sekiranya terdapat individu yang kehilangan kad pengenalan. Malaysia merupakan negara pertama yang menggabungkan penggunaan teknologi cip dan biometric terkini di dalam kad pengenalan yang boleh meningkatkan tahap keselamatan serta kesahihan pemilik MyKad tersebut.

Kad pengenalan diwajibkan ke atas individu berumur 12 tahun dan ke atas. Individu yang gagal menunjukkan kad pengenalan semasa diminta oleh pihak berkuasa boleh dipenjarakan maksima sehingga 3 tahun atau didenda maksima RM 20,000 atau kedua – duanya sekali. Kad pengenalan perlu diperbaharui setelah individu berumur 18 tahun.

Syarat – syarat Permohonan Kad Pengenalan

Syarat – syarat permohonan kad pengenalan adalah berdasarkan Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) iaitu seperti berikut :

 

  1. Pemohon merupakan kanak – kanak yang telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun
  2. Bertaraf warganegara Malaysia
  3. Pemohon mestilah hadir bersama ibu / bapa atau penjaga (terdiri dari datuk / nenek /  ibu saudara / bapa saudara / kakak / abang yang berusia melebihi 21 tahun)
  4. Borang Permohonan JPN.KP01 yang telah lengkap
  5. Permohonan mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap kanak – kanak berumur 12 tahun
  6. Bayaran proses akan dikenakan sekiranya melangkaui tempoh 30 hari
  7. Surat akuan berkanun serta surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu dibawa bersama sekiranya kanak – kanak hadir bersama penjaga selain yang dinyatakan di atas

 

Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen yang diperlukan merupakan dokumen asal pemohon serta ibu/bapa/penjaga yang hadir bersama semasa membuat permohonan. Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

 

Dokumen Asal Pemohon

  1. Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Kewarganegaraan / Pengesahan Taraf Kewarganegaraan / Borang Warganegara / Lampiran A (JAKOA)
  2. Sekiranya menetap di luar negara, pasport pemohon perlu disertakan 

 

Dokumen Asal Ibu/Bapa/Penjaga

  • Kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
  • Sekiranya penjaga tiada hubungan kekeluargaan, surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari JKM perlu dibawa bersama
  • Pasport negara asal penjaga sekiranya bukan warganegara

 

Dokumen Sokongan

  1. Jika alamat rumah tidak sama dengan alamat penjaga, dokumen sokongan lain perlu disertakan bersama iaitu sama ada bil elektrik / bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukap pendapatan / perjanjian jual beli rumah / perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Ketua Kampung / Penghulu / Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan / Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain – lain dokumen yang bersesuaian (dokumen asal atau salinan dokumen yang telah disahkan)

 

Caj Bayaran Yang Dikenakan Bagi Kad Pengenalan 12 Tahun

  • Setiap permohonan MyKad bagi kanak-kanak berumur 12 tahun adalah percuma
  • Caj bayaran proses hanya akan dikenakan untuk permohonan lewat memohon kad pengenalan (MyKad) bagi kanak-kanak telah mencapai umur 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari setelah genap usia

 

Cara Membuat Permohonan Kad Pengenalan Baru

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian iaitu seperti berikut :

  1. Layari laman web https://web12tahun.jpn.gov.my/ atau imbasan kod QR yang 

dipaparkan di laman web rasmi JPN

  1. Sebelum membuat permohonan, pastikan anda telah mendaftar di portal MyGovernment terlebih dahulu di https://malaysia.gov.my/portal/register/2/go?forward_url=
  2. Setelah berjaya mendaftar di MyGovernment, log masuk sistem menggunakan

kad pengenalan serta kata laluan yang telah didaftarkan

  1. Sila tandakan pada kotak ‘Saya Setuju’ setelah membaca Terma dan Syarat Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan tekan butang HANTAR
  3. Sila cetak slip maklumat permohonan kad pengenalan 12 tahun dan bawa

salinan slip bersama dokumen sokongan yang diperlukan ke kaunter JPN yang 

dipilih untuk proses seterusnya

  1. Pastikan anda membuat temu janji terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter

JPN yang berhampiran

 

MyTemujanji JPN

 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di talian 03-8880 7077 atau emelkan kepada [email protected].