.

Bantuan Khas Covid-19 NADMA RM5,000

Bantuan NADMA adalah satu bantuan khas untuk pengurusan kematian akibat Covid-19 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).  Waris untuk mereka yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19 atau kematian dengan Covid-19 layak mendapat bantuan one-off sehingga maksima RM5,000.

Cara membuat permohonan

Pastikan anda benar benar layak terlebih dahulu. Download borang untuk Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA. Pemohon perlu dapatkan cop pengesahan dari pegawai perubatan di hospital yang mengesahkan kematian mangsa.  Segala borang dan dokumen sokongan perlulah dihantar ke alamat yang disenaraikan secara manual, pos atau online.

Mereka yang layak boleh mendapat bantuan maksimi RM5,000 , tetapi pihak NADMA berhak memutuskan jumlah bantuan yang disalurkan berdasarkan dokumen sokongan and permohonan boleh ditolak jika syarat kelayakan tidak dapat ditepati.

Bantuan akan disalurkan secara online bank transfer kedalam akaun pemohona dalam 30 hari bekerja apabila dokumen sokongan lengkap diterima.

Syarat dan Kelayakan Bantuan Khas Kematian Covid-19

  • Pemohon perlu mempunyai pengesahan kematian rasmi daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia )  untuk layak mendapat bantuan ini
  • Mangsa kematian Covid-19 mestilah berwarganegara Malaysia
  • Hanya satu permohonan dibenarkan untuk seorang waris.  Jika terdapat lebih dari satu permohonan, hanya permohonan pertama akan dipertimbangkan

 

Dokumen Sokongan

  • Salinan Dokumen Sijil Kematian
  • Salinan IC (Idendity Card) pemohon
  • Selinan penyata akaun bank pemohon yang aktif dan boleh mendapat wang

 

Borang permohonan

Borang permohonan perlulah di sahkan oleh pegawai perubatan dari hospital yang memaklumkan kematian disebabkan oleh virus Covid-19

https://drive.google.com/file/d/1iGjm-l-bNLVB8_F6PxKULiLzKFal8rJy/view?fbclid=IwAR2iRaZMk_dQIsz4k24pquE2hcXJWVfoE1pFyhfIHpb8haFJ-zOTaKWhbus

 

Penghantaran Borang NADMA

Penghantaran boleh dibuat secara POS ataupun online.

 

Alamat POS

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara
(NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

 

Email Rasmi

[email protected]

 

Whatsapp

+6011-1321 8056