Tablet bawah Rm500
Teknologi yang berkembang pesat pada era ini menjadikan gajet elektronik sebagai keperluan asas, bukan lagi sekadar kehendak. Gajet seperti tablet menjadi pilihan pelbagai golongan dek fungsinya yang memudahkan dalam menyelesaikan kerja menjalankan aktiviti pembelajaran, mahupun berhibur. Namun, kepelbagaian gajet dalam dunia elektronik menyebabkan pengguna sukar memilih, lebih-lebih lagi dengan sesetengah harga tablet yang mencecah ribuan ringgit walaupun mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan yang lain. Anda boleh semak senarai tablet mampu milik di bawah:
- Honor Pad X8 Lite
Tablet ini menjanjikan prestasi yang lancar dari segi hiburan mahupun kerja. Ia menawarkan paparan sehingga 4 tingkap pada satu skrin untuk penggunaan yang cekap. Rekaan luarannya juga menarik dengan warna biru pudina.
Anggaran harga: RM449
Memori: 2GB RAM, 32GB ROM
Kapasiti bateri: 5100 mAh
Dimensi: 240.2 x 159 x 7.55 mm
Berat: 460g
- Lenovo Tab M7 3rd Gen
Lenovo Tab M7 adalah tablet yang mempunyai anggaran harga yang sangat berpatutan. Dengan skrin 7 inci, ia adalah pilihan yang hebat untuk pengguna yang mencari tablet yang mudah dibawa ke mana-mana.
Anggaran harga: RM398
Memori: 2GB RAM, 32GB ROM
Kapasiti bateri: 3750 mAh
Dimensi: 176.2 x 102.3 x 8.3 mm
Berat: 236 g
- Samsung Galaxy Tab A8 Lite
Sebagai sebuah jenama yang dipercayai, Samsung turut mengeluarkan tablet mampu milik bagi peminatnya. Selain mempunyai kapasiti bateri yang cukup besar, pilihan warna tablet ini juga menarik dengan warna merah jambu dan kelabu gelap.
Anggaran harga: RM480
Memori: 3GB RAM, 32GB ROM
Kapasiti bateri: 7040 mAh
Dimensi: 246.8 x 161.9 x 6.9 mm
Berat: 508 g
- Realme Pad Mini
Dengan skrin 8.7 inci, Realme Pad Mini adalah tablet yang sangat serbaguna. Ia dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar untuk penggunaan sepanjang hari.
Anggaran harga: RM450
Memori: 3GB RAM, 32GB ROM & 4GB RAM, 64GB ROM
Kapasiti bateri: 6400 mAh
Dimensi: 211.8 x 124.5 x 7.6 mm
Berat: 372 g
- Blackview Tab 8
Blackview Tab 8 adalah tablet yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan. Skrin 10 inci membolehkan anda menikmati konten dengan jelas.
Anggaran harga: RM459
Memori: 4GB RAM, 64GB ROM & 4GB RAM, 128GB ROM
Kapasiti bateri: 6580 mAh
Dimensi: 246.5 x 163 x 9.9 mm
Berat: 520.5 g
- Blackview Oscal Pad 60
Bernaung di bawah Blackview, Oscal juga menawarkan tablet mampu milik yang menyokong pelbagai kegunaan dengan prestasi yang mengagumkan.
Anggaran harga: RM389
Memori: 4GB RAM, 64GB ROM
Kapasiti bateri: 6580 mAh
Dimensi: 246.5 x 163 x 9.9 mm
Berat:537 g
Terdapat banyak pilihan tablet dengan harga mampu milik yang dapat memenuhi keperluan digital anda. Anda dapat mengambil kira keperluan dalam menggunakan tablet, sama ada untuk hiburan, kerja, mahupun pembelajaran. Dengan pilihan-pilihan di atas, anda dapat tetap terhubung dengan dunia digital tanpa harus membelanjakan wang yang banyak demi sebuah tablet.
