.

Cara Main Saham Dengan Rakuten Trade

Kenapa Rakuten ?

Rakuten adalah broker sahama online penuh di Malaysia di bawah syarikat Rakuten Jepun dan Kenanga Investment Bank Malaysia. Dengan Rakuten Trade, anda boleh membuka akaun atau membuat transaksi sepenuhnya secara online. Untuk kadar fi, rakuten trade adalah amat kompetitif dan antara yang terendah di Malaysia. 

 

Cara Untuk Mendaftar  Akaun Rakuten Trade

Sebelum mendaftar, anda perlu menyediakan dua dokumen iaitu :

  1. Muka hadapan dan belakang kad pengenalan
  2. Bukti alamat anda (boleh menggunakan bil utiliti, bil elektrik dan sebagainya)

 

  • Untuk mendaftar akaun rakuten trade, anda disarankan menggunakan laman web rakuten trade (agak sukar sekiranya mendaftar menggunakan aplikasi)
  • Anda boleh mendaftar akaun di https://www.rakutentrade.my/register
  • Di laman web rakuten trade, klik Open An Account yang terletak di bahagian atas
  • Terdapat 3 jenis akaun untuk membeli saham dengan rakuten trade iaitu Cash Upfront, Dual dan Combo
  • Bagi akaun Dual dan Combo, ianya mempunyai kontra atau margin
  • Konsep kontra atau margin adalah ibarat meminjam wang untuk membeli saham (tidak disyorkan anda menggunakan akaun ini sekiranya tidak mempunyai pengalaman)
  • Anda disyorkan membuka akaun Cash Upfront dan anda boleh membeli saham menggunakan wang yang terdapat dalam akaun rakuten trade
  • Klik butang Sign Up untuk meneruskan proses membuka akaun
  • Masukkan maklumat peribadi yang berkenaan seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, kewarganegaraan, status kewarganegaraan
  • Muat naik muka hadapan dan belakang kad pengenalan
  • Kemudian, masukkan butiran lain seperti mana yang diperlukan
  • Masukkan kod referral jika ada seperti 31f94BIFOZ
  • Jika telah melengkapkan borang tersebut, klik pada pengakuan pemohon dan klik butang I Agree
  • Klik butang Proceed To Next Step
  • Masukkan nombor trading pin anda, catit di tempat yang selamat atau hafal nombor pin tersebut kerana nombor pin akan digunakan setiap kali anda membuat urusan jual beli saham
  • Lengkapkan maklumat lain yang diperlukan
  • Untuk bahagian mailing address evidence, anda perlu memuat naik bukti pengesahan alamat menggunakan bil dan sebagainya
  • Klik butang Proceed To Next Step
  • Setelah melengkapkan maklumat yang diperlukan, masukkan juga nombor akaun cukai LHDN sekiranya ada
  • Jika tiada nombor akaun cukai LHDN, klik butang I have no TIN numbers
  • Kemudian, klik butang Submit Application untuk menghantar borang permohonan
  • Anda akan menerima satu emel dari rakuten trade dan perlu membuat pengesahan melalui link yang diberikan
  • Dalam tempoh beberapa jam sahaja anda akan mendapat keputusan permohonan membuka akaun Rakuten trade
  • Sekiranya lulus, anda akan mendapat kata  laluan dalam bentuk pdf melalui emel
  • Anda sudah boleh log masuk ke akaun menggunakan username dan kata laluan yang sah

Proses Pembelian dan Penjualan Saham

    • Anda boleh membuat pembelian atau penjualan saham menggunakan aplikasi ispeed.my atau menggunakan laman web Rakuten
  • Setelah anda berjaya memuat turun aplikasi ispeed.my ini, klik pada bahagian login
  • Masukkan username dan password yang diterima melalui emel anda
  • Untuk login kali pertama, anda perlu menukarkan password anda
  • Pada bahagian menu market, anda akan dapat melihat senarai pasaran saham seluruh dunia
  • Sekiranya anda ingin membeli mana-mana saham di Bursa Malaysia, klik di butang search
  • Masukkan nama saham yang diperlukan dan klik butang cari
  • Anda akan dapat melihat maklumat dan harga untuk saham tersebut
  • Butang watchlist yang terdapat di bahagian bawah merupakan saham – saham yang telah dibook mark
  • Anda boleh menambah sebarang saham dalam watchlist
  • Jika anda ingin membuat pembelian saham, anda perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun rakuten trade anda terlebih dahulu
  • Klik bahagian menu di bawah My Account dan klik Cash Deposit
  • Masukkan jumlah yang ingin dimasukkan dan klik butang Proceed
  • Anda hanya boleh menggunakan pemegang akaun bank yang sama untuk akaun Rakuten trade dan tidak boleh menggunakan akaun bank orang lain untuk deposit wang dalam akaun Rakuten anda
  • Klik butang proceed untuk meneruskan transaksi
  • Transaksi pembelian saham adalah sama seperti transaksi pembelian secara online lain
  • Setelah membuat pembayaran deposit, anda boleh mula membeli saham di Bursa Malaysia
  • Untuk membeli mana – mana saham, kembali ke bahagian search dan search nama saham yang ingin dibeli, kemudian klik butang Action
  • Klik butang Buy Order dan pada bahagian Buy Order kita masukkan harga dan kuantiti yang ingin dibeli (pembelian minima adalah 1 lot bersamaan 100 unit saham)
  • Kemudian, masukkan nombor Trade Pin anda dan tekan butang Confirm
  • Segala maklumat pembelian saham anda akan dipamerkan sekali lagi
  • Anda akan dapat melihat Estimated Cost pada bahagian bawah dan klik butang Execute untuk pengesahan pembelian
  • Pembelian saham yang dilakukan akan dimasukkan ke dalam pending order
  • Setelah saham tersebut mencecah harga yang ditetapkan, pembelian saham tersebut akan diteruskan dan pelabur telah berjaya membeli saham 
  • Jika anda ingin melihat senarai saham yang telah dibeli, klik pada bahagian My Account dan klik butang View Portfolio
  • Anda boleh menjual mana-mana saham yang ada dengan klik pada saham tersebut untuk membuat penjualan
  • Cara menjual saham juga agak mudah sama seperti membeli saham
  • Masukkan harga dan kuantiti yang hendak dijual, kemudian masukkan nombor Trade pin untuk penjualan saham tersebut
  • Klik butang Confirm dan makluman berkenaan penjualan saham akan dipamerkan
  • Klik butang Execute
  • Untuk melihat profit/loss, anda boleh pergi ke bahagian My Account dan keuntungan penjualan saham akan dipamerkan

Sangat mudah untuk membuat pelaburan melalui rakuten trade. Semoga dengan artikel ini membolehkan anda membuat pelaburan saham dengan selamat dan tanpa keraguan.