Semakan Penyata Bank BSN Online
Jika sebelum ini penyata bank hanya boleh diperolehi secara bercetak yang dikeluarkan oleh pihak bank, namun kini pelanggan juga boleh mendapatkannya secara dalam talian sahaja. Pelanggan tidak perlu lagi hadir ke kaunter bank untuk mendapatkan penyata bank tersebut.
Penyata bank merupakan maklumat terperinci setiap transaksi akaun bank pelanggan termasuk transaksi debit, kredit serta pindahan keluar masuk wang ke akaun bank. Walau bagaimana pun, terdapat sesetengah bank yang masih menghantar penyata bank secara pos ke alamat pelanggan secara berkala.
Bagi Bank Simpanan Nasional (BSN), pelanggan boleh mendapatkan penyata bank secara dalam talian sahaja melalui e-Statement BSN versi PDF. Penyata bank akan memaparkan transaksi perbankan dan ianya boleh diperolehi secara percuma melalui online banking myBSN atau melalui emel.
Kelayakan Mendaftar e-Penyata BSN
Semua pelanggan BSN boleh mendaftar untuk e-Penyata dan mereka digalakkan untuk mendaftar supaya penyata bank lebih mudah disemak dan tidak berlakunya kelewatan.
Cara Menyemak Penyata Bank BSN Online
Sebelum boleh membuat semakan penyata bank secara online, pastikan anda telah mendaftar di MyBSN terlebih dahulu. Untuk membuat semakan, anda hanya perlu mengikuti langkah – langkah berikut :
-
- Layari laman web rasmi BSN di https://www.mybsn.com.my
- Log masuk ke akaun menggunakank username dan kata laluan yang sah
- Klik Account Overview
- Kemudian, klik e-Statement
- Klik Nama Akaun dan pilih Statement Period yang diperlukan
- Klik Print untuk mencetak penyata bank anda
Cara Menyemak Penyata Bank BSN Melalui Emel
- Pelanggan boleh mendapatkan penyata bank melalui emel dengan membuat permohonan melalui SMS sahaja
- Anda perlu mendaftar melalui SMS seperti berikut :
- Taip STMT <jarak> No MyKad <jarak> Alamat Emel dan hantar ke 663000
- Contoh : STMT 790426554321 [email protected]
- Anda akan menerima SMS pengesahan dari pihak BSN
- E-Penyata yang dipaparkan bermula dari kitaran penyata yang berikutnya
- Pelanggan akan menerima penyata bank setiap bulan di alamat emel yang telah didaftarkan
Kedua – dua cara ini sangat memudahkan pelanggan membuat semakan akaun bank BSN tanpa perlu ke cawangan bank yang berhampiran. Ia sangat menjimatkan masa, mudah di akses serta lebih selamat.
Maklumat Lanjut
Sekiranya pelanggan memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi talian BSN Centre di talian di nombor 1300881900.