.

Cara ke Pulau Kapas naik flight

Pulau Kapas terletak di Marang , Kuala Terengganu. Pulau ini memang indah dengan pasir yang putih dan air yang jernih.  Perjalanan memandu mungkin agak jauh jika anda berlepas dari Kuala Lumpur , perjalanan memandu adalah lebih kurang 5 jam dan berjarak 300 kilometer. Flight adalah juga satu option dan pilihan untuk ke Pulau Kapas.  Semua pengunjung perlu melalui Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Jeti Marang adalah lebih kurang 40 minit ke 1 jam berkereta dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu.

Pekara yang paling penting untuk flight adalah,  masa bot berlepas dari Jeti Marang ke Pulau Kapas. Bot terakhir berlepas dari Jeti Marang ke Pulau Kapas pada Jam 5.00 petang. Perjalanan dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu ke Jeti Marang akan mengambil masa 40 minit ke  1 jam. Oleh kerana itu, pengunjung disyorkan untuk menempak penerbangan yang lebih awal jika ada berlaku apa-apa kesesakan semasa pergi /balik dari lapangan terbang.  Anda perlu tiba di Jeti Marang sebelum jam 5.00 petang ,jika tidak anda kena bermalam di Marang. Jika anda mempunyai orang yang secukupnya , lebih 10 penumpang. Bot masih lagi boleh berlepas tanpa jadual.

 

Langkah ambil Flight ke Pulau Kapas

Pulau Kapas

 

1) Flight dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu ( Sultan Mahmud Airport)

Langkah pertama adalah flight dari KL ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Bergantung kepada syarikat penerbangan, anda mungkin berlepas dari KLIA ataupun Subang.

 

2)  Lapangan Terbang Kuala Terengganu ( Sultan Mahmud Airport)  ke Jeti Marang

Setelah tiba di Kuala Terengganu. Untuk langkah kedua , perjalanan ini akan mengambil masa lebih kurang 40 minit ke 1 Jam dengan kenderaan ataupun Taxi dan Grab. Pastikan anda destinasi anda adalah Jeti Marang (Selatan Kuala Terengganu)  dan bukannya Jeti Merang (Utara Kuala Terenggan) . Kedua-dua jeti adalah berbeza dan menuju ke Pulau yang berbeza.

 

3) Jeti Marang ke Pulau Kapas

Perjalanan terakhir adalah dengan bot dari Jeti Marang ke Pulau Kapas.  Perjalanan adalah lebih kurang 20 ke 30 minit mengikut resort anda.  Waktu untuk bot adalah mengikut jadual. Anda perlu pastikan anda sampai ke Jeti Marang sebelum jam 5 tengah hari kerana bot terakhir adalah jam 5.

 

Berikut adalah Jadual Bot dari Jeti Marang ke Pulau Kapas

 

Dari Jeti Marang ke Pulau Kapas 

9.00am

11.00am

1.00 PM ( * Tutup untuk Jumaat)

5.00pm

 

Dari Pulau Kapas Ke Jeti Marang

9.30am

11.30 am

1.30 pm

3.30pm (*Tutup untuk Jumaat)

5.30pm