.

ePangkat

Sistem ePangkat telah lama diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu sejak tahun 2008 lagi. Walau bagaimana pun, sistem ini kurang diketahui, malah tidak ramai menyedari kewujudan sistem ini di kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS). ePangkat ini telah dibina bagi menguruskan urusan kenaikan pangkat PPP dan AKS di seluruh Malaysia. Ia bertujuan mengelakkan keciciran nama serta meminimakan sebarang kesilapan dalam proses kenaikan pangkat serta pertindahan data dapat dielakkan. 

Sebelum adanya sistem ini, terdapat beberapa masalah yang timbul di kalangan para guru seperti tidak dinaikkan pangkat kerana maklumat tidak lengkap, tidak tepat serta maklumat tidak kemaskini. Situasi ini menyebabkan guru tidak dinaikkan pangkat walau pun telah mencapai kriteria yang ditetapkan.

Objektif ePangkat

Sistem ePangkat ini diwujudkan sebagai pemudah cara untuk memproses serta menyelaras proses kenaikan pangkat di kalangan guru. Antara lain objektif kewujudan sistem ini adalah seperti berikut :

  • Memudahkan proses pemangkuan
  • Dapat menyelesaikan masalah kelewatan serta pertindihan urusan kenaikan pangkat
  • Memudahkan proses kenaikan pangkat
  • Menetapkan penempatan pemangkuan
  • Menyelesaikan isu pertukaran jawatan
  • Mengemaskini dan memantau maklumat kenaikan pangkat bagi Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) 
  • Mengautomasi setiap proses serta urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan serta pertukaran jawatan kenaikan pangkat
  • Membolehkan perancangan urusan kenaikan pangkat, pemangkuan, penempatan, pertukaran jawatan dilaksanakan dalam tempoh masa yang singkat dan sesuai pada masa yang sepatutnya
  • Lebih sistematik dalam menguruskan proses pemangkuan serta kenaikan pangkat
  • Dapat memupuk rasa tanggungjawab untuk membuat pengemaskinian maklumat serta data kenaikan pangkat 
  • Merupakan sistem maklumat kenaikan pangkat yang lebih teratur, fleksibel dan kemas buat warga KPM

Maklumat yang disimpan dalam sistem ePangkat adalah seperti berikut :

  • Maklumat Peribadi
  • Maklumat Akademik***
  • Maklumat Pengisytiharan Harta***
  • Maklumat Pengalaman Kerja***
  • Maklumat PTK
  • Maklumat Prestasi***
  • Maklumat Peminjam Tegar
  • Maklumat Prestasi Khas***
  • Maklumat Perkhidmatan***
    1. Bagi Anggota Kumpulan Sokongan (AKS)
    2. Cuti Rehat
    3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD)
    4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)

 

  • Maklumat Keutuhan SPRM
  • Penilaian Bagi Laluan Cemerlang
  • Maklumat Tindakan***
  1. Tempoh Cubaan Berdenda
  2. Tatatertib

 

  • Hanya yang bertanda *** sahaja perlu dikemaskini oleh Ketua Jabatan

 

Cara Membuat Pendaftaran ePangkat

  • Layari portal ePangkat di https://www.moe.gov.my/epangkat
  • Klik butang DI SINI sekiranya belum mendaftar
  • Masukkan maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, kata laluan, alamat emel dan tempat bertugas
  • Klik butang Hantar
  • Setelah selesai mendaftar, log masuk ke dalam sistem ePangkat
  • Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan

 

Cara Semak ePangkat 

Setiap permohonan yang telah berjaya didaftar ke dalam sistem boleh disemak secara online setelah keputusan permohonan diumumkan. Cara membuat semakan adalah seperti berikut:

  • Layari laman web di https://naikpangkat.moe.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang SEMAK
  • Keputusan kenaikan pangkat akan dipaparkan 

 

Kategori Pengguna ePangkat

Terdapat 4 kategori pengguna sistem ePangkat iaitu seperti berikut :

 

  1. Calon
  • Terdiri dari Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan juga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah dan Bukan Siswazah)  

 

  1. Ketua Jabatan
  • Guru Besar atau Pengetua sekolah, Pengarah / Ketua sama ada di PPD / JPN / Bahagian di KPM, IPGM / IAB dan KM

 

  1. Urusetia Kenaikan Pangkat
  • Unit Naik Pangkat di Jabatan Pendidikan Negeri / Bahagian di KPM, IPGM / IAB dan KM

 

  1. Urus Setia (mengeluarkan iklan, memproses dan memperakukan calon)
  • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) – Urus setia Guru Cemerlang
  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) – Urus setia Pengetua Cemerlang, Guru Besar Cemerlang dan Pengelola Cemerlang
  • Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) – Urus setia Pegawai Cemerlang
  • Cawangan Naik Pangkat (BPSM) – Urus setia gred Hakiki / Time-Based

 

Setiap proses kenaikan pangkat berdasarkan time based yang ditawarkan adalah berdasarkan prestasi dan kecemerlangan semasa. Ia adalah berdasarkan formula berikut:

 

  1. Calon berkelulusan diploma
  • Formula time based yang ditetapkan adalah 8.8.5
  • Pegawai gred DG29 untuk naik pangkat ke DG32 adalah 8 tahun
  • Pegawai gred DG32 untuk naik pangkat ke DG34 juga adalah 8 tahun
  • Pegawai gred DG34 untuk naik pangkat ke DG38 pula adalah 5tahun

 

  1. Calon berkelulusan ijazah
  • Formula time based yang ditetapkan adalah 8.8.6.3
  • Pegawai gred DG41 untuk naik pangkat ke DG48 adalah 8 tahun
  • Pegawai gred DG44 untuk naik pangkat ke DG48 juga adalah 8 tahun
  • Pegawai gred DG48 untuk naik pangkat ke DG52 adalah 6 tahun
  • Pegawai gred DG52 untuk naik pangkat ke DG54 adalah 3 tahun

 

Maklumat Lanjut

 

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berhubung sistem ePangkat ini boleh diajukan kepada : 

 

Cawangan Naik Pangkat

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E12, Kompleks E

Putrajaya 

Emel : [email protected]

Telefon : 03-8884 7963 / 7863 / 7816