Mesin Jahit Singer Heavy Duty 4423
Mesin jahit telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian kita dan hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu mesin jahit. Ini kerana mesin jahit membantu kita menjahit pakaian, hiasan rumah, dan pelbagai projek kreatif lain. Dalam dunia mesin jahit, Singer Heavy Duty 4423 telah menjadi pilihan utama bagi mereka yang menghargai prestasi, ketahanan, dan kemudahan penggunaan.
Mesin Jahit Singer Heavy Duty 4432 ini sesuai untuk menjahit pelbagai jenis jahitan. Dilengkapi dengan enjin motor yang lebih kuat berbanding mesin jahit lain, anda boleh menjahit pelbagai jenis fabrik dengan mudah. Anda tidak perlu risau jika anda menghadapi kesukaran untuk menjahit kain yang tebal kerana mesin jahit ini membuktikan prestasi enjin yang hebat.
Mesin jahit ini merupakan pilihan yang tepat bagi semua tahap kemahiran menjahit, malah ianya juga sesuai untuk pemula. Dengan pemilihan jahitan yang mudah diakses, mesin jahit ini sesuai untuk pemula dan pengguna yang berpengalaman.
Dimensi Produk: 5.5 x 6.25 x 12 inci ( 39.4 x 15.9 x 30.5 cm )
Berat: 14.5 paun (6.53 kg)
Ciri utama
Mesin Jahit Singer Heavy Duty 4423 mempunyai dua dail besar di hadapan dan tiga di bahagian atas. Bagi seorang pemula, mesin ini mungkin akan kelihatan rumit, tetapi ia tidaklah terlalu sukar seperti yang anda sangkakan.
- Pemilih jahitan: Mesin ini mempunyai 23 jenis jahitan. Pengguna boleh memilih daripada 6 jahitan asas, 6 jahitan hiasan dan 10 jahitan hiasan.
- Pelaras panjang jahitan: Anda dapat menyesuaikan panjang jahitan ke 6mm.
- Pelaras lebar jahitan: Anda boleh laraskan lebar jahitan dan juga menggerakkan kedudukan jarum, membolehkan anda menyesuaikan lebar jahitan mengikut keperluan projek jahitan anda.
- Penetapan posisi jarum: Anda boleh menetapkan posisi jarum untuk menyesuaikan dengan jenis jahitan sama ada ke tengah, kiri atau kanan.
- Pelaras ketegangan. Anda boleh menukar ketegangan benang bergantung kepada projek jahitan.
Kelebihan Mesin Jahit Singer Heavy Duty 4423
- Fungsi needle threader automatik
Memasukkan benang ke jarum kadang kala boleh menjadi agak mencabar dan memakan masa. Dengan fungsi needle threader automatik ini, anda tidak perlu bimbang dengan masalah ini lagi kerana needle threader berfungsi untuk memudahkan benang masuk ke dalam jarum. Anda boleh menyemak manual pengguna atau tonton tutorial sebelum anda menggunakannya buat kali pertama.
- 23 tetapan jahitan boleh laras
Walaupun mesin jahit ini tidak mempunyai ciri yang ada di dalam model lain, tetapan 23 jahitan biasanya lebih daripada mencukupi untuk kebanyakan orang. Jahitan-jahitan yang boleh hilaraskan termasuk jahitan asas, regangan, hiasan, dan lubang butang. Ini membolehkan anda menjahit pelbagai projek seperti fesyen, hiasan rumah, selimut, kraf, dan banyak lagi. Anda juga boleh menukar panjang dan lebar jahitan mengikut keperluan anda.
- Jahitan berkelajuan tinggi
Mesin jahit ini boleh menghasilkan lebih daripada 1,100 jahitan dalam masa seminit, iaitu dua kali ganda lebih laju berbanding mesin jahit yang lain. Anda dapat menyelesaikan projek-projek jahitan dengan lebih cepat dan efisien. Mengawal kelajuan dengan pedal kaki boleh menjadi agak sukar pada mulanya, tetapi, lama-kelamaan anda akan menjadi profesional dalam masa yang singkat.
- Pelarasan tekanan tapak pedal
Bergantung dengan projek jahitan yang anda ingin selesaikan, anda boleh laraskan tekanan pada tapak pedal. Ini memudahkan kerja jika anda perlu melaraskan tekanan berulang kali bergantung kepada projek jahitan anda.
Aksesori Mesin Jahit Singer Heavy Duty 4423
Mesin jahit ini didatangkan dengan banyak aksesori tambahan termasuklah:
- Tapak mesin jahit multifungsi
- Tapak zip
- Tapak lubang butang
- Pencantas benang
- Pin spool
- Jarum Singer 4423
- Penutup habuk lembut
Dengan bantuan aksesori, anda dapat menyelesaikan kerja jahitan anda dengan mudah dan kemas. Selain dapat digunakan untuk mesin jahit Heavy Duty 4423, aksesori-aksesori ini juga sesuai digunakan untuk kebanyakan mesin jahit Singer yang lain.
Dengan keupayaannya yang luar biasa untuk menangani projek jahitan yang pelbagai, Mesin Jahit Singer Heavy Duty 4423 adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mengutamakan kecekapan. Kombinasi daya tahan, kelajuan, dan kemudahan penggunaan menjadikan mesin jahit ini menjadi pendamping setia bagi para penjahit.