Cara Setting APN Digi 4G
Setiap telefon pintar memerlukan konfigurasi yang membolehkan rangkaian dihubungkan dengan kemudahan internet, GPRS, 3G dan juga 4G. Ia memerlukan penetapan Access Point Name (APN) dilakukan pada setiap telefon pintar yang memerlukan penyambungan internet. Penetapan APN ini bergantung kepada jenis talian yang sedang digunakan oleh pemilik telefon pintar pelbagai jenis termasuklah Asus, Android Xiami, iPhone dan banyak lagi.
APN ini adalah penting kerana ia akan menentukan samada telefon pintar anda dapat disambungkan ke talian internet dengan betul atau sebaliknya. APN Digi merupakan penetapan internet yang dikendalikan oleh Digi bagi memudahkan rangkaian internet, 3G, 4G dan GPRS. Sekiranya anda tidak membuat penetapan APN di telefon pintar anda, maka talian internet tidak dapat digunakan. Walau bagaimana pun, penetapan APN boleh ditetapkan secara automatik, namun ia juga boleh ditetapkan secara manual sekiranya penetapan secara automatik tidak berlaku.
Jika anda ingin membuat penetapan APN Digi, berikut merupakan cara mudah untuk membuat penetapan dan boleh dilakukan di rumah sahaja tanpa perlu mendapatkan bantuan dari kaunter Customer Service Digi.
Cara membuat penetapan APN Digi yang menggunakan android adalah seperti berikut :
- Buka telefon android anda dan pergi ke menu setting
- Pilih menu Mobile Network Setting
- Kemudian, cari Access Point Names
- Sekiranya anda menggunakan telefon android dual sim, pilih simcard Digi sebelum membuat penetapan APN
- Buat penetapan APN Digi seperti nama dan sebagainya
- Anda juga boleh mendapatkan konfigurasi secara automatik dengan hanya klik pada pilihan ‘reset to default’ pada menu APN
Berikut merupakan penetapan APN yang dilakukan secara default oleh Digi sebaik sahaja anda menggunakan kad sim Digi di telefon pintar anda. Walau bagaimana pun, sekiranya tetapan APN Digi tidak berlaku secara automatik, anda hanya perlu memasukkan maklumat seperti di bawah bagi membuat tetapan APN Digi anda.
- Name: DiGi Internet
- APN: diginet
- Proxy:
- Port:
- Username:
- Password:
- Server:
- MMSC: http://mms.digi.com.my/servlets/mms
- MMS Proxy: 203.092.128.160
- MMS Port: 80
- MCC: 502
- MNC: 16
- Authentication type:
- APN Type: Internet + MMS
- APN Protocol : IP4
Syarat Menggunakan APN Digi
Sebelum anda membuat tetapan APN Digi, pastikan telefon pintar anda mempunyai ciri – ciri berikut :
- Kad sim yang digunakan merupakan kad sim 4G LTE. Anda boleh menghantar SMS untuk menyemak status kad sim yang digunakan. Contoh, SMS LTE dan hanter ke 20000. Sistem akan memaklumkan jenis kad sim yang digunakan.
- Menggunakan telefon pintar yang menyokong penggunaan 4G.
- Mestilah berada di dalam lingkungan kawasan 4G LTE.
Tetapan APN yang betul membolehkan penggunaan internet yang lebih stabil dan laju. Pastikan tetapan APN dibuat sebaik sahaja kad sim aktif di telefon pintar anda.
Tutorial Setting APN Digi