i-Sinar KWSP
Bayaran Fasa 1 i-Sinar
Tarikh pembayaran i-Sinar bergantung kepada akaun. Untuk menyemak tarikh pembayaran, anda boleh mengunakan i-akaun versi web. Masuk ke bahagian Withdrawal- > Withdrawal History kemudian pilih i-Sinar.
Semakan i-Sinar
Semakan untuk permohonan Kategori 1, boleh dibuat mulai 4 Januari 2021. Penguna perlu masukkan maklumat yang dibuat semasa pendaftaran untuk membuat semakan.
Kelayakan i-Sinar KWSP
I-Sinar kini dibuka kepada semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 seperti mana yang diumumkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Pengeluaran wang caruman menerusi i-Sinar dibuka kepada 8 juta ahli aktif yang layak memohon. Keputusan ini disambut baik oleh sebilangan besar rakyat Malaysia yang sememangnya sangat menantikan berita baik ini. Sebelum membuat permohonan, ahli KWSP perlu memenuhi syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh KWSP.
Syarat Kelayakan Pengeluaran Akaun 1 KWSP
Terdapat 3 syarat kelayakan bagi membuat pengeluaran Akaun 1 KWSP iaitu seperti berikut:
- Ahli telah kehilangan pekerjaan
- Ahli telah diberikan cuti tanpa gaji
- Ahli telah kehilangan sumber pendapatan sepanjang pandemik Covid-19
Syarat Permohonan I-Sinar
Permohonan i-Sinar boleh dibuat mulai 21 Disember 2020 melalui portal rasmi i-Sinar dan mestilah memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Pemohon berumur 55 tahun dan ke bawah
- Pemohon telah diberhentikan kerja atau diberikan cuti tanpa gaji
- Merupakan ahli KWSP yang masih aktif iaitu mempunyai caruman sekurang – kurangnya 1 bulan mulai Mac 2019 hingga Februari 2020
- Tidak mencarum dalam tempoh 2 bulan semasa membuat permohonan
Setiap permohonan mestilah memenuhi salah satu kategori berikut :
Kategori 1
Pemohon adalah terdiri dari mereka yang bekerja sendiri, bekerja di sektor formal, ekonomi gig GrabCar, GrabFood, Foodpanda, Lalamove dan lain-lain, pemohon yang telah lama tidak mencarum, telah kehilangan pekerjaan, seorang suri rumah atau pekerja yang diberikan notis cuti tanpa gaji.
Syarat dan Kriteria Kelayakan
- Ahli tidak mempunyai caruman KWSP sekurang – kurangngya 2 bulan berturut semasa permohonan; atau
- Ahli masih bekerja tetapi gaji pokok telah dipotong dari 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
Cara Membuat Permohonan
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 21 Disember 2020 di laman web rasmi https://isinar.kwsp.gov.my
- Kelulusan adalah berdasarkan maklumat yang terdapat dalam pangkalan data KWSP dan ianya akan diberikan secara automatik sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan
- Tiada sebarang dokumen diperlukan bagi permohonan pengeluaran i-Sinar ini
- Ahli yang layak akan menerima pembayaran mulai pertengahan tahun 2021
Kategori 2
CARA MUAT NAIK DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR (KATEGORI 2) BAGI PERMOHONAN BAHARU
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun mengumumkan skim i-Sinar yang membolehkan para pencarum KWSP membuat pengeluaran wang simpanan berdasarkan dua kategori yang berbeza. Kategori 1 merupakan pencarum yang berada di sektor gig, formal, bekerja sendiri atau ahli yang sudah lama tiada caruman, kehilangan pekerjaan, suri rumah atau yang telah diberi notis cuti tanpa gaji. Pengeluaran bagi kategori 1 ini boleh dibuat mulai bulan Januari 2021.
Bagi kategori 2 pula, ia melibatkan pencarum yang masih bekerja tetapi pendapatan bulanan telah berkurangan sebanyak 30 peratus dan ke atas. Setiap permohonan perlu disertakan dengan dokumen sokongan sebagai bukti pengesahan seperti slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan., notis pemotongan elaun kerja lebih masa, penyata bank atau surat pengesahan majikan. Status permohonan hanya akan diketahui dalam masa dua hingga tiga minggu setelah permohonan dibuat dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh enam bulan.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BAHARU i-SINAR KATEGORI 2
Permohonan bagi kategori 2 perlu disertakan dokumen sokongan berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
- Notis pemotongan atau pemberhentian elaun dan /atau tuntutan kerja lebih masa
- Sebarang dokumen sokongan lain samada penyata bank atau surat pengesahan majikan
CARA MEMUAT NAIK DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR (KATEGORI 2)
- Layari portal rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my
- Masukkan jumlah pendapatan sebelum pengurangan (jumlah keseluruhan tidak termasuk nilai bonus)
- Tekan butang Pilih Fail dan pilih dokumen Slip Gaji nilai tertinggi sebelum pengurangan
- Tekan butang Tambah Fail untuk menambah ruangan muat naik
- Masukkan nilai pendapatan selepas pengurangan (jumlah keseluruhan tidak termasuk nilai bonus)
- Tekan butang Pilih Fail dan pilih dokumen Slip Gaji nilai tertinggi selepas pengurangan
- Tekan butang Tambah Fail untuk menambah ruangan muat naik
- Tekan butang Pilih Fail untuk muat naik dokumen sokongan
- Tekan butang Tambah Fail untuk menambah ruangan muat naik
- Tekan butang Teruskan untuk menyambung proses permohonan
- Semua dokumen boleh dimuat naik ke dalam sistem mulai 11 Januari 2021
- Salinan dokumen boleh diambil menggunakan telefon pintar tetapi mestilah terang dan boleh dibaca
Setiap permohonan i-Sinar bagi kategori 2 ini akan dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak KWSP bagi membantu ahli yang terjejas dari segi kewangan semasa pandemic Covid 19 yang melanda. Pihak KWSP sedar bahawa ahli KWSP yang membuat permohonan skim i-Sinar memiliki situasi kes yang berbeza dan sedaya upaya akan membantu serta memastikan golongan ini dibantu tanpa sebarang diskriminasi.
Maklumat Lanjut
Hubungi talian hotline di 03-8922 4848 untuk sebarang maklumat lanjut (waktu operasi mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat hari bekerja)
Pemohon terdiri dari ahli yang masih bekerja namun telah mengalami pengurangan gaji bulanan sebanyak 30% dan ke atas termasuklah gaji, elaun serta tuntutan kerja lebih masa selepas 1 Mac 2020. Pengurangan gaji ini hanya boleh disahkan melalui dokumen yang diberikan.
Dokumen Sokongan
Bagi pemohon Kategori 2, beberapa dokumen perlu disertakan sebagai tujuan pengesahan bagi melancarkan proses permohonan. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Slip gaji selepas pengurangan pendapatan dan slip gaji sebelum pengurangan; dan
- Notis pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa atau notis pemberhentian kerja
- Sekiranya dokumen tersebut tidak dapat dikemukakan, dokumen – dokumen lain seperti surat pengesahan majikan atau penyata bank akan juga diberi pertimbangan
Cara Membuat Permohonan
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 11 Januari 2021 di laman web rasmi https://isinar.kwsp.gov.my
- Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam tempoh dua hingga tiga minggu setelah permohonan dibuat
- Ahli yang layak dan telah mendapat kelulusan akan menerima pembayaran sebelum akhir bulan berikutnya
Jumlah Kelayakan i-Sinar
Setiap pengeluaran i-Sinar menerusi Akaun 1 KWSP adalah berdasarkan butiran seperti berikut :
- Bagi ahli yang mempunyai baki caruman sebanyak RM 100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga RM 10,000 (maksima). Pembayaran akan dibuat dalam tempoh enam (6) secara berperingkat dengan bayaran pertama berjumlah RM 5,000 (maksima).
- Bagi ahli yang mempunyai baki melebihi RM 100,000 dalam Akaun 1 dibenarkan membuat pengeluaran maksima dari Akaun 1 sebanyak 10% atau RM 60,000 (yang mana lebih rendah). Pembayaran akan dibuat dalam tempoh enam (6) secara berperingkat dengan bayaran pertama berjumlah RM 10,000 (maksima).
I-Sinar ini membolehkan 2 juta ahli KWSP membuat pengeluaran wang simpanan caruman dengan anggaran sebanyak RM 14 bilion untuk ahli yang layak. Ahli KWSP yang telah membuat pengeluaran perlu mencarum semula 100% ke Akaun 1 sebaik sahaja telah mendapat pekerjaan sehingga amaun pendahuluan yang diterima diganti semula. Peratusan caruman akan kembali kepada asal iaitu sebanyak 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2 dan ianya merupakan langkah terbaik sebagai simpanan hari tua, namun ianya perlu diseimbangkan dengan situasi semasa serta kepentingan masa hadapan.
Ahli KWSP sebaiknya mendapatkan nasihat kewangan daripada Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menentukan jumlah wang yang diperlukan di bawah program i-Sinar. Ia bagi memastikan wang simpanan caruman KWSP mencukupi untuk simpanan pada masa akan datang setelah berinjak ke alam persaraan bagi memastikan kelangsungan hidup tidak terjejas.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi pejabat KWSP di talian 03-8922 6000.