.

Cara Tukar Transfer Limit Maybank2u Online Banking

Sistem perbankan online menjadi pilihan orang ramai pada zaman ini dan ianya sangat popular kerana sangat mudah digunakan. Hampir semua bank termasuk Maybank telah memperkenalkan sistem perbankan dalam talian iaitu Maybank2u yang memudahkan transaksi kewangan harian pelanggan. Melalui Maybank2u pelanggan boleh menjimatkan masa melaksanakan transaksi berikut :

  • Menyemak baki akaun bank
  • Pembayaran bil, sewa beli kereta, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi 
  • Pemindahan wang ke akaun ketiga dan sebagainya

 

Bagi pemindahan wang ke akaun ketiga, kadang kala pelanggan tidak berjaya memindahkan sejumlah wang yang agak besar. Ini kerana had transaksi yang pernah ditetapkan suatu tika dahulu agak rendah. Oleh yang demikian, pelanggan perlu menukar had transaksi terlebih dahulu sebelum membuat pindahan wang.

 

Had Transaksi Maybank2u

Had transaksi Maybank2u adalah berdasarkan jenis perkhidmatan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pindahan wang Ke Akaun Pihak Ketiga (3rd Party Transfer) – RM 3,000.00
  • Pindahan Wang Antara Bank GIRO (Instant Interbank Transfer) – RM 3,000.00
  • Pindahan Telegrafik Asing (Foreign Telegraphic Transfer) – RM 10,000.00
  • Pindahan DuitNow (DuitNow Transfer) – RM 3,000.00

 

Walau bagaimana pun, pelanggan boleh menukar had transaksi pindahan wang melalui dua cara samada menggunakan Maybank2u Classic atau Maybank2u terbaru.

 

Cara Menukar Had Transaksi Maybank (Maybank2u Classic)

Berikut merupakan cara menukar had transaksi pindahan wang menggunakan Maybank2u Classic :

 

  1. Layari laman web Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do dan klik butang Back To The Classic Maybank2u
  2. Log masuk ke akaun menggunakan username anda dan tekan butang Next
  3. Sahkan gambar dan Security Phrase yang tertera, kemudian tekan butang Yes
  4. Masukkan kata laluan dan tekan butang Login
  5. Skrin akan memaparkan akaun Maybank2U anda dan klik pada Accounts & Banking di bahagian atas
  6. Kemudian, tekan butang Transfers yang berada di sebelah kiri skrin
  7. Scroll ke bawah dan tekan butang Transaction Limit Maintenance
  8. Anda boleh menukar had transaksi untuk lima jenis pindahan, iaitu:
    • 3rd Party Transfer
    • Interbank GIRO Transfer
    • Instant Interbank Transfer
    • Foreign Telegraphic Transfer
    • DuitNow Transfer
  9. Tetapkan had transaksi yang anda inginkan mengikut jenis pindahan satu persatu sehingga selesai. Ulangi proses yang sama sekiranya ingin menukar had transaksi untuk jenis pindahan yang lain.
  10. Contoh : Jika  anda ingin menukar had transaksi untuk Pindahan Wang Ke Akaun Pihak Ketiga (3rd Party Transfer), klik pada pada servis ini. Kemudian, tekan drop-down menu dan pilih jumlah had transaksi yang diinginkan.
  11. Tekan butang Continue dan dapatkan nombor TAC sebagai pengesahan penukaran had transaksi ini
  12. Kemudian, tekan butang Request for TAC dan anda akan menerima nombor TAC melalui SMS di telefon bimbit anda
  13. Masukkan nombor TAC di ruangan yang disediakan, kemudian tekan butang Confirm
  14. Penukaran had transaksi anda telah selesai dan berjaya dilakukan

 

Cara Menukar Had Transaksi Maybank (Maybank2u New)

Berikut merupakan cara menukar had transaksi pindahan wang menggunakan Maybank2u New :

    1. Layari laman web Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do 
  • Log masuk ke akaun menggunakan username anda dan tekan enter
  1. Sahkan gambar dan Security Phrase yang dipaparkan adalah milik anda
  2. Tekan butang Yes jika betul, kemudian masukkan kata laluan dan tekan butang Login 
  3. Skrin utama Maybank2u akan dipaparkan dan tekan butang Settings yang berada di bahagian atas kiri skrin
  4. Klik pada tab Pay & Transfer dan tekan butang Transfer Limit
  5. Anda boleh membuat penukaran had transaksi untuk tujuh jenis pindahan, iaitu:
    • 3rd Party Transfer
    • Interbank GIRO Transfer
    • Instant Interbank Transfer
    • Foreign Telegraphic Transfer
    • DuitNow Transfer
    • ASNB Own Account Transfer
    • ASNB 3rd Party Transfer
  1. Tetapkan had transaksi yang anda inginkan mengikut jenis pindahan satu persatu sehingga selesai. Ulangi proses yang sama sekiranya ingin menukar had transaksi untuk jenis pindahan yang lain.
  1. Contoh : Jika ingin menukar had transaksi untuk Pindahan Wang Ke Akaun Pihak Ketiga, tekan ikon berbentuk pensel yang tertera. Kemudian, tekan drop-down menu  dan pilih jumlah had yang diinginkan
  2. Scroll ke bawah dan tekan butang Save Changes setelah selesai menukar had transaksi pindahan 
  3. Tekan butang Request Tac bagi mendapatkan nombor TAC dan nombor TAC akan dihantar melalui SMS di telefon bimbit anda 
  4. Masukkan nombor TAC di ruangan yang disediakan dan tekan butang Confirm
  5. Penukaran had transaksi anda telah berjaya dan sekiranya anda ingin melakukan penukaran had transaksi untuk jenis pindahan lain, anda perlu melakukan langkah yang sama sehingga selesai.