.

Cara Membuat Semakan Status i-Sinar

Berikutan pandemic Covid-19, ramai yang telah kehilangan sumber pendapatan. Oleh itu, pihak kerajaan telah membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) untuk mengeluarkan wang caruman akaun 1 bagi menampung keperluan seharian yang terjejas dengan pandemic ini. Ahli KWSP dibenar membuat pengeluaran antara RM 10,000 hingga RM 60,000, walau bagaimana pun ianya bergantung kepada baki yang terdapat dalam akaun 1 KWSP ahli. Pengeluaran wang caruman dari akaun 1 ini boleh dilakukan melalui i-Sinar yang diperkenalkan oleh KWSP dan permohonan pengeluaran boleh dibuat secara online mulai 21 Disember 2020.

Semakan status permohonan i-Sinar hanya boleh dilakukan mulai 4 Januari 2021. Ia boleh disemak melalui dua cara iaitu melalui portal i-Sinar dan juga portal i-Akaun KWSP ahli.

Semakan Melalui Portal i-Sinar

Untuk membuat semakan melalui portal i-Sinar, hanya lakukan beberapa langkah mudah berikut :

  • Layari portal rasmi i-Sinar KWSP di https://isinar.kwsp.gov.my
  • Klik butang Semak Status
  • Masukkan nombor kad pengenalan serta makluman lain jika diperlukan
  • Klik butang ‘Saya Bukan Robot’ dan klik butang Semak
  • Status permohonan akan dipaparkan samada lulus atau gagal
  • Sekiranya lulus, skrin akan memaparkan tarikh serta jumlah bayaran i-Sinar

 

Semakan Melalui i-Akaun KWSP

  • Layari portal rasmi i-Akaun KWSP di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  • Log ke akaun ahli 
  • Klik peti mesej atau inbox untuk membaca mesej yang diterima
  • Status permohonan anda akan dimaklumkan samada sedang diproses atau lulus
  • Tarikh dan jumlah bayaran i-Sinar KWSP akan dipaparkan

 

Status Permohonan

Terdapat empat status permohonan i-Sinar iaitu seperti berikut :

 

  1. Permohonan Diterima
  • Permohonan adalah kategori permohonan baru dan sedang diproses serta dalam penilaian untuk kelulusan berdasarkan kelayakan

 

  1. Permohonan Dalam Proses
  • Permohonan sedang diproses dan disemak berdasarkan kelayakan permohonan

 

  1. Permohonan Diluluskan
  • Permohonan diluluskan dan bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh yang diumumkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan

 

  1. Permohonan Gagal
  • Permohonan adalah tidak berjaya/gagal dan permohonan rayuan/baru boleh dilakukan secara online
  • Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan punca kegagalan, pemohon boleh menghubungi pihak KWSP

 

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat yang diperlukan boleh diperolehi dengan menghubungi i-Sinar di talian hotline 03-8922 4848 (waktu pejabat).