.

Cara Mendaftar Foodpanda Rider

Pada hari ini, ramai yang telah mengenali Foodpanda dan ianya telah beroperasi di 40 buah negara serta wilayah. Foodpanda merupakan sebuah perkhidmatan penghantaran makanan dan ianya bermula dari Berlin, Jerman. Pelanggan boleh membuat pilihan menu dari restoran kegemaran hanya melalui aplikasi yang boleh dimuat turun ke telefon bimbit masing – masing. Pastinya orang ramai tidak lagi perlu ke restoran untuk menikmati hidangan yang diinginkan. 

Foodpanda juga menyediakan peluang pekerjaan kepada individu yang memerlukan. Sebagai Foodpanda Rider, anda boleh memilih jadual waktu bekerja mengikut kesesuaian dan ini antara kelebihan yang boleh dinikmati sekiranya menyertai rangkaian Foodpanda. Malah, anda juga boleh melakukannya secara separuh masa atau sepenuh masa. Selain boleh menambah pendapatan, Foodpanda Rider juga dapat menambah kenalan baru antara satu sama lain. 

 

Cara Mendaftar Foodpanda Rider

Bagi yang berminat menjadi FoodPanda Rider, anda boleh membuat permohonan seperti di bawah :

 

  • Layari laman web http://rider.foodpanda.my
  • Pilih lokasi bandar anda
  • Pada ruangan Your Vehicle, pilih jenis penghantaran sama ada menggunakan motosikal, berjalan kaki atau menunggang basikal
  • Klik butang MOHON SEKARANG
  • Masukkan Nama dan Nama Bapa, Telefon bimbit serta alamat emel
  • Sila jawab empat soalan yang dipaparkan
  • Klik pada kotak sekiranya anda bersetju dengan terma dan syarat yang ditetapkan
  • Klik butang Hantar
  • Satu SMS akan dihantar ke telefon bimbit dan meminta anda hadir ke pejabat untuk mendengar taklimat ringkas
  • Sesi latihan praktikal akan diadakan bersama pekerja senior tentang mengendalikan pesanan serta membuat penghantaran
  • Anda boleh mendapatkan ID serta kata laluan melalui aplikasi foodpanda sekiranya tiada sebarang masalah setelah tamat sesi latihan
  • Foodpanda akan memberikan kelengkapan penghantaran seperti beg foodpanda, t-shirt rasmi serta beg termos bagi membuat penghantaran makanan

 

Kelebihan Menjadi Rider Foodpanda  

  • Masa yang fleksibel (jadual bekerja mengikut pilihan anda) 
  • Menerokai lokasi baru (penghantar ke lokasi berbeza termasuklah kawasan perumahan kos rendah, sederhana, mewah serta pejabat kerajaan dan swasta)
  • Perhubungan yang terjalin antara rider begitu teguh  
  • Pelbagai program diwujudkan bersama komuniti seperi Ride Amal dan lain-lain

 

Kadar Bayaran Sejam

Rider Foodpanda dibayar pada setiap hari Selasa dengan kadar minima antara RM 5 hingga RM 6 sejam. Kadar pendapatan sejam akan meningkat kepada RM 7 sekiranya telah cukup 3 bulan bekerja dan setelah genap 6 bulan bekerja, kadar gaji sejam akan meningkat antara RM 7.50 hingga RM 8.50 sejam. Rider juga akan diberikan tips sebanyak RM 3 bagi setiap penghantaran.