.

Daftar Akaun Tabung Haji Online

Tabung Haji bukan sahaja bertanggungjawab menguruskan simpanan umat Islam di Malaysia, malah bertanggungjawab memastikan setiap urusan ibadah haji yang bakal dilaksanakan di Mekah diurustadbir dengan baik. Antara peranan dan tanggungjawab yang diuruskan oleh institusi ini adalah seperti berikut :

 

  • Membuat pelaburan dalam bidang yang halal, selamat serta berhemat
  • Menguruskan urusan passport dan visa haji
  • Menguruskan pengangkutan sepanjang masa menunaikan ibadah haji
  • Menguruskan penginapan dengan baik di Mekah, Madinah, Mina serta Arafah
  • Penjagaan kesihatan umat Islam sepanjang mengerjakan ibadah haji
  • Memberi bimbingan serta tunjuk ajar sepanjang menunaikan ibadah haji

Sebelum seseorang individu boleh mendaftar untuk mengerjakan haji, mereka perlu terlebih dahulu membuka akaun simpanan Tabung Haji. Proses membuka akaun sangat mudah dan boleh dilakukan di mana – mana cawangan kaunter Tabung Haji. Akaun Tabung Haji boleh didaftarkan oleh sesiapa sahaja dengan syarat mestilah beragama Islam, waras dan merupakan warganegara Malaysia.

Kategori Akaun Simpanan

Terdapat dua kategori akaun simpanan Tabung Haji iaitu :

  1. Akaun Dewasa 
  • Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Membawa kad pengenalan atau MyKAD

 

  1. Akaun Kanak – Kanak
  • Berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Akaun didaftarkan oleh penjaga yang sah
  • Penjaga mestilah merupakan warganegara Malaysia dan memiliki akaun Tabung Haji
  • Membawa sijil kelahiran / MyKID / MyKAD
  • Penjaga dinasihatkan untuk menukar status akaun kanak – kanak kepada akaun dewasa setelah anak berusia melebihi 18 tahun

 

Cara Daftar Tabung Haji Online

Tabung Haji juga telah memperkenalkan beberapa perkhidmatan baru yang lebih memudahkan para pendeposit melakukan pelbagai urusan Tabung Haji. Sistem THiJARI merupakan sistem online yang ditawarkan buat para pendeposit Tabung Haji. Antara perkhidmatan yang boleh dilakukan menggunakan sistem ini adalah seperti berikut :

  1. Urusan Simpanan dan Pengeluaran
  • Membuat semakan berkaitan butiran akaun, rekod transaksi, baki akau serta melakukan pindahan wang simpanan dari akaun TH ke akaun TH pihak ketiga
  • Mengemaskini maklumat profil pelanggan
  • Memuat turun dan mencetak penyata akaun serta membuat penetapan akaun kegemaran

 

  1. Urusan Haji
  • Membuat semakan status pendaftaran serta memuat turun slip pendaftaran Haji
  • Boleh menyemak surat tawaran serta semakan status tawaran Haji secara online
  • Menyemak serta memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik
  • Membuat semakan lokasi serta tarik kursusu dan boleh memuat turun nota Kursus Asas Haji

 

  1. Kelab Taha/TAHA@U
  • Pendaftaran TAHA@U / Kelab Taha boleh dilakukan melalui THiJARI termasuklah semakan status pendaftaran, e-kad keahlian kelab dan semakan senarai Rakan Kelab Taha

Cara Mendaftar Akaun Tabung Haji Online Menggunakan THiJARI

Setiap pendeposit perlu mengemaskini segala maklumat ahli terlebih dahulu termasuklah maklumat nombor telefon bimbit di cawangan kaunter Tabung Haji yang berhampiran. Nombor pengesahan atau nombor TAC akan dihantar melalui nombor telefon yang telah didaftarkan. Sekiranya pengemaskinian maklumat telah dibuat, pendeposit boleh menggunakan perkhidmatan THiJARI ini tanpa perlu ke kaunter Tabung Haji.

  1. Layari laman web di http://www.thijari.com.my
  2. Daftar nombor kad pengenalan serta nombor akaun Tabung Haji
  3. Masukkan nombor telefon bimbit
  4. Semak dan sahkan maklumat nombor kad pengenalan, nombor akaun Tabung Haji dan nombor telefon bimbit yang telah dimasukkan
  5. Isikan dan daftar butiran nama ID, kata laluan, nama pengguna dan negeri terkini
  6. Tandakan pada kotak Terima Terma & Syarat
  7. Anda telah berjaya mendaftar sebagai pengguna THiJARI
  8. Setelah selesai membuat pendaftaran, log masuk ke sistem THiJARI dengan memasukkan ID pengguna dan kata laluan yang sah

Pelanggan Tabung Haji boleh membuat sebarang pertanyaan mengenai sistem THiJARI ini di mana – mana cawangan kaunter berhampiran atau menghubungi talian 03 – 6207 1919 atau faks di nombor 03 – 7728 4959 serta emel di [email protected]. Penambahbaikan sistem penyampaian Tabung Haji ini memberi kemudahan yang lebih baik kepada para pelanggan mereka. Sebarang urusan yang berkaitan tidak lagi memerlukan pelanggan untuk datang ke kaunter cawangan, malah urusan simpanan serta pengeluaran boleh dilakukan secara atas talian sahaja.