.

Cara transfer kredit Digi

Digi adalah antara syarikat telekomunikasi di Malaysia yang terkenal dengan pelbagai perkhidmatan. Ia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan panggilan dan SMS, malah turut menyediakan perkhidmatan lain seperti Talktime Advance, Talktime Request dan Talktime Transfer. Kesemua perkhidmatan yang disediakan adalah sangat penting dan sangat menjadi keperluan adalah Talktime Transfer.

Pengguna Digi boleh mendapatkan kredit dari pengguna Digi yang lain dengan hanya membuat permintaan melalui Talktime Request dan menerima kredit tersebut melalui perkhidmatan Talktime Transfer. Perkhidmatan ini boleh dilakukan antara pengguna plan prabayar Digi ke pengguna plan prabayar Digi lain atau pengguna plan pascabayar Digi ke pengguna plan pascabayar Digi lain. Namun, ia tidak boleh dilakukan dari plan Digi prabayar ke pengguna Digi pascabayar. Proses pindahan kredit juga sangat mudah dilakukan tanpa memerlukan prosedur yang rumit. Bagi yang tidak tahu cara untuk transfer kredit, berikut disediakan langkah – langkah untuk melakukannya.

Info access

Cara transfer kredit Digi ke pengguna Digi lain yang berada di dalam Malaysia adalah seperti berikut :

  1. Dail nombor dan simbol *128# dan tekan butang Call
  2. Skrin menu dipaparkan, pilih My Account
  3. Kemudia, pilih Talktime Services
  4. Pilih dan tekan 1 untuk Talktime Transfer
  5. Pilih Transfer Option
  6. Masukkan nombor penerima dan tekan butang Send 

Digi tidak mengenakan sebarang caj keatas permintaan kredit dari pengguna Digi. Walau bagaimana pun, caj akan dikenakan sebanyak RM 0.50 kepada penghantar dan RM 0.25 kepada penerima sekiranya transaksi pindahan kredit berjaya dilakukan.

 

Digishare

Cara transfer kredit Digi menggunakan aplikasi Digi Share adalah seperti berikut:

  1. Login aplikasi MyDigi
  2. Klik menu dan klik Digi Share
  3. Pilih nombor penerima sedia ada, atau sekiranya nombor penerima tiada dalam senarai, klik butang + untuk menambah nombor penerima kredit
  4. Masukkan nama serta nombor telefon penerima kredit dan klik butang Simpan
  5. Pilih jumlah kredit yang ingin dihantar kepada penerima dan masukkan alamat emel, kemudian klik butang Isi Semula

Perkhidmatan transfer kredit ini tidak boleh dilakukan bagi pengguna plan prabayar samada Prepaid LiVE, Prepaid Easy, Prepaid Smart Plan dan juga Smart Prepaid. Oleh itu, perkhidmatan transfer kredit tidak boleh dilakukan sekiranya pelanggan menggunakan plan prabayar tersebut.

 

Cara membuat transfer kredit Digi ke pengguna Digi lain yang sedang berada di luar negara adalah seperti berikut :

  1. Taip TN <jarak> <kod negara><nombor telefon> dan hantar ke 2000 atau;
  2. Dail nombor *128*1*7# pilih Talktime Transfer International dan ikuti arahan seterusnya

Perkhidmatan ini juga tidak boleh dilakukan bagi plan Digi Easy Prepaid v3, Smart Prepaid dan Prepaid Live.

 

Plan prabayar seperti Prepaid LiVE, Prepaid Easy dan juga Prepaid Smart Plan tidak membenarkan perkhidmatan Talktime Transfer dilakukan sekiranya pengguna berada di luar negara. 

 

Sebelum membuat sebarang pindahan kredit, pengguna seharusnya menyemak terlebih dahulu plan prabayar yang sedang digunakan. Bagi menyemak jenis plan, pengguna boleh menyemaknya dengan cara berikut : 

  1. Dail nombor dan simbol *128#, kemudian tekan butang Call
  2. Pilih My Account
  3. Pilih Call Plan untuk mengetahui jenis plan yang dilanggan

Jumlah maksima yang boleh dipindahkan dalam sehari adalah sebanyak RM 15 atau 3 kali transaksi sahaja. Walau bagaimana pun, jumlah maksima dalam sebulan yang boleh dipindahkan adalah sebanyak RM 100.

 

Tempoh Sah Kredit

  1. RM 3   : tempoh sah 2 hari
  2. RM 5   : tempoh sah 2 hari
  3. RM 15 : tempoh sah 5 hari
  4. RM 25 : tempoh sah 7 hari

Pentingnya perkhidmatan Talktime Transfer ini tidak dapat disangkal lagi kerana seseorang  pengguna yang telah kehabisan kredit tidak boleh melakukan sebarang panggilan atau SMS sekiranya berlaku kecemasan atau sedang berada dalam zon kritikal. Malah, ketiadaan kedai atau kiosk untuk membuat isian semula juga pastinya menjadi beban serta kebuntuan. Dengan adanya perkhidmatan Talktime Transfer, pengguna boleh mendapatkan kredit talian dengan mudah iaitu dengan membuat permintaan terhadap pengguna Digi yang lain untuk berkongsi kredit. Cara ini sangat mudah serta pantas, lebih – lebih lagi ia sangat diperlukan ketika saat – saat kecemasan. Perkhidmatan ini boleh dilakukan pada bila – bila masa sahaja walau di mana berada.

Cara transfer video