.

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) telah memperkenalkan sistem aplikasi online iaitu i-Akaun untuk kegunaan ahli dan juga pihak majikan. Setiap ahli KWSP adalah disarankan memiliki serta menggunakan i-Akaun ini kerana ianya lebih memudahkan serta menjimatkan masa tanpa perlu hadir ke cawangan pejabat KWSP berhampiran untuk membuat sebarang urusan. Dengan adanya i-Akaun ini, ahli atau majikan boleh mengakses akaun menggunakan telefon bimbit lengkap dengan capaian internet di mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Bagi yang belum mendaftar i-Akaun, artikel ini akan menerangkan bagaimana untuk mendaftar i-Akaun dengan begitu mudah.

 

Syarat pendaftaran

Individu yang ingin membuat pendaftaran i-Akaun perlu memenuhi syarat pendaftaran seperti berikut :

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Merupakan seorang pencarum KWSP
  • Mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
  • Mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk menerima kod TAC
  • Majikan juga perlu mempunyai nombor KWSP yang sah

 

Kemaskini Nombor Telefon Sebelum Daftar i-Akaun

  • Setiap ahli KWSP perlu mengemaskini nombor telefon bimbit terkini, masih aktif dan boleh dihubungi oleh pihak KWSP
  • Nombor telefon bimbit tersebut juga akan digunakan bagi menerima kata laluan sementara serta kod TAC
  • Nombor telefon yang didaftarkan mestilah sama dengan nama ahli KWSP
  • Kod TAC bagi ahli yang terlupa ID Pengguna dan Kata Laluan akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan sah 

 

Cara Daftar dan Kemaskini Nombor Telefon

  • Kunjungi cawangan kaunter KWSP yang berhampiran; atau
  • Kunjungi cawangan kiosk KWSP; atau
  • Hubungi talian 03-89226000 (Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP) 
  • Waktu panggilan aktif adalah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Nombor telefon bimbit mestilah tidak lagi aktif dan dikemaskini dengan nombor terbaru

Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Emel

 

  • Layari portal rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my
  • Klik butang Daftar Sekarang Melalui Emel
  • Borang permohonan akan dimuat turun secara automatik
  • Anda juga boleh muat turun borang di Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli)_FINAL (kwsp.gov.my)
  • Rujuk panduan sebelum mengisi borang bagi memudahkan anda melengkapkan borang permohonan
  • Lengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui E-Mel dan ianya perlu diisi menggunakan tulisan bertaip
  • Setelah selesai mengisi borang permohonan dengan lengkap, sila imbas dan sertakan dokumen sokongan seperti berikut:
    1. Salinan kad pengenalan muka hadapan dan belakang
    2. Gambar selfie pemohon bersama kad pengenalan
    3. Bukti pemilik nombor telefon sebagai pengesahan seperti bil bulanan telefon, resit deposit dan sebagainya
    4. Sekiranya menggunakan akaun prepaid, sertakan gambar penyata nombor telefon yang tertera nama ahli
    5. Atau sertakan screenshot gambar login akaun menggunakan aplikasi samada Digi, Maxis, U Mobile dan Celcom
    6. Sertakan salinan penyata akaun bank yang terkini
  • Hantar borang pendaftaran i-Akaun melalui emel kepada  [email protected]
  • Ahli akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS sekiranya pendaftaran berjaya dilakukan 
  • ID Pengguna dan Kata Laluan ini akan digunakan untuk mengaktifkan i-Akaun ahli dan Kata Laluan ini perlu ditukarkan semula kepada kata laluan yang baharu

 

Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Kaunter 

  • Kunjungi pejabat / kaunter KWSP yang berhampiran
  • Dapatkan nombor giliran dan tunggu sehingga nombor dipanggil
  • Sebaik sahaja nombor dipanggil, anda boleh membuat pendaftaran i-Akaun di kaunter
  • Selepas pendaftaran, kata laluan sementara akan dihantar melalui SMS 
  • Proses pendaftaran seterusnya perlu melalui laman web rasmi KWSP seperti panduan di bawah 

 

Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online

  • Sebaik sahaja menerima kata laluan sementara melalui SMS, anda boleh menggunakan komputer yang disediakan di pejabat KWSP secara percuma untuk membuat pendaftaran i-Akaun
  • Anda juga boleh menggunakan komputer peribadi di rumah yang dipasangkan dengan rangkaian internet
  • Layari portal rasmi rasmi i-Akaun KWSP di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  • Masukkan No Ahli pada ruangan ID Pengguna dan klik butang Teruskan
  • Masukkan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik butang Log Masuk
  • Tanda pada kotak checkbox setelah membaca Terma & Syarat yang terpapar dan klik butang Seterusnya
  • Cipta ID Pengguna di ruangan ID Pengguna menggunakan gabungan alphanumerik 8-16 digit  
  • ID Pengguna hanya boleh diubah sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan
  • Cipta kata laluan semula yang baharu dengan gabungan alphanumeric 8 – 20 digit dan masukkan semula kata laluan tersebut untuk pengesahan  
  • Pilih Imej Online dan masukkan frasa rahsia dengan maksimum 10 aksara
  • Klik butang Seterusnya dan skrin akan memaparkan status pengaktifan akaun
  • Log masuk ke i-Akaun menggunakan ID Pengguna serta kata laluan yang telah berjaya didaftarkan

Kegunaan i-Akaun

  • Memudahkan membuat pengeluaran wang melalui e-Pengeluaran
  • Membuat pengeluaran i-Lestari (Akaun 2 KWSP)
  • Menyemak status permohonan pengeluaran serta sejarah pengeluaran
  • Menyemak penyata terkini akaun KWSP dan tahun sebelumnya
  • Mengira anggaran jumlah yang layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Memudahkan mengemaskini profil termasuk alamat surat menyurat
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun
  • Menyemak aktiviti transaksi KWSP terkini