.

Cara Pembayaran Zakat Selangor Online

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan kutipan serta agihan wang zakat yang diterima oleh ramai setelah kutipan melebihi RM 100 juta setahun melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS). Secara keseluruhannya, LZS ini memberi perkhidmatan yang menyeluruh serta berterusan terhadap orang ramai yang tergolong dalam kategori penerima zakat berlandaskan hukum syarak yang telah ditetapkan. Sejak 20 tahun yang lalu, LZS telah ditugaskan memegang amanah terhadap zakat yang diterima seterusnya memastikan pengagihan zakat disalurkan kepada penerima zakat yang betul dan tepat serta pengagihan yang dibuat adalah efisien serta berkesan.

 

Bagi masyarakat yang tinggal menetap serta bekerja di negeri Selangor, pembayaran zakat boleh dilakukan dengan mudah kerana terdapat banyak kaedah transaksi yang dibenarkan bagi membuat bayaran zakat.

 

Pembayaran zakat boleh dibuat melalui salah satu kaedah berikut :

  • eZakat Pay

  • Perbankan Internet

  • Cawangan Lembaga Zakat Selangor

  • Pejabat Pos

  • Kaunter Bank

  • Kad Kredit

  • Skim Berkat (Potongan Gaji)

  • SMS

  • Perbankan Telefon

  • Mesin ATM

  • Ejen Zakat Selangor

eZakat Pay

  • Ia merupakan sebuah platform yang menyediakan transaksi kewangan secara atas talian dan turut menghubungkan bank berdaftar bagi urusan pembayaran zakat kepada pihak LZS

  • Senarai bank yang berdaftar bagi pembayaran zakat online adalah seperti RHB Islamic Bank, AmBank, CIMB Bank, Bank Islam, OCBC Bank, Public Bank, Bank Rakyat, POS Online, HSBC Bank, Maybank dan Alliance Islamic Bank

  • Pembayaran secara online boleh dibuat oleh pengguna akaun bank samada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa 

  • Tiada sebarang pendaftaran diperlukan tetapi mestilah mempunyai akaun bank, ID pengguna dan kata laluan bagi membuat pembayaran online

  • Tiada sebarang caj tambahan dikenakan semasa membuat pembayaran, tetapi had minima pembayaran zakat adalah sebanyak RM 10 

  • Tiada sebarang aplikasi tambahan diperlukan untuk membuat pembayaran zakat, namun pihak MEPS turut menyediakan kemudahan seller plug-in yang merupakan perisian keselamatan dan diletakkan di portal rasmi LZS bagi menjamin keselamatan setiap pembayaran yang dilakukan

  • Pembayaran adalah secara real time online, iaitu setiap transaksi yang dilakukan dari bank pembayar akan dikreditkan terus ke akaun pembayar pada masa yang sama dan resit bayaran zakat pula akan diterima dalam tempoh 14 hari bekerja

Cara Menggunakan eZakat Pay

  • Log masuk ke portal eZakat Pay di https://fpx.zakatselangor.com.my/

  • Isi maklumat bayaran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, jenis zakat (fidyah puasa, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat simpanan, zakat saham, zakat kwsp, zakat emas, zakat perak, qadha zakat, zakat harta, zakat tanaman, zakat padi dan zakat ternakan)

  • Kemudian, klik butang seterusnya

  • Pilih salah satu kaedah pembayaran zakat samada menggunakan perbankan internet FPX, JomPAY, Touch n Go eWallet dan klik butang seterusnya

  • Skrin akan memaparkan maklumat yang telah dimasukkan yang terdiri dari nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, jenis zakat, jumlah zakat dan lafaz niat membayar zakat

  • Sekiranya maklumat yang dipaparkan adalah betul dan tepat, klik butang Bayar Sekarang untuk membuat pembayaran menggunakan salah satu kaedah bayaran

Pembayaran Menggunakan Perbankan Internet

  • Jika membuat pembayaran menggunakan sistem perbankan internet, pilih nama bank anda dan masukkan alamat emel di ruangan yang dikehendaki

  • Pastikan anda bersetuju dengan Terma dan Syarat FPX kemudian tekan butang Seterusnya

  • Pastikan maklumat yang dipaparkan adalah betul dan pastikan anda telah membaca niat membayar zakat yang dipaparkan

  • Klik butang Bayar Sekarang

  • Anda akan dibawa ke muka hadapan perbankan internet 

  • Log masuk ke akaun bank pilihan anda dan buat pembayaran mengikut jumlah yang telah dipaparkan pada skrin sebelumnya

  • Buat bayaran menggunakan sistem perbankan internet dan setelah selesai anda akan di bawa ke paparan skrin sebelumnya

  • Cetak resit bayaran sebagai rujukan pada masa akan datang

Pembayaran Menggunakan JomPAY

  • Jika anda membuat bayaran melalui JomPAY, anda akan menerima satu SMS dengan maklumat Biller Code dan Ref-1 untuk dimasukkan ke ruangan maklumat bayaran

  • Pastikan paparan maklumat yang tertera adalah betul dan klik butang Bayar Sekarang

  • Buat pembayaran menggunakan perbankan internet atau perkhidmatan perbankan mudah alih

  • Pilih menu bayaran (Pay Bill) dan seterusnya memilih JomPAY

  • Pastikan anda memasukkan maklumat Biller Code dan Ref-1 dan masukkan jumlah zakat dan teruskan transaksi sehingga selesai

  • Setelah selesai membuat pembayaran, anda boleh membuat semakan dengan hanya klik pada butang Semak Sekarang dan klik pada butang Tambah Bayaran sekiranya ingin membuat tambahan zakat

Pembayaran Menggunakan Touch N Go eWallet

  • Jika anda membuat pembayaran menggunakan Touch n Go eWallet,  pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat

  • Pastikan anda telah membaca niat membayar zakat yang dipaparkan dan klik butang Bayar Sekarang

  • Akan dibawa masuk ke akaun Touch N Go eWallet anda dan klik butang Pay sekiranya bersetuju untuk membuat pembayaran

  • Satu notifikasi pengesahan pembayaran akan dipaparkan sebaik sahaja anda selesai membuat bayaran

 

Cara Membuat Bayaran Zakat Melalui SMS (Bank Islam)

Pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui SMS yang begitu mudah serta alternatif terbaik yang lengkap serta komprehensif iaitu seperti berikut :

  • Ia hanya boleh dilakukan oleh pemegang akaun Bank Islam dan boleh dilakukan oleh mana – mana rangkaian perkhidmatan telefon bimbit samada 012, 013, 014, 016, 017 atau 019
  • Pastikan anda telah mendaftar perkhidmatan Bank Islam SMS di mana – mana rangkaian ATM Bank Islam
  • Tukar nombor PIN yang diterima pertama kali melalui SMS bagi tujuan keselamatan kod 
  • Taip mesej menggunakan SMS dengan memasukkan mesej seperti berikut : BPY<jarak><empat nombor terakhir akaun anda-1234><jarak><kod penerima bayaran-2504><jarak><jumlah bayaran><Kod PIN yang diterima melalui SMS>
  • Hantar mesej tersebut ke nombor 32462
  • Anda akan menerima satu SMS pengesahan mengenai pembayaran zakat yang telah dibuat

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkaitan pembayaran zakat Selangor secara online ini, anda boleh menghubungi talian Zakat Selangor bebas tol : 1-300-88-4343 atau hantarkan pertanyaan anda melalui faks di nombor 03-8925 5433.