.

Cara Isi eFiling

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan institusi yang bertanggungjawab membuat pungutan cukai negara dan setiap individu adalah wajib menghantar borang taksiran cukai pendapatan melalui sistem eFiling. Setiap individu perlu mengisi maklumat berkaitan jumlah pendapatan tahunan, pelepasan cukai, penolakan cukai dan rebet cukai. Sistem eFiling akan membuat pengiraan jumlah pendapatan bercukai serta jumlah cukai yang perlu dibayar oleh seseorang individu dan sistem ini menggantikan cara manual penghantaran borang cukai pendapatan yang terdahulu. Penggunaan sistem ini membolehkan pengguna menghantar maklumat tanpa perlu datang ke kaunter LHDN, namun sambungan internet adalah diperlukan. Bagi yang pertama kali mengisi eFiling ini dan tidak tahu bagaimana untuk mengisi borang eFiling, anda boleh mengikuti panduan yang terdapat di dalam artikel ini.

 

Syarat Mendaftar Melalui eDaftar

  • Setiap individu yang bekerja serta memperoleh pendapatan adalah layak dikenakan cukai
  • Mulai tahun 2015, setiap individu yang mempunyai gaji minimum sebanyak RM 34,000 setahun atau sekurang – kurangnya RM 2,833.33 sebulan (selepas potongan KWSP) adalah layak dikenakan cukai pendapatan
  • Pekerja yang dikenakan Potongan Cukai Berjadual (PCB)
  • Individu yang memiliki atau  menjalankan perniagaan kecil – kecilan / sendiri
  • Individu atau syarikat yang ingin menuntut bayaran balik kredit cukai yang telah kenakan daripada pendapatan dividen

 

Cara Daftar eFiling

Bagi yang pertama kali mengisi borang cukai taksiran pendapatan, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di eDaftar dan dapatkan nombor permohonan serta cipta Fail Cukai Pendapatan. 

 

  1. Langkah 1 – Isi borang permohonan di eDaftar

 

  1. Langkah 2 – Catat nombor permohonan
  • Anda akan diberikan nombor permohonan setelah selesai mengisi borang maklumat serta mengesahkan maklumat tersebut
  • Nombor ini digunakan bagi menyemak status permohonan dan catat nombor ini sebagai rujukan pada masa akan datang

 

  1. Langkah 3 – Muat naik dokumen sokongan
  • Warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan MyKad tidak perlu memuat naik salinan MyKad
  • Walau bagaimana pun, sekiranya memiliki serta menjalankan perniagaan kecil – kecilan, salinan dokumen perniagaan adalah perlu dimuat naik
  • Bagi bukan warganegara Malaysia, salinan passport dan dokumen perniagaan adalah perlu dimuat naik sekiranya menjalankan perniagaan sendiri

 

  1. Langkah 4 – Semak status pendaftaran
  • Anda boleh membuat semakan status pendaftaran anda di http://edaftar.hasil.gov.my/info.php
  • Sekiranya permohonan anda telah disahkan, anda akan menerima nombor PIN yang akan digunakan semasa proses mengisi eFiling

 

 

Cara Mengisi Maklumat eFiling, Penyerahan Borang Taksiran dan Pengiraan Cukai Pendapatan

Anda hanya perlu mengikuti panduan dan langkah – langkah berikut :

 

  1. Langkah 1 – Log masuk portal ez-HASil
  • Layari laman web eFiling atau ezHASil di laman web https://ez.hasil.gov.my/CI/
  • Sekiranya anda baru pertama kali log masuk, klik pada butang Login Kali Pertama dan masukkan nombor PIN yang telah diberikan. Ikuti langkah seterusnya sehingga anda memperolehi sijil digital
  • Setelah mendapat sijil digital, masukkan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan

 

  1. Langkah 2 – Pilih eBorang yang betul
  • Setelah log masuk, seterusnya anda akan dibawa ke senarai perkhidmatan yang terdapat dalam eFiling
  • Klik pada eBorang dan senarai borang cukai pendapatan akan dipaparkan seperti berikut: 

 

  1. e-E : Majikan
  2. e-BE : Individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan
  3. e-B : Individu warganegara Malaysia yang ada punca pendapatan perniagaan
  4. e-BT : Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia
  5. e-P : Perniagaan perkongsian
  6. e-M : Individu bukan warganegara Malaysia
  7. e-MT : Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia
  • Individu yang mempunyai pendapatan tanpa perniagaan perlu memilih borang e-BE dan pilih tahun taksiran semasa (taksiran cukai untuk tahun 2019 dilakukan pada tahun 2020)

 

  1. Langkah 3 – Menyemak maklumat diri
  • Semak maklumat yang dimasukkan pada Maklumat Diri dan pastikan ianya betul
  • Masukkan maklumat akaun bank dan nombor akaun yang tepat supaya lebihan bayaran cukai dikreditkan terus ke akaun bank
  • Sekiranya maklumat akaun bank tidak diberikan, lebihan bayaran cukai akan dibayar secara baucar

 

  1. Langkah 4 – Masukkan jumlah pendapatan tahunan\
  • Masukkan kesemua jumlah pendapatan yang diperolehi bagi tahun taksiran termasuklah:
  1. Gaji
  2. Dividen
  3. Sewa
  4. Faedah – daripada wang yang disimpan atau dilaburkan di mana-mana institusi
  5. Diskaun – Pendapatan daripada urus niaga pendiskaunan yang melibatkan bil perbendaharaan, bil pertukaran atau nota janji hutang
  6. Royalti – pendapatan daripada penggunaan hakcipta terpelihara @ paten. Jumlah pendapatan daripada royalti dikecualikan daripada cukai
  7. Premium – pendapatan premium seperti insuran
  8. Pencen – cukai hanya dikenakan pada mereka yang pencen awal (kurang daripada 55 tahun) atau mendapat lebih daripada 2 gaji pencen
  9. Anuiti – pendapatan daripada wasiat
  10. Bayaran Berkala Lain
  11. Sebarang perolehan dan keuntungan lain
  • Anda juga perlu menyatakan jumlah derma atau hadiah yang telah diluluskan dan diberi kepada organisasi yang diiktiraf oleh LHDN bagi mendapat pelepasan cukai seperti berikut :
  1. Hadiah wang kepada pihak berkuasa tempata / Kerajaan / Kerajaan Negeri 
  2. Hadiah wang kepada organisasi / institusi / tabung yang diluluskan
  3. Hadiah wang bagi aktiviti sukan
  4. Hadiah wang atau sumbangan kos bagi projek berkepentingan
  5. Hadiah lukisan, manusskrip atau artifak
  6. Hadiah kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan
  7. Sumbangan untuk kemudahan awam dan kepada orang kurang upaya
  8. Sumbangan untuk kos perubatan untuk mana – mana badan kesihatan
  9. Lukisan kepada balai seni

 

  • Jika majikan ada membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB), pastikan maklumat yang dinyatakan dalam Borang EA adalah betul
  • Sekiranya terdapat pendapatan tahunan yang lepas dan patut dikenakan cukai tetapi tidak diisytiharkan, ianya boleh diisytiharkan semula pada ruangan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan

 

  1. Langkah 5 – Maklumat berkenaan pelepasan cukai, pengecualian cukai dan rebat cukai
  • Masukkan jumlah perbelanjaan yang dibenarkan untuk pelepasan, pengecualian dan rebat cukai
  • Pastikan segala perbelanjaan yang diisytiharkan betul dan tepat untuk tahun taksiran
  • Resit atau bukti pembayaran perlu disimpan dengan baik

 

  1. Langkah 6 – Semak jumlah cukai yang perlu dibayar atau lebihan cukai
  • Pada ruangan Rumusan, sistem secara automatik akan membuat pengiraan cukai yang dikenakan, jumlah yang telah dibayar (PBC) dan cukai perlu bayar atau lebihan cukai untuk bayaran balik
  • Sekiranya cukai yang dikenakan lebih besar daripada PCC, anda tidak perlu membuat bayaran cukai bagi jumlah yang masih belum cukup
  • Sekiranya jumlah PCB lebih besar dari cukai yang dikenakan, maka pihak LHDN akan membuat bayaran balik semula kepada anda bagi lebihan cukai yang dibayar

 

  1. Langkah 7 – Mengesahkan borang taksiran
  • Anda hanya perlua menekan butang Tandatangan & Hantar sekiranya telah berpuas hati dengan segala maklumat yang telah dimasukkan
  • Setelah klik butang tersebut, anda akan dibawa ke paparan seterusnya bagi mengesahkan penghantaran borang
  • Muat turun borang yang dihantar sebagai rujukan pada masa akan datang

 

Perkara penting yang perlu diketahui semasa proses pengisian borang eFiling ini adalah :

  • Masa tidak aktif di satu bahagian adalah selama 130 saat.
  • Tarikh mula isi borang seawal 1 Mac
  • Tarikh akhir mengisi borang adalah 30 April
  • Pembayaran balik cukai terlebih bayar akan dibuat dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh penghantaran.