Cara Membuat Akaun Emel Baru (Gmail)
December 1, 2023
Emel merupakan surat elektronik atau medium komunikasi yang dihantar secara dalam talian menggunakan alamat emel. Ia sangat popular pada masa kini kerana ianya lebih cepat dan mudah untuk digunakan bagi menghantar maklumat kepada si penerima. Mungkin terdapat segelintir individu yang belum mempunyai akaun emel dan artikel ini akan berkongsi cara membuat akaun emel baru sebagai panduan.
-
- Layari laman web Gmail di https://www.google.com/gmail/
- Klik ikon Create Account dan pilih sama ada For Myself atau To Manage My Business dan klik butang Next (tiada perbezaan antara akaun peribadi atau perniagaan)
- Masukkan nama anda di ruangan First Name dan nama keluarga / bin / binti di ruangan Last Name
- Masukkan username emel anda di ruangan username (username ini akan digunakan untuk anda log masuk ke akaun emel)
-
- Masukkan kata laluan pilihan anda dan pastikan anda mencatit kata laluan tersebut
- Masukkan sekali lagi kata laluan tersebut di ruangan Confirm dan kemudian klik butang Next
- Masukkan nombor telefon bimbit anda yang masih aktif dan boleh dihubungi di ruangan Phone Number (optional)
- Anda akan menerima satu SMS untuk tujuan pengesahan
- Abaikan ruangan Recovery Email Address sekiranya anda tidak mempunyai emel lain
- Sekiranya anda mempunyai akaun emel lain, masukkan emel tersebut di ruangan ini
- Masukkan tarikh lahir anda mengikut format di ruangan Day, Month dan Year
- Pilih jantina anda di ruangan Gender, dan tekan butang Next
- Google akan menghantar kod verifikasi ke nombor telefon bimbit anda bagi tujuan pengesahan
- Bagi mendapatkan kod pengesahan tersebut, tekan butang Send
- Anda akan menerima kod verifikasi melalui SMS
- Masukkan kod verifikasi tersebut di ruangan Enter Verification Code dan tekan butang Verify
- Pada halaman Privacy and Terms, klik I Agree dan anda telah berjaya mencipta satu akaun emel yang baru
- Anda boleh mula menggunakan akaun emel untuk mula menghantar surat secara dalam talian