.

Sidang Media Pembukaan Sekolah di bawah KPM

Pembukaan Sekolah di bawah KPM Wajar ke tidak?

Dengan kes yang masih di keadaan tinggi, terdapat desas desus yang menyatakan sesi persekolahan mungkin akan dibuka balik. Namun , bersediakah kita menghantar anak-anak ke sekolah kerana penularan wabak Covid-19 masih tidak terkawal lagi.  Tetapi hakikatnya, pembelajaran secara online adalah tidak sempurna dan ramai dari golongan berpendapatan rendah mungkin tidak mempunyai komputer ataupun internet jalur lebar di rumah. Anak-anak kita semaking kecundangan berbanding negara seperti Thailand dan Singapore setelah lebih setahun belajar secara online.

PKP 2.0

Semakin hari, jumlah kes positif Covid-19 di negara semakin meningkat  walaupun terdapat lengkungan pengurangan penularan selepas Tahun Baru Raya Cina. Kadar kematian juga semakin meningkat dan had katil untuk pesakit Covid-19 semakin disukar ditampung. Rakyat semakan resah dan sesi persekolahan 2021 akan bermula tidak lama lagi.

Kesan PKP

Dari segi perlaksanaan, PKP adalah amat berkesan untuk mengawal penularan wabak Covid-19 berbanding dengan PKPB , namun impak ekonomi dari perlaksanaan PKP adalah amat ketara dimana kebanyakan industri tidak dapat meneruskan pekerjaan mereka, hanya industri penting boleh meneruskan aktiviti mereka. Banyak rakyat yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan ekoran itu. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) juga teruk terjejas akibat penutupan semua industri di dalam negara.

Malaysia sebelum ini telah berjaya mengawal penularan wabak Covid-19 dengan hasil PKP pada bulan Mac tetapi ekonomi negara terus teruk terjejas.  Namun, kerajaan pada masa itu telah melaksanakan berbagai pakej dan bantuan bagi membantu rakyat dan perusahaan perniagaan di Malaysia untuk menghadapi cabaran ekonomi akibat penularan wabak Covid-19. Sejumlah RM250 billion disalurkan dibawah Pakej Prihatin yang telah memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan industri perniagaan di Malaysia. Mampukah kerajaan melancarkan pakej yand berdana besar lagi  jika PKP dimulakan lagi?  Apakah kita sudah bersedia? Tidak ada siapa yang tahu. Mari kita menanti pengumuman dari YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021.