.

Cara Unblock Rakan di Facebook

Aplikasi Facebook merupakan media sosial yang begitu popular di seluruh dunia. Malah, sebilangan besar individu pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun Facebook peribadi.  Akaun Facebook juga boleh dijadikan sebagai medium pengiklanan yang begitu mudah digunakan. Bagi yang memiliki akaun Facebook, pastinya terdapat begitu ramai kenalan dalam senarai rakan. Namun, mungkin terdapat sebilangan kecil senarai rakan anda pastinya menjengkelkan anda di Facebook di mana anda telah menyekatnya. Sebaik sahaja anda menyekatnya, semuanya aktiviti dan komen di Facebook tidak lagi dapat dilihat atau dipaparkan di halaman Facebook mereka. Walau bagaimana pun sekiranya anda berubah fikiran untuk menyahsekat rakan anda, hanya beberapa langkah mudah sahaja diperlukan. 

Cara untuk menyahsekat rakan di Facebook adalah seperti berikut :

Langkah 1: Klik pada aplikasi Facebook, buka dan log masuk ke akaun anda

Langkah 2: Klik butang menu yang terletak di kanan atas skrin

Langkah 3: Tatal ke bawah dan pilih Setting & Privacy dan pilih Setting

Langkah 4: Pada menu di sebelah kiri, cari dan klik butang Blocking

Langkah 5: Cari dan pilih nama rakan yang ingin dinyahsekat

Langkah 6: Klik butang Unblock di sebelah nama rakan dan secara automatik rakan anda       telah dinyahsekat

Kini, anda tidak perlu risau lagi sekiranya pernah menyekat rakan di Facebook kerana anda boleh menyahsekatnya semula dengan mudah. Sebaik sahaja menyahsekat rakan, mereka boleh melihat semula status terkini yang dimuat naik oleh anda. Sekiranya anda ingin menyekat semula rakan di Facebook, anda boleh melakukannya selepas 48 jam berikutnya.