.

Cara daftar Grab Food

GrabFood Rider

Grab merupakan sebuah syarikat gergasi yang menawarkan perkhidmatan e-hailing, penghantaran makanan serta pembayaran digital kepada para pelanggan. Selain itu, Grab  juga menawarkan peluang pekerjaan kepada orang ramai sebagai penghantar makanan iaitu GrabFood Rider. Sebagai GrabFood Rider, anda akan mengambil pesanan dari premis dan menghantar ke alamat yang pelanggan.

Gaji sebagai penghantar makanan ini serendah RM 7 hingga RM 15 bagi setiap pesanan pelanggan. Jika anda inginkan pendapatan yang lebih banyak, maka perlu lah membuat lebih banyak penghantaran terutamanya pada waktu puncak kerana bayaran lebih tinggi pada waktu ini. Selain itu, Grab juga memberi insentif mingguan kepada pada GrabFood Rider sebagai penghargaan terhadap komitmen mereka kepada syarikat.

Syarat Kelayakan Menjadi GrabFood Rider

Sebelum membuat pendaftaran sebagai pemandu Grab, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan seperti berikut : 

  • Berumur 18 tahun hingga 69 tahun dan merupakan warganegara Malaysia
  • Pemeriksaan perubatan wajib dilakukan bagi yang berumur 50 tahun dan ke atas dan perlu menghantar laporan tersebut kepada pihak Grab
  • Memiliki telefon pintar serta pelan data (iOS atau Android)
  • Memiliki motosikal sendiri lengkap dengan insurance’s cover note (All Rider) yang masih aktif
  • Mempunyai lesen motosikal yang sah (B atau B2) 
  • Pemegang lesen L dan lesen P adalah tidak dibenarkan
  • Tidak mempunyai rekod buruk dengan mana-mana platform Grab serta tidak mempunyai rekod jenayah
  • Tidak berdaftar dengan GrabCar, GrabExpress, GrabFood serta GrabTaxi sedia ada
  • Tinggal dan menetap di kawasan Semenanjung Malaysia

Dokumen Yang Diperlukan

  • Kad pengenalan

  • Lesen memandu (B, B2 atau P sahaja)

  • Salinan cukai jalan yang masih aktif

  • Gambar profil

 

Cara Mendaftar Sebagai GrabFood Rider Malaysia

Sekiranya anda telah memenuhi syarat kelayakan, maka bolehlah mendaftar sebagai GrabFood Rider dan cara mendaftar adalah seperti berikut:

    • Layari laman web rasmi Grab iaitu www.grab.com atau https://pendaftaran-grab.com/?
    • Klik butang Daftar GrabFood Rider Sekarang
    • Pilih kenderaan yang ingin digunakan untuk mendaftar GrabFood Rider
    • Pilih jenis perkhidmatan iaitu GrabFood Rider
    • Klik Food Merchant, Grab Delivery Rider Partner, GrabFood Driver dan Pay Merchant
    • Klik Grab Delivery Partner
    • Masukkan maklumat yang diperlukan seperti nama penuh, nombor telefon dan bandar tempat tinggal
  • Sila tandakan pada ruangan kotak reCaptcha dan tekan butang Submit
  • Pihak pengurusan Grab akan menghubungi anda untuk tujuan pengesahan samada membuat GrabFood atau GrabExpress
  • Pastikan anda memilih GrabFood
  • Anda akan menerima SMS yang mengandungi kod pin enam digit dan masukkan kod tersebut pada ruangan kotak yang terpapar
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan bermula dari bahagian profil sehingga maklumat kenalan kecemasan
  • Muat naik gambar profil mengikut kriteria yang ditetapkan
  • Baca terma dan syarat yang ditetapkan
  • Jika faham serta bersetuju dengan syarat dan terma tersebut, klik butang di bawah sekali sebagai persetujuan
  • Setelah klik butang setuju tersebut, maka anda telah berjaya mendaftar sebagai GrabFood Rider Delivery

Keistimewaan Menjadi GrabFood Rider

Selain dapat menjana pendapatan, Grab turut menawarkan beberapa insentif lain kepada para GrabFood Rider mereka. Antaranya adalah seperti berikut: 

Insurans

Perlindungan insurans diberikan secara percuma kepada para GrabFood Rider sepanjang membuat penghantaran dan ianya bermula sebaik sahaja GrabFood Rider menerima pesanan pelanggan sehingga selesai membuat penghantaran.

 

KWSP dan PERKESO

Caruman KWSP dan PERKESO turut disediakan kepada GrabFood Rider dan Grab Delivery Partner. Malah, Grab juga menambah sebanyak 10% caruman KWSP kepada GrabFood Rider yang layak.

Grab Partner Pit Shop

Grab membenarkan GrabFood Rider berehat dan berhenti seketika di Grab Partner Pit Shop serta mendapatkan minuman teh tarik atau nescafe secara percuma. Walau bagaimana pun, keistimewaan ini hanya diberikan kepada GrabFood Rider yang aktif sahaja.

GrabAcademy

Grab turut menawarkan kursus secara percuma kepada GrabFood Rider bagi menambah kemahiran serta keyakinan diri melalui Grab Academy. Penawaran kursus ini ditawarkan melalui jemputan sahaja kepada GrabFood Rider yang terpilih sahaja. Antara kemahiran dan kursus yang ditawarkan adalah seperti latihan literasi digital (Microsoft), latihan pengurusan kewangan (Standard Chartered) dan pelbagai lagi kemahiran lain.

Masa Kerja Fleksibel

Sebagai GrabFood Rider, anda boleh menentukan sendiri waktu bekerja mengikut kesesuaian kerana tidak perlu mengikut waktu pejabat. Malah, anda boleh merancang jadual kerja sendiri dan bebas melakukan sama ada setiap hari atau hanya tiga kali seminggu. Anda juga boleh bercuti pada bila-bila masa sahaja. 

Rebat Minyak

GrabFood Rider boleh mendapatkan rebat minyak melalui Petronas Grab Mesra Programme dan Shell.

 

Baucar Shopping

Baucar diskaun boleh diperolehi dari pelbagai vendor yang terdapat dalam aplikasi Grab anda.

 

Kesimpulan

GrabFood Rider ini membolehkan orang ramai menambah pendapatan pada bila – bila masa sahaja kerana jadual boleh ditentukan sendiri oleh individu yang berminat. Ia juga boleh dilakukan secara sepenuh masa dan juga separuh masa bergantung kepada kesesuaian masing – masing. Kelebihan sebagai GrabFood Rider ini membolehkan anda bekerja tanpa kawalan majikan dan ternyata ianya memberi kebebasan serta kepuasan kepada diri penghantar makanan.