.

Kolam Renang Marina Putrajaya

Marina Putrajaya

Marina Putrajaya adalah sebuah tempat rekreasi yang terletak bersebelahan dengan Hotel Pullman , Putrajaya.  Kemudahan Marina Putrajaya adalah untuk orang awam dengan harga yang berpatutan.Marina Putrajaya juga betul betul menghadapi Tasik Putrajaya dan Cyberjaya. Pengunjung boleh berenang, bermain pool, snooker, sauna, Gym Karaoke.. Terdapat beberapa restoran di Marina Putrajaya.

 


Kolam Renang Marina Putrajaya adalah satu kolam renang tertutup,  “indoor” ataupun berbumbung yang berada di dalam Pusat Marina Putrajaya.  Kolam renang ini tidak dalam , dan lebih kecil dari saiz Olimpik. Oleh kerana Kolam renang ini adalah yang tertutup , air di kolam ini mungkin adalah sejuk berbanding dengan kolam renang luar.

Harga Tiket untuk kolam renang

Dewasa RM 5

Kanak Kanak RM 3

 

 

Waktu Operasi Kolam Renang Marina Putrajaya

Terdapat jumlah 4 sesi untuk Marin Putrajaya

 

Sesi 1  9:00 am ke 11:30am

Sesi 2 12:45pm – 3:15 pm

Sesi 3 4:30pm – 7:00pm

Sesi 4 7.30pm – 10.00pm

 

Kolam Renang

Terdapat satu kolam besar dan satu kolam kecil untuk kanak-kanak. Kedua-dua kolam adalah agak cetek dan sesuai untuk kanak kanak.

 

 

Tempat mandi juga dilengkapi dengan air panas.