Cara Order Foodpanda
Foodpanda merupakan perkhidmatan penghantaran makanan dari restoran terpilih kepada pelanggan yang membuat pesanan makanan. Ia boleh digunakan menggunakan laman web dan juga telefon pintar pelanggan. Aplikasi yang dihasilkan bagi membuat pesanan secara online ini sangat memudahkan para pelanggan membuat pesanan dari restoran di Malaysia. Tempahan yang dibuat akan dihantar terus ke alamat pelanggan, malah pelanggan boleh menikmati hidangan yang dipesan dalam keadaan masih panas. Alamat yang lengkap dan tepat adalah penting bagi mengelakkan kelewatan penghantaran tempahan.
Pelanggan boleh memilih menu dari senarai 500 restoran terpilih yang pastinya dapat memenuhi selera yang berbeza. Tempahan boleh dibuat tanpa sebarang had atau syarat, malah pelanggan boleh memilih samada makanan Melayu, India, Cina, Barat, Timur Tengah dan bermacam menu lagi. Bagi yang belum pernah membuat tempahan atau ingin cuba memesan makanan tetapi tidak tahu bagaimana, artikel ini akan dapat membantu anda membuat tembahan dengan mudah.
Cara Membuat Tempahan Makanan
- Layari laman web rasmi Food Panda Malaysia di https://www.foodpanda.my.
- Anda juga boleh memuat turun aplikasi Foodpanda ke telefon pintar bagi memudahkan lagi pesanan dibuat.
- Sekiranya anda belum memiliki akaun, klik butang Register untuk membuat pendaftaran akaun.
- Masukkan butiran peribadi anda seperti First Name, Last Name, nombor telefon bimbit, alamat emel serta kata laluan dan klik butang Register.
- Kemudian, Login menggunakan alamat emel, kata laluan yang sah dan klik butang Login
- Pilih bandar serta lokasi anda berada dan klik butang Find Restaurants.
- Pilih restoran pilihan anda, malah anda boleh klik butang Filter Restaurant untuk memudahkan membuat pilihan restoran.
- Setelah membuat pilihan restoran, anda perlu membuat pilihan menu pula dengan hanya klik butang Go To Menu.
- Pilih menu pilihan dan klik butang Add. Pilihan menu tersebut akan masuk ke bahagian Your Order yang terdapat pada sebelah kanan. Kemudian, klik kuantiti pada kotak sebelah kanan. Klik butang Proceed To Checkout sekiranya telah selesai membuat tempahan.
- Paparan Review Your Order tersedia untuk anda. Pastikan anda telah set masa penghantaran samada perlu dihantar As Soon As Possible atau Later. Masukkan waktu penghantaran yang dikehendaki sekiranya anda memilih Later.
- Masukkan nota sekiranya ada info yang perlu dimaklumkan, isikan di ruangan yang disediakan.
- Masukkan kod baucar di ruangan Enter Voucher Code bagi mendapatkan potongan harga. Sekiranya tidak mempunyai kod baucar, terus klik butang Checkout.
- Sebarang perubahan tempahan boleh dibuat dengan hanya klik pada butang Change Order.
- Isi maklumat penghantaran dengan lengkap seperti nama, alamat emel, nombor telefon dan alamat penghantaran.
- Anda boleh memilih metod pembayaran samada menggunakan Cash On Delivery atau Online Payment.
- Klik butang Place Order Now sekiranya tiada sebarang perubahan. Anda akan menerima satu notifikasi yang akan dihantar melalui SMS dan email bagi mengesahkan pesanan yang telah dibuat. Sahkan notifikasi tersebut bagi meneruskan proses pesanan dan penghantaran akan dibuat terus kepada anda.
- Anda hanya perlu menunggu pesanan makanan anda tiba di rumah / tempat kerja dalam jangka masa yang begitu singkat.
Dengan adanya perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda, anda tidak perlu lagi membuang masa untuk mendapatkan makanan kegemaran. Tanpa perlu bersesak di atas jalanraya, makanan anda akan dihantar sehingga ke pintu rumah / pejabat anda. Hanya dengan memuat turun apps Foodpanda yang tersedia di Play Store dan Apple Store, makanan kegemaran anda boleh dinikmati dengan gembira dan tenang.